Monday, May 3, 2010

DAHSYATNYA DOA IBU

Buku Dahsyatnya Doa Ibu merungkai fakta-fakta sejarah kisah-kisah benar, ayat-ayat Quran serta hadis-hadis yang menjadi bukti kekuasaan dan keajaiban doa para ibu yang mampu memberi kebahagiaan mahupun kebinasaan kepada anak-anak dalam sekelip mata sahaja.














RM 14.90 ( SEM.MALAYSIA ) 
RM 16.90 ( SABAH/SARAWAK )

IMAM HANBALI PEJUANG KEBENARAN

Imam Hanbali digelar Al-Hakam kerana dapat menghafaz lebih 700,000 hadis dan berpengetahuan mendalam mengenai ilmu hadis. Melayakkan beliau mengeluarkan fatwa dalam hukum Fikah.  Imam Hanbali juga seorang yang sangat kuat beribadat, beliau sembahyang sunat 300 rakaat sehari semalam dan khatam Al-Quran seminggu sekali.Beliau sangat menghormati guru-gurunya. Ketika Imam Syafie menziarahinya di rumah, beliau segera bangun mengemaskan diri, menyambut  kedatangan gurunya lalu diberikan tempat duduk yang  tinggi sementara dia duduk di bawah.Imam Hanbali tTidak gemar bergurau senda, lebih suka mendiamkan diri dan berfikir. Bercakap apabila menjawab soalan mengenai hokum agama.  Suka  bergaul dengan orang-orang miskin dan kurang bergaul dengan orang kaya  dan orang-orang berpangkat. Khalifah Harun Ar-Rasyid pernah bertanya kepada Imam Syafie tentang orang yang layak menjadi Kadi di Yaman. Imam Syafie mencadangkan muridnya Imam Ahmad. Apabila Imam Ahmad Mengunjungi Imam Syafie, beliau ditawarkan dengan jawatan tersebut  tetapi ditolaknya  dengan berkata ” Saya datang menemui tuan bukan untuk mendapatkan jawatan daripada khalifah”.Imam Hanbali  terkenal dengan sikap  pemurah.  Jirannya  pernah memberinya  sepinggan anggur dibalasnya dengan  gula, garam dan beberapa pinggan buah-buahan.Semasa  pemerintahan Khalifah Al-Makmum bin Harun Ar-Rasyid, beliau menganut  fahaman Muktazilah yang  berpendapat  Al-Quran  itu makhluk yang bersifat baharu.
Baginda memaksa ulama-ulama  menerima pendapat itu tetapi Imam Hanbali menentangnya  dengan  mengatakan  Quran itu kalamullah yang diwahyukan kepada Nabi Muhamad melalui malaikat Jibrail.Akibat penentangannya itu  Imam Hanbali ditangkap lalu dipenjara kemudian disebat dengan rotan dalam memaksanya tunduk kepada fahaman Muktazilah.  Beliau disebat dengan rotan  sehingga kulitnya mengelupas dan keluar darah.Setelah khalifah  Al Makmun meninggal dunia diganti  khalifah Al Muktasyim. Beliau terus memenjarakan  Imam Hanbali  kerana melindungi fahaman Muktazilah. Sehinggalah Khalifah Al-Mutawakkil  yang menganut mazhab Ahli sunnah wal jamaah berkuasa barulah Imam Hanbali dibebaskan.Dalam usaha memujuk Imam Hanbali  Khalifah Al-Mutawakkil menghadiahkan 10,000 dirham. Wang itu diambilnya  tetapi kemudiannya  disedekahkan kepada fakir miskin.Pada hari-hari tuanya Imam Hanbali menjadi tempat rujukan orang ramai khususnya di Baghdad. Dalam menentapkan hukum beliau lebih mengutamakan Al-Quran dan As-Sunnah dan pendapat  para sahabat Rasulullah.Imam Hanbali meninggal dunia pada pagi hari Jumaat  12 Rabiul Awal  tahun 241 hijrah bersamaan 855 masihi ketika berusia 77 tahun dan dikebumikan di Baghdad.


RM 24.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 27.00 ( SABAH/SARAWAK )

MENYERU KEPADA ALLAH

Islam boleh disampaikan melalui pelbagai cara dan kaedah sama ada melalui lisan, tulisan atau pun perbuatan. Penyampaian itu perlulah dibuat menggunakan kaedah yang paling baik sesuai dengan khalayak dan audien yang didepaninya.


Selain ilmu, untuk menjadi seorang pendakwah yang efektif, ia memerlukan kesabaran, kesungguhan dan motivasi untuk menghadapi sebarang bentuk karenah serta permasalahan bahkan penentangan daripada kalangan yang didakwahnya. Justeru itu, ia menuntut seseorang pendakwah supaya sentiasa bersiap siaga terhadap apa sahaja kemungkinan yang dihadapinya.
Buku Ini Untuk Siapa?
1. Buku ini adalah untuk sesiapa sahaja yang mahu memahami prinsip asas seorang pendakwah yang efektif
2. Buku ini adalah untuk anak muda yang baru melibatkan diri dalam usaha penyebaran dakwah Islam.
3. Buku ini adalah untuk sesiapa sahaja yang sedang mempersiapkan diri sebagai penceramah dan pentazkirah kepada masyarakat.
4. Buku ini untuk memberi motivasi dan kefahaman kepada mereka yang merasa sukar untuk berdakwah.
5. Buku ini adalah sebagai penguat dan pemangkin bagi sesiapa sahaja yang masih kabur dalam membentuk karisma asas seorang pendakwah yang mapan.
 
 
Karya:  A. Ubaidillah Alias
ISBN:978-967-5515-07-1

RM 14.00 ( SEM.MALAYSIA )

RM 17.00 ( SABAH/SARAWAK )

BERIBADAH SELAZAT COKLAT

Coklat itu enak! Rasanya lazat bukan main! Tetapi dapatkah kita beramal soleh sehingga merasakan kelazatan yang luar biasa? Dapatkah amal soleh dilakukan tidak terasa seperti sekadar ibadah rutin yang biasa? 

Pergi ke masjid, solat jemaah, puasa sunat dan bersedekah adalah contoh-contoh amalan ibadah yang rutin. Bolehkah kita mengubahnya menjadi sebuah kelazatan ibadah yang sangat nikmat?
Jika anda susah untuk mencari jawapannya dan tidak ada waktu mencari jawapan, maka setidaknya biarlah buku ini membantu anda mewujudkan bibit-bibit kenikmatan beribadah. Bacalah petikan kata-kata ulama yang sangat bermanfaat dalam buku ini. Juga terkandung petikan firman-firman Allah berkenaan ibadah. Siapkan diri anda untuk perubahan yang maksimum. Jadikan ibadah anda sesuatu yang lain bukan sekadar ibadah yang membosankan. Tukarkan ibadah yang hambar kepada ibadah yang hangat dan menusuk jiwa. Semoga hati anda kembali segar dan hijau untuk menjalankan ibadah sehari-hari.
Terdapat beberapa point penting yang boleh anda dapati dalam buku ini:
1. Kenikmatan dunia sentiasa disertai bahaya atau paling tidak, diiringi rasa takut terhadap bahaya. Berbeza dengan kenikmatan amal soleh, tidak ada bahaya di dalamnya dan tidak pula disertai rasa takut terhadap bahaya.
2. Resipi mantap yang boleh melazatkan amal soleh
3. Nasihat Berharga dalam beribadah
4. Sekularisme salah satu Gelombang Ateisme 


Karya:  Sami bin Muhammad bin Jadullah 'Isham
ISBN: 978-967-5515-08-8  

RM 14.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 17.00 ( SABAH/SARAWAK )

Sunday, May 2, 2010

BERBUNGA CINTA AISYAH DI HATI RASULULLAH

Memiliki cinta yang membahagiakan adalah pilihan yang dapat dicapai semua orang. Apa yang membezakan antara satu sama lain adalah jalan dan pendekatan yang diambil bagi memetik buah-buah cinta yang segar dan ranum. Cinta sentiasa bersifat misteri. Ia dapat dirasai dengan hati dan diterjemah melalui perbuatan. Buku ini mengetengahkan pendekatan dari dalam ke luar dalam menyampaikan mesej kasih sayang dalam minda lelaki. Jika yang diberi itu kasih sayang, maka yang diterima juga kasih sayang. Tetapi apakah cara yang efektif bagi menyampaikan hasrat hati ini?
Persoalan lain yang selalu diajukan adalah berkenaan bagaimana mendapatkan komitmen lelaki dalam mengurus perhubungan sedia ada. Tidak dapat dinafikan soalan mengurus konflik tanpa menjejas sayang yang sudah ada juga menjadi pertanyaan penting orang perempuan. Buku ini cuba menjawab persoalan bagaimana menawan hati lelaki sebagai pasangan dan cara menyampaikan hasrat diri kepadanya. Buku ini meneroka pemikiran dan sikap lelaki dalam menerima risalah cinta daripada perempuan yang sentiasa dirindui. Ia realistik dan memenuhi cara hidup kontemporari tempatan yang kita lalui hari ini.
Aisyah digambarkan sebagai seorang isteri yang mempunyai orientasi tindakan yang tinggi. Beliau memberi respon aktif secara lisan dan perbuatan kepada apa yang disampaikan oleh nabi sama ada didikan, teguran dan peringatan. Aisyah juga menjadi penting kerana beliau menjadi rujukan alternatif kepada orang Islam. Orientasi tindakan dalam kehidupan Aisyah meneguhkan kedudukan Nabi Muhammad baik dari segi hidup peribadi, dakwah dan mengurus hidup keluarga. Realitinya, dalam diri kita ketika ini sudah ada ciri-ciri Aisyah yang dapat digubah menjadi sesuatu yang akan mengindahkan hidup berpasangan.


RM 18.50 ( SEM.MALAYSIA )
RM 20.50 ( SABAH/SARAWAK )

JEJAK BISNES RASUL

Nabi Daud pakar bertukang besi. Nabi Sulaiman terkenal dengan kerajaan dan pemerintahannya. Nabi Nuh hebat membangun kapal. Manakala Nabi Isa pula pandai ilmu perubatan. Siapa sangka nabi dan rasul utusan terakhir merupakan insan paling unggul dalam pengurusan bisnes, Muhammad bin Abdullah SAW. Berketurunan Quraisy yang bermaksud 'hartawan'. Jejak Bisnes Rasul, mengajak kita meneropong sejarah tinggalan Muhammad SAW melalui dimensi bisnes. Kita boleh merenung semula cara mengurus manusia dan bisnes yang klasik dan malar segar sepanjang zaman.









RM 29.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 32.00 ( SABAH/SARAWAK )

MUNAJAT MALAM BIMBINGAN LENGKAP IBADAH MALAM

Kesempurnaan ibadah menjadi matlamat utama umat Islam. Ia hanya dapat dicapai apabila ibadah dikerjakan selaras dengan peraturannya, iaitu tidak mengerjakan sebahagian daripadanya dan kemudian mengabaikan yang lain. Contohnya, mengerjakan tahajud tetapi mengabaikan solat subuh yang fardu. Buku ini memaparkan kaedah mengurus waktu supaya solat tahajud dikerjakan tidak mengabaikan ibadat lain.
Berbeza dengan buku pandauan ibadat yang lain, Munajat Malam tidak sekadar memberikan panduan beribadat pada waktu malam. Sebaliknya, ia membimbing pembaca agar menghayati dan memahami erti pengabdian kepada Pencipta. Bermula dari waktu siang, pembaca diajar menyiapkan diri daripada aspek rohani dan fizikal agar mampu bangun beribadat pada waktu malam. Tip-tip yang diberikan juga sangat dan praktikal untuk siapa sahaja yang mengamalkannya.
Membaca buku ini, anda terpanggil untuk segera mengerjakan ibadah-ibadah malam ini. Pengarang berjaya menimbulkan kesan nikmat kemanisan bersujud di tengah malam, ketika orang lain sedang tidur.
Yusni A. Ghazali atau nama penuh, Muhammad Yusni al-Ghazali adalah anak kelahiran Ponorogo, Jawa Timur. Beliau mendapat didikan agama sejak sekolah rendah dan menengah hingga berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah. Seterusnya beliau meneruskan pengajiannya ke High Institute of Hadith Science Darus Sunnah Ciputat, Jakarta di bawah asuhan Prof Dr. Ali Mustafa Yakub (Imam Besar Masjid Istiqlal Jakarta).


RM 8.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 9.00 ( SABAH/SARAWAK )

BELAJAR DARI PERANG KHANDAQ

Madinah dikepung. Lebih daripada 10,000 perajurit pasukan bersekutu mengelilingi Madinah. Kaum Muslimin benar-benar terancam! Dari luar, pasukan Quraisy dan sekutunya terus mengintai bak harimau kelaparan sedang mengintai buruannya.

Dari dalam Madinah, Yahudi Bani Quraizhah melakukan pengkhianatan, ibarat anjing yang sedia menggigit tuannya. Orang-orang munafik pula seperti gunting dalam lipatan, sedia memanfaatkan peluang jika tiba saatnya. Mereka sama seperti musang berbulu ayam. Zahirnya mukmin, dalamnya menyimpan dendam kesumat membara terhadap Islam.
Demikianlah gambaran ancaman yang menghimpit kaum Muslimin semasa Perang Khandaq. Perang ini berkait rapat dengan serangkai peristiwa yang terjadi sebelumnya. Peristiwa-peristiwa ini menggambarkan banyak perkara. Selain ketegasan, keberanian dan kecanggihan strategi Nabi Muhammad r, juga menjelaskan bahawa musuh-musuh Islam tidak akan berhenti merencanakan kejahatan untuk menghapuskan kaum Muslimin. Di sudut lain, kita dapat melihat ketegasan Rasulullah rmengalahkan para pengkhianat dan penentang itu.



Apa yang dapat dilihat dalam perang ini?
  1. Bantuan Allah dalam perang Khandaq
  2. Peranan munafik dalam perang Khandaq
  3. Keadaan kaum Muslimin dalam perang Khandaq
  4. Penggunaan strategi perang yang membawa kepada kemenangan
  5. Heroisme dalam perang Khandaq



Karya:  Hepi Andi Bastoni
ISBN: 978-967-5515-10-1
RM 18.00 ( SEM.MALAYSIA )

RM 21.00 ( SABAH/SARAWAK )

RAHSIA SEBUAH MANUSKRIP

Di sebalik deretan kertas kuning dan berhabuk. Tidak ada siapa peduli. Sebuah manuskrip yang sukar ditafsirkan, kompleks dan penuh dengan nada-nada cinta. Setiap helaian padat dengan catatan cerita suka dan duka.

Setelah sekian lama manuskrip itu dipandang sepi, baru detik ini ada yang menyedari kehadiran manuskrip tersebut. Sebuah manuskrip yang bakal mengungkai rahsia yang sekian lama terpendam. Mungkinkah Hajat Munisa Kamil terlaksana? Adakah cinta yang berputik di hati Munir dan Hanan mekar atau gugur sebelum berkembang? Bersama-samalah kita menyelami kemelut cinta yang melanda dalam RAHSIA SEBUAH MANUSKRIP.
“Dibeleknya beberapa halaman. Sekeping poskad lama jatuh. Imej Jabal Nur tersergam indah melatari sisi bergambar. Tulisan jawinya cantik.
-Selamat maju jaya. Aku akan terus di sini. Impianku menjadi pensyarah Bahasa Arab semakin pasti. Doakan keamananku.-”



Karya:  Naimisa Yusuf
ISBN: 978-967-5515-09-5
RM 17.00 ( SEM.MALAYSIA )

RM 20.00 ( SABAH/SARAWAK )

9 BULAN PALING MENDEBARKAN


Mendidik anak adalah sebahagian daripada perkahwinan, pernikahan, atau kehidupan rumah tangga, sehingga tidak timbul alasan bagi kita untuk tidak menyantuni dan membaca persoalan ‘main-main’ dalam masalah mendidik anak-anak ini. Ibu bapa yang normal, di mana pun mereka berada mengimpikan anak-anak mereka yang lahir menjadi anak-anak yang baik, sihat, cerdas, dan soleh. Ini harapan sesiapa sahaja, meski ibu itu melahirkan anaknya yang nyata-nyata di luar ikatan perkahwinan sekalipun. Walau seorang penjahat sekalipun, dia tentu akan mengharapkan anak-anaknya menjadi anak-anak yang seperti itu (tidak menjadi seperti dirinya).
Namun sayang sekali, kehendak dan keinginan mulia ibu bapa ini seringkali bercanggah dengan cara mereka mendidik anak-anak. Mereka tidak memberikan pendidikan yang baik serta persekitaran yang sihat. Bukankah sangat aneh apabila kita mengharapkan adanya kebaikan yang lahir daripada diri kita, sedangkan kita tidak memberikan kebaikan itu sendiri buat mereka? Bagaimana mungkin kita akan mendapatkan anak-anak yang baik jika pendidikan yang kita berikan kepada mereka tidak mencerminkan nilai-nilai yang baik?
Ini ada beberapa wasiat buat ibu bapa dan bakal ibu bapa:
1.Selalu ingat akan hubungan nasib antara ibu bapa dan masa depan bayi yang berada di dalam kandungan ibunya.
2.Berusaha selalu menjauhi maksiat dan dosa.
3.Berusaha selalu menjauhi makanan dan minuman yang haram.
4.Merutinkan dan membiasakan bersikap dan berbuat baik dan benar.
5.Merutinkan dan membiasakan diri dengan pelbagai ibadah, baik ibadah sedar mahupun ibadah bawah sedar.



Karya:  Muhammad Muhyidin
ISBN: 978-967-5515-12-5
RM 15.00 ( SEM.MALAYSIA )

RM 18.00 ( SABAH/SARAWAK )

BILA ANAK - ANAK BERTANYA TENTANG ALLAH DAN ALAM GHAIB INILAH JAWAPANYA

Peningkatan intelektual anak-anak seiring dengan kemajuan ilmiah masa kini mendorong pertanyaan yang lebih kritis daripada anak-anak tentang kewujudan Allah dan alam ghaib. Justeru  ibu bapa seharusnya memantapkan diri dengan ilmu-ilmu akidah untuk menjawab segala persoalan yang terbuku di hati anak-anak tentang Allah dan alam ghaib. Tinggalkan jawapan tradisional dan kuno seperti , “Ayah tidak tahu”, “Jangan kamu bertanya lagi” atau , “ Pergi tanya ustaz”. Jawapan-jawapan klise seperti ini sudah pasti akan meninggalkan anak-anak terkapai –kapai dan akhirnya anak-anak bosan untuk bertanya lagi. Lebih malang jika  anak-anak itu membesar tanpa ilmu  akidah yang mantap akibat kekurangan pendedahan tentang ilmu akidah semasa kecil.

Bantulah anak anda menjadi seorang Muslim sejati di awal pembentukan mindanya. Jangan sesatkan minda anak-anak dengan ilmu tentang Allah dan alam ghaib yang merapu dan dongeng semata. Didiklah anak-anak itu seimbang dengan ilmu dunia dan akhiratnya. Jika dia menjadi akauntan kelak, biarlah akauntan yang mantap ilmu akidahnya. Ingat, bahawa tugas utama ibu bapa selain membesarkan anak-anak ibu bapa perlu mengasah dan meneguhkan iman anak-anak.
Hadirnya buku  ‘Bila anak-anak bertanya tentang Allah dan alam ghaib’ ini sebagai panduan yang membantu ibu bapa memimpin tangan-tangan kecil itu dalam mengenal Allah. Terdapat beberapa metode yang digunakan dalam buku ini :
1.Buku ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama: Makrifat tentang Allah dan bahagian ke dua: Makrifat Tentang Alam Ghaib.
2.48 pertanyaan yang dikemukakan dalam buku ini adalah pertanyaan yang sering ditanya anak-anak berkenaan Allah dan alam ghaib.
3.Setiap pertanyaan dijawab dengan huraian berserta dalil al-Quran yang mantap.



Karya:  Muhammad Muhyidin
ISBN: 978-967-5515-11-8
RM 16.00 ( SEM.MALAYSIA )

RM 18.00 ( SABAH/SARAWAK )