“Maklumat dalam risalah kecil ini adalah merupakan pilihan pengarangnya daripada riwayat yang sahih, tidak ada yang boleh diputuskan sebagai daif. Inilah keistimewaan risalah ini berbanding dengan kitab-kitab yang lain”. (Tahqiq Bidayah al-Sul, ms. 12) Kandungan buku ini keseluruhannya menunjukkan kepada ketinggian darjat Rasulullah SAW, maka kita sebagai umatnya wajib menyayangi Baginda dengan mengikut petunjuk dan ajarannya yang sebenar, bukan hanya sekadar mencipta slogan atau cogankata yang ditulis untuk dilaungkan.
RM 8.00
KAMI MENJUAL PELBAGAI BAHAN BACAAN ISLAM,ALBUM NASYID ,ZIKIR,CD BACAAN AL-QURAN,CD-ROM 30 JUZUK AL-QURAN,POSTER-POSTER BERKAITAN AGAMA DAN BERMACAM-MACAM LAGI..PASTIKAN ANDA TIDAK KETINGGALAN UNTUK MENDAPATKAN BUKU- BUKU TERKINI DI KEDAI KAMI YANG BERTEMPAT DI KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM PERTANYAAN SILA HUBUNGI FAHMI B. HJ BAHARIN 019-3887732

Showing posts with label Terbitan Telaga Biru. Show all posts
Showing posts with label Terbitan Telaga Biru. Show all posts
Thursday, February 24, 2011
SOLAT BERJEMAAH
Buku ini menjelaskan secara terperinci mengenai solat berjemaah dari sudut hukum serta kaedah pelaksanaan sehinggalah ke hikmah serta fadilat yang bakal diperolehi oleh pelaksananya, menurut mazhab Syafie.
RM 26.00
RM 26.00
101 REKREASI HATI
Buku berkonsepkan komik ini dipetik daripada buku 300 Hadis Bimbingan karya Dr. Zahazan Mohamed dan Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam dan dipersembahkan semula dengan begitu menarik sekali oleh Nik Wafdi Nik Jaafar (Kartunis Nik).
Keistimewaan Buku ini
• Sesuai dibaca semua peringkat umur.• Dipersembahkan dalam bentuk santai dan humor. • Mendekatkan pembaca kepada hadis. • Senang difahami dan dihayati. • Mudah dibawa sebagai bahan bacaan ringan. • Sesuai untuk dijadikan cenderahati. • Sebagai bimbingan kepada remaja.
RM 17.00
Keistimewaan Buku ini
• Sesuai dibaca semua peringkat umur.• Dipersembahkan dalam bentuk santai dan humor. • Mendekatkan pembaca kepada hadis. • Senang difahami dan dihayati. • Mudah dibawa sebagai bahan bacaan ringan. • Sesuai untuk dijadikan cenderahati. • Sebagai bimbingan kepada remaja.
RM 17.00
Sunday, January 30, 2011
SENJATA MUKMIN
Buku ini perlu dimiliki oleh setiap umat Islam kerana ia menghimpunkan amalan penting dalam kehidupan seharian. Sebagai orang Ajam di Nusantara ini, bahasa Arab bukan menjadi bahasa ibunda kita. Maka teks amalan perlu dibaca dan dibuat rujukan dari masa ke semasa dalam proses menghafal dan dijadikan penghayatan hidup. Antara isi kandungan buku ini ialah seperti
• Doa dalam majlis rasmi. • Doa amalan harian. • Fadilat ayat-ayat tertentu dalam al-Quran. • Doa daripada al-Quran dan hadis Nabi SAW. • Doa selepas solat. • Amalan rawatan perubatan Islam. • Himpunan selawat Nabi. • Zikir pagi dan petang. • Zikir Munajat. • Asmaul Husna. • Teks nazam berzanji dan alunan selawat. • Surah-surah pilihan dan lain-lain
RM 50.00
MUKMIN PROFESIONAL MEMPERKASA DIRI
Buku Mukmin Profesional: Celik Mata Hati ini menyerlahkan kembali nilai-nilai teras yang diperjuangkan oleh pejuang Islam silam menerusi pendekatan kontemporari. Antara kelebihannya ialah:
• Diperkuatkan dengan gaya penyampaian yang saintifik dan artistik yang kini sinonim dengan dunia Barat justeru menyedari bahawa apa sahaja hikmah (tidak kira dari Timur atau Barat) adalah milik Islam. • Memberi satu kerangka besar yang tepat dan jelas mengenai kehidupan. Dengannya, insya-Allah ‘jigsaw puzzle’ kehidupan ini akan terungkai. Hasilnya, para pembaca akan menjalani hidup ini dengan pasti dan yakin. • Setiap bab dihuraikan secara mudah dan praktikal. Walaupun subjek-subjek dalam buku ini sangat serius dan ia bukanlah sesuatu yang popular, namun gaya dan pendekatannya yang mudah dan menarik, menjadikan buku ini mudah difahami dan dihayati. • Gaya yang menghiburkan, dinamik, kreatif dan informatif. Cerita, sajak, ilustrasi, metafora dan kata-kata hikmah yang diselitkan akan membantu pembaca membaca buku ini dengan serius tetapi santai.
Buku yang akan meneruskan momentum dan kesinambungan usaha memartabatkan Islam sebagai satu cara hidup di peringkat yang lebih luas dan menyeluruh. Umat Islam memerlukan ‘personal branding’ (penjenamaan peribadi) yang mantap dalam perjuangannya memartabatkan kembali keunggulan Islam sarwajagat. Maka itu Mukmin Profesional adalah ‘personal branding’ yang diidamkan itu! Insya-Allah.
RM 55.00
HADIS 40 IMAM NAWAWI
Membaca surah al-Kahfi merupakan salah satu amalan yang sunat dilakukan pada hari Jumaat atau malamnya. Buku ini disusun agar para pembaca bukan semata-mata membaca surah al-Kahfi, malahan dapat menghayatinya dengan bertadabbur. Allah SWT berfirman dalam surah Muhammad ayat 24 yang bermaksud:
“Maka, adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalanginya daripada memahami dan mengambil pengajaran)?”
RM 23.00
“Maka, adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalanginya daripada memahami dan mengambil pengajaran)?”
RM 23.00
MEMAHAMI KEINDAHAN SURAH AL - KAHFI
Membaca surah al-Kahfi merupakan salah satu amalan yang sunat dilakukan pada hari Jumaat atau malamnya.
Buku ini disusun agar para pembaca bukan semata-mata membaca surah al-Kahfi, malahan dapat menghayatinya dengan bertadabbur. Allah SWT berfirman dalam surah Muhammad ayat 24 yang bermaksud:
“Maka, adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalanginya daripada memahami dan mengambil pengajaran)?”
RM 20.00
Buku ini disusun agar para pembaca bukan semata-mata membaca surah al-Kahfi, malahan dapat menghayatinya dengan bertadabbur. Allah SWT berfirman dalam surah Muhammad ayat 24 yang bermaksud:
“Maka, adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalanginya daripada memahami dan mengambil pengajaran)?”
RM 20.00
WASIAT SEBELUM DIRIMU BERGELAR ULAMA
Buku ini menggarap peranan ulama dalam mengembalikan kegemilangan untuk menegakkan agama Allah SWT di atas muka bumi ini seperti peranan yang pernah dimainkan oleh golongan ulama pada era kegemilangan Islam. Ulama silam memiliki keilmuan akhirat yang mantap yang “diwarisi” turun temurun dan pada masa yang sama memiliki kejaguhan dalam menguasai ilmu keduniaan yang bermanfaat untuk mentadbir muka bumi ini. Hari ini para ulama harus keluar daripada kepompong pemikiran dan kelompok mereka untuk bergelanggang di tengah masyarakat secara global dan universal. Mereka harus dapat menguasai pelbagai disiplin ilmu dan bahasa. Mereka harus berfikir di luar kotak pemikiran semasa mereka. Ulama juga perlu memperkasa pegangan umat terhadap akidah dan nilai-nilai budaya Islam. Mereka hendaklah bersikap proaktif untuk mengukuhkan budaya murni dalam lapangan politik, ekonomi, teknologi, informasi dan lain-lain demi menegakkan keadilan dan menyemai kesejahteraan hidup di dalam dan luar negara.
RM 26.00
RM 26.00
Saturday, December 11, 2010
RIBA & ISU KEAWANGAN SEMASA
Umum telah pun mengetahui bahawa agama Islam amat tegas dalam amalan riba – iaitu amalan yang keji dan tergolong dalam salah satu dosa besar. Dari segi bahasa sendiri digambarkan bahawa riba membawa maksud tambahan atau kenaikan, dan diperjelaskan dalam istilah riba iaitu bunga berganda yang membebankan. Riba muncul dan bermaharajalela sejak zaman jahiliah lagi, yang mana ia jelas menunjukkan penindasan terhadap orang yang berharap dan orang yang miskin. Istilahnya – ‘membantu kemudian membunuh’. Apabila Islam muncul, riba dikeji dan diperangi habis-habisan. Amalan riba diharamkan kerana tiada keadilan kepada orang yang memerlukan dan perlakuan riba itu adalah perbuatan zalim yang melampau. Kini pada akhir zaman, riba muncul semula tetapi dalam situasi yang ‘berhemah’ dengan simbolnya – ‘mengikut kemampuan semasa’
RM 20.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 22.00 ( SABAH/SARAWAK )
RM 20.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 22.00 ( SABAH/SARAWAK )
MADINAH MUNAWWARAH KELEBIHAN DAN SEJARAH
Buku “Madinah Munawwarah: Kelebihan dan Sejarah” ini mendalami sejarah asal usul dan ketamadunan pembinaan pusat perkembangan agama Islam. Di samping itu pembaca juga dapat mencungkil hikmah yang terdapat di sebalik kewujudan Bandar istimewa ini. Jadi sebelum para jemaah merancang atau bercita-cita untuk mengerjakan ibadah haji atau umrah, ambillah masa untuk meneliti dan membaca buku ini bagi menyelami hikmah dan kepentingan Madinah di sisi Islam. Gambar rajah, peta dan gambar disertakan sebagai panduan dan maklumat berguna buat pembaca. Semua fakta lengkap dengan dalil daripada al-Quran dan hadis sahih.
RM 30.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 32.00 ( SABAH/SARAWAK )
RM 30.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 32.00 ( SABAH/SARAWAK )
INDAHNYA AMALAN DOA
Buku ini diterbitkan sebagai susulan kepada buku Dato' sebelum ini iaitu “Indahnya Hidup Bersyariat” yang telah mendapat sambutan di luar dugaan daripada pembaca khasnya dan seluruh umat Islam amnya. Doa adalah antara ajaran Islam yang terpenting yang menjadi tunjang atau tulang belakang kepada ajaran akidah Islamiah kerana rapatnya hubungan doa dengan kekuasaan Allah SWT, Tuhan yang menjadikan dan mentadbir alam ini. Doa boleh mengubah persepsi hidup seorang insan daripada seorang yang lemah serta tidak berdaya maju menjadi seorang yang bermotivasi tinggi dan bekerja keras. Malah sebahagian daripada kejayaan yang dicapai oleh orang bukan Islam adalah daripada pegangan dan keyakinan doa yang mereka panjatkan kepada “Tuhan” mereka walaupun pada hakikatnya Allah SWT jua yang menyempurnakan permintaan dan hajat mereka itu.
RM 35.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 37.00 ( SABAH/SARAWAK )
RM 35.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 37.00 ( SABAH/SARAWAK )
Saturday, April 17, 2010
101 KISAH & PENGAJARAN DARIPADA AL - QURAN AL - HADIS & HAYATUS SAHABAH
Buku 101 kisah & pengajara daripada al - quran, al - hadis & hayatus sahabah ini mempersembahkan cerita daripada sirah yang di sampaikan dalam bentuk mudah dan menarik. Setiap cerita dimulakan dengan gambar lukisan yang berkaitan sirah tersebut supaya pembaca dapat menggambarkan peristiwa itu dengan lebih dekat dan jelas lagi. Paling penting dicatatkan sumber cerita tersebut. bagi petikan daripada Al - Quran, desertakan surah dan nombor ayatnya. Bagi petikan hadis, disertakan perawinya. Begitu juga bagi kisah para sahabat, disertakan sumber ceritanya. Ini menjadikan ia suatu cerita yang lebih berautentik.
Setiap kisah menyenaraikan pengajaran yang dapat diambil daripada cerita tersebut. Bagimana pembaca boleh mengunakan buku ini dengan bermafaat?
1 Mengambil teladan daripada pelakuan yang baik untuk beramal.
2 Bahan ilmiah untuk menghayati sirah para nabi dan rasul.
3 Bahan untuk pelajar aksikan dalam pertandingan bercerita di peringkat sekolah, daerah dan negeri.
4 Bahan untuk pelajar menulis karangan dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, atau bahasa arab.
5 Bahan untuk tazkirah, usrah, ceramah, pidato, bahas dan sebagainya.
RM 29.90 (SEM.MALAYSIA )
RM 31.90 ( SABAH/SARAWAK )
Setiap kisah menyenaraikan pengajaran yang dapat diambil daripada cerita tersebut. Bagimana pembaca boleh mengunakan buku ini dengan bermafaat?
1 Mengambil teladan daripada pelakuan yang baik untuk beramal.
2 Bahan ilmiah untuk menghayati sirah para nabi dan rasul.
3 Bahan untuk pelajar aksikan dalam pertandingan bercerita di peringkat sekolah, daerah dan negeri.
4 Bahan untuk pelajar menulis karangan dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, atau bahasa arab.
5 Bahan untuk tazkirah, usrah, ceramah, pidato, bahas dan sebagainya.
RM 29.90 (SEM.MALAYSIA )
RM 31.90 ( SABAH/SARAWAK )
NOTA JUTAWAN NOTA PERNIAGAAN
Buku ini secara khusus mensasarkan kepada mereka yang cenderung untuk meningkatkan taraf hidup melalui perniagaan. Ia menggalak serta memberi panduan kepada mereka yang mempunyai (ataupun tidak mempunyai) “otak bisnes” (business minded). Ia sesuai dijadikan modul untuk bengkel keusahawanan serta boleh dijadikan cenderahati kepada para pelajar mahupun mahasiswa universiti.
RM 30.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 32.00 ( SABAH/SARAWAK )
RM 30.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 32.00 ( SABAH/SARAWAK )
KAEDAH AL - MATIEN GABUNGAN KAEDAH LAMA & BARU
• Mengikut Format Rasm Uthmani. • Menekankan penguasaan huruf-huruf Hijaiyah dahulu sebelum mula belajar membaca. • Tak perlu mengeja hanya lihat dan sebut. • Penggunaan warna untuk bantuan pembelajaran. • Meletakkan tanda warna pada tempat yang dimaksudkan. • Pendekatan potongan ayat secara berperingkat. • Teknik-teknik hukum tajwid yang mudah dan jelas. • Gambar rajah Makhraj dan sifat serta beberapa hukum agar dapat diketahui dengan lebih mudah dan jelas. • Penerangan ringkas dan padat. • Untuk mudah merujuk, nama surah serta ayat dimasukkan (bahagian al-Matien 2).
RM 17.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 19.00 ( SABAH/SARAWAK )
RM 17.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 19.00 ( SABAH/SARAWAK )
NOTA HATI SEORANG LELAKI
Buku ini meluahkan isi hati seorang lelaki yang sangat wajar dibaca oleh mereka yang bergelar isteri, adik, anak, pelajar dan ibubapa kepada mereka yang bergelar LELAKI. Ia menyelami perasaan dan jiwa seorang lelaki menurut perspektif rumah tangga, pendidikan, moral, ekonomi, politik dan lain-lain “gelanggang” juang mereka. Ia ditampilkan dalam bentuk yang sangat santai tetapi mengandungi maksud yang sangat mendalam. Di sebalik setiap kisah ada mesej penting yang sangat relevan dan signifikan.
RM 20.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 22.00 ( SABAH/SARAWAK )
INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT
INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT karya DATO ISMAIL KAMUS & MOHD AZRUL AZLEN AB.HAMID-Buku ini menceritakan tentang panduan untuk diri ( fardu ain ), seisi keluarga , masyarakat dan umat sejagat ( fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak , penekanan pendidikan remaja , hukum-hakam muamalat ( jual-beli ) ,munakahat ( nikah kahwin dan rumah tangga ) serta amalan zikir , doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan Hadis Sahih. Teknik Penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh di baca dan di hafal dengan mudah. Langkah amalan di sampaikan mengikut turutan step - by - step. media fotografi warna penuh di gunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. buku ini seharusnya menjadi untuk di miliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.
RM 55.00 (SEM.MALAYSIA )
RM 57.00 ( SABAH/SARAWAK )
RM 55.00 (SEM.MALAYSIA )
RM 57.00 ( SABAH/SARAWAK )
Friday, December 11, 2009
Wednesday, December 9, 2009
SYAMAIL MUHAMMAD

SYAMAIL MUHAMMAD Oleh IMAM AL - TARMIZI
IALAH HIMPUNAN HADIS OLEH IMAM AL - TARMIZI TENTANG RASULULLAH S.A.W DALAM 5 ASPEK KEHIDUPAN BAGINDA IAITU:
1 - FIZIKAL : TANDA KENABIAN, RAMBUT, UBAN, CELAK, BERBEKAM, PAKAIAN, AKSESORI, KASUT, SANDAL, CINCIN, PEDANG, BAJU BESI, PELINDUNG KEPALA, SERBAN, SARUNG, DAN TEMPAT TUDUR.
2 - PERILAKU : CARA BERJALAN, DUDUK, BERSANDAR, BERTOPANG, TIDUR, MAKAN, JENIS ROTI, LAUK, GELAS MINUM, DAN BUAH BUAHAN.
3 - IBADAH : WUDUK, DOA, WANGI - WANGIAN, SOLAT DHUHA, SOLAT SUNAT DI RUMAH, PUASA DAN MEMBACA AL - QURAN.
4 - PERHUBUNGAN & AKHLAK : BERBICARA, KETAWA, BERGURAU, BERSYAIR, BERBUAL, BERSIFAT TAWADUK, RASA MALU DAN TANGISAN.
5 -PENGHIDUPAN : NAMA - NAMA RASULULLAH, PENGHIDUPAN, USIA, KEWAFATAN, WARISAN DAN MIMPI MELIHAT RASULULLAH.
RM 45.00 ( SEM. MALAYSIA )
RM 47.00 ( SABAH/SERAWAK )
KAEDAH MENDIDIK ANAK DAN ISTERI

KAEDAH MENDIDIK ANAK DAN ISTERI Oleh ABDUL RAHMAN MOHAMED
ANTARA GALAKAN DAN LARANGAN MEMUKUL DALAM ISLAM. BUKU INI MENYINKAP MASALAH KEGAGALAN PENDIDIKAN DAN PENTARBIAN YANG MELANDA UMAT ISLAM MASA KINI TERUTAMANYA DALAM KELUARGA. KEGAGALAN INI MELAHIRKAN GENERASI YANG SEMAKIN LIAR. ADAKAH PENDIDIKAN MALALUI KAEDAH BERLEMBUT DAN " MEMBERI MUKA " MENJADI PUNCA SEGALA KEGAGALAN INI? ATAU SUDAH HILANGKAH AMALAN PENDIDIKAN YANG TEGAS DALAM MASYARAKAT KINI? UNTUK KEPASTIAN MILIKI BUKU INI...
RM 17.00 ( SEM. MALAYSIA )

ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH Penulis USTAZ ZAHAZAN MOHAMED
SEMUA IBU BAPA MENGIMPIKAN ANAK - ANAK YANG HEBAT, SELALU SUKSES DALAM SETIAP AKTIVITI YANG DICEBURI, PADA MASA YANG SAMA CERDIK DAN SOLEH. TETAPI PAKEJ CIRI ANAK CEMERLANG INI TIDAK SEMUDAH ITU UNTUK DIMILIKI. ANAK SENTIASA TERDEDAH DENGAN PELBAGAI PENGARUH, ANASIR DAN CABARAN. IBU BAPA MEMPUNYAI SEGALA KUASA UNTUK MENYEDIAKAN LANDASAN YANG PERLU DILALUI ANAK - ANAK SEHARIAN DALAM PROSES MEMBESAR. IBU BAPA JUGA PERLU MENGAWAL DAN MENYELIA. UNTUK ITU PETUNJUK DARI ILAHI MELALUI AL - QURAN DAN HADIS MERUPAKAN MODUL ACUAN TERPENTING. IBU BAPA JANGAN MUDAH TERPERANGKAP DENGAN KAEDAH DAN TEKNIK MENDIDIK SEBARANGAN. BUKU INI MENGHURAI KAEDAH DAN PANDUAN TERSEBUT.
RM 34.90 ( KULIS KERTAS ) SEM. MALAYSIA
RM 39.90 ( KULIT KERAS ) SEM. MALAYSIA
Subscribe to:
Posts (Atom)