KAMI MENJUAL PELBAGAI BAHAN BACAAN ISLAM,ALBUM NASYID ,ZIKIR,CD BACAAN AL-QURAN,CD-ROM 30 JUZUK AL-QURAN,POSTER-POSTER BERKAITAN AGAMA DAN BERMACAM-MACAM LAGI..PASTIKAN ANDA TIDAK KETINGGALAN UNTUK MENDAPATKAN BUKU- BUKU TERKINI DI KEDAI KAMI YANG BERTEMPAT DI KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM PERTANYAAN SILA HUBUNGI FAHMI B. HJ BAHARIN 019-3887732
Monday, February 1, 2010
ZIKIR KEAMANAN ( CD )
Akhir-akhir ini dunia sering di landa bencana alam dan wabak penyakit yang menandakan betapa dunia sudah tua dan semakin hampir dengan penghujung usianya.
Tsunami, gempa bumi, tanah runtuh, H1N1, Denggi, SARS, banjir besar dan peperangan merupakan musibah-musibah yang sering muncul di kaca TV saban hari.
Kalau dulu, kematian umat manusia sehingga ratusan ribu orang akibat bencana Tsunami sangat memeranjatkan kita, kini kematian hampir seratus ribu manusia dalam gempa bumi di Haiti baru-baru ini seolah-olah sudah biasa dan tidak menjadi asing lagi pada telinga kita. Sedangkan jumlah ratusan ribu manusia mati dalam masa sehari itu sangatlah besar hakikatnya.
Kita sebagai umat Islam telah di ajar untuk berharap dan berlindung dengan Allah dari sebarang bala bencana dan musibah yang melanda. Walaupun hakikatnya, apabila Allah sudah menurunkan bala, maka tidak dikira lagi siapa yang beriman atau tidak, semuanya akan dilanda bala bencana tersebut. Jadi, kita telah diajar bagaimana untuk menghadapi bala bencana dan musibah yang melanda ini dengan BERDOA dan memohon perlindungan dari Allah Yang Maha Agung.
Peristiwa Nabi Yunus di telan ikan nun menunjukkan kepada kita bahawa Nabi Yunus tidak putus-putus berzikir dan memohon kepada Allah melalui zikir yang terkandung dalam Al-quran seperti berikut:
Maksudnya:
Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. (Al-Anbiya: 87)
Begitu juga dalam ayat berikut:Maksudnya:
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
(Al-Baqarah: 155-156)
dalam album Zikir Keamanan ini ialah 16 trek berikut:
1. Ya amanal khaifin
2. Ilahi sallimil ummah
3. Allahumma antas salam
4. Hasbiallah
5. Alaika tawakkaltu
6. Zikir Nabi Yunus
7. Al-Hauqalah
8. Bismillahillazi la yadurru ma'asmihi
9. Selawat Tafrijiyyah
10. Ayat Kursi
11. Selawat Syifa'
12. Surah ad-Dukhan (1-16)
13. Doa Tolak Bala
14. Doa Hindar penyakit
15. Ayat 1000 Dinar
16. Qunut Nazilah
Semoga album ini boleh menjadi peringatan kepada diri kita semua serta amalan dalam menghadapi musibah. Sekiranya ada peluang dan ruang, semoga ia juga menjadi amalan anda semua yang mendengarnya. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari bala bencana dan wabak penyakit serta menjadikan kita dalam golongan orang yang soleh.
Sesungguhnya doa itu senjata bagi orang-orang yang beriman
RM 19.90 ( CD )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment