TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN : Apa yang dijanjikan oleh buku ini? Sudah tentu buku ini tidak menjanjikan anda untuk menjadi kaya seperti buku-buku yang mengajak anda menjadi jutawan. Sebaliknya buku ini akan mendedahkan tentang teknik-teknik yang boleh digunakan untuk menguruskan kewangan anda dengan pelbagai cara. Sesuai juga untuk:
- Individu yang masih tercari-cari akan teknik-teknik terbaik yang boleh digunakan untuk mengurus wang.
- Individu yang kekurangan wang dan yang salah mengurus wang.
- Bagaimana wang diperoleh, diurus dan akhirnya ke mana dan cara wang itu dibelanjakan.
Melalui buku ini, penulis ingin mengajak anda memahami bahawa ‘wang’ lebih dari sekadar alat untuk berbelanja. Penulis juga berharap buku ini akan memberikan info tentang bagaimana wang berfungsi. Untuk mencapai objektif agar wang dapt digunakan untuk kebaikan, maka wang perlu diurus dengan bijak.
RM 18.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 21.00 ( SABAH/SARAWAK )
KAMI MENJUAL PELBAGAI BAHAN BACAAN ISLAM,ALBUM NASYID ,ZIKIR,CD BACAAN AL-QURAN,CD-ROM 30 JUZUK AL-QURAN,POSTER-POSTER BERKAITAN AGAMA DAN BERMACAM-MACAM LAGI..PASTIKAN ANDA TIDAK KETINGGALAN UNTUK MENDAPATKAN BUKU- BUKU TERKINI DI KEDAI KAMI YANG BERTEMPAT DI KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM PERTANYAAN SILA HUBUNGI FAHMI B. HJ BAHARIN 019-3887732

Showing posts with label Must Read Sdn Bhd. Show all posts
Showing posts with label Must Read Sdn Bhd. Show all posts
Saturday, December 11, 2010
MENCARI ISLAM DI CHINA
Negara China sering kali di kagumi sebagai sebuah Negara yang kaya dengan tradisi tamadun dan peradaban yang tinggi. Negara itu mempunyai sejarah yang cukup panjang dan gemilang. Namun begitu, ramai yang tidak menyedari bahawa umat Islam turut juga memberikan sumbangan dan memainkan peranan yang penting di sebalik kejayaan dan pencapaian China sebagai sebuah empayar yang dihormati dan digeruni selama berabad-abad lamanya. Kehadiran Islam di China dikesan sejak abad ke 7 lagi dengan kehadiran beberapa orang sahabat Nabi yang diutus untuk menyampaikan risalah Islam ke Negara yang terkenal dengan tembok besarnya. Malahan sebelum kedatangan Islam, penduduk China sudah pun menjalinkan hubungan yang cukup rapat dengan para pedagang Arab.
Hasil dan kesan daripada hubungan itu masih dapat dilihat sehingga ke hari ini dengan kemunculan pelbagai kumpulan etnik yang unik dan memiliki hubungan darah dengan kelompok bangsa dari Negara lain. Begitu juga dengan tinggalan dan warisan Islam masih dipertahankan oleh penduduk Islam di China. Selain daripada cara hidup yang berlandaskan kepada al-Quran dan sunah, bukti kegemilangan Islam di China dimanifestasikan melalui berbagai-bagai monumen seperti masjid, makam para sahabat dan ulama, madrasah serta berbagai-bagai lagi ciptaan sama ada dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, penulisan, sejarah dan sebagainya.
Buku ini bukan sekadar berusaha untuk menjejaki semula tapak-tapak Islam di China tetapi juga memberikan gambaran kepada kita semua tentang potensi yang ada pada Negara itu untuk menjadi medan dan wasilah kepada kebangkitan semula Islam pada akhir zaman. Pencarian Islam di China adalah sejajar dengan sebuah hadis nabi yang bermaksud bahawa Islam akan bangkit semula dari arah sebelah Timur.
RM 23.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 26.00 ( SABAH/SARAWAK )

MENCARI KETENANGAN JIWA
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.ingatlah, hanya dengan mengingati allahlah hati menjadi tenteram.”
MENCARI KETENANGAN JIWA lebih terperinci tentang aspek-aspek dalam kehidupan seharian manusia. Ia berkisarkan tentang permasalahan dan persoalan hidup yang sentiasa menyelubungi diri setiap insan. Tapi kita harus ingat, setiap masalah yang timbul ada kebaikan dan keburukannya. Terpulang pada individu bagaimana untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menangani setiap masalah tersebut.Orang-orang yang mengenal Allah SWT dengan baik akan selalu tawakal dan taat pada perintahNya kerana ia yakin bahawa Allah SWT yang mengatur kehidupannya. Tidak ada yang paling nikmat dalam hidup ini kecuali dapat melihat Allah SWT dalam segala situasi. Allah SWT mampu melakukan segalanya.
Oleh kerana itu, setiap musibah yang melanda perlu ditangani dengan bijak. Jangan bertindak terburu-buru mahupun bertindak di luar kawalan dan selebihnya hanya berserah kepada Allah SWT.
RM 18.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 21.00 ( SABAH/SARAWAK )
QURANOLOGY ILMU DI SEBALIK SEBUAH KITAB AGUNG
“Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya kitab suci al-Quran, kitab yang tidak ada di dalamnya sebarang bengkang-bengkok (kesilapan)”
(Surah al-Kahfi # 1)
Kandungan al-Quran layak dijadikan panduan hidup kerana ia datang daripada pencipta kita iaitu Allah SWT, bukannya manusia biasa. Sudah tentu Allah SWT selaku pencipta produk (manusia) tahu bagaimana cara membaikinya jika ia rosak dan al-Quranlah ‘manual book’ atau ‘user guide’ bagi produk manusia itu. Tambahan pula, hanya al-Quran sahaja dijamin sebagai satu-satunya buku/kitab yang tidak ada cacat-cela, kesalahan fakta atau teori, unsur plagiat atau apa-apa jua kelemahan sekalipun. Pendek kata, ia adalah buku ‘zero defect’!Tahukah anda, antara peristiwa besar yang mencorakkan dunia adalah peristiwa ‘Nuzul Quran’ atau turunnya al-Quran? Mengapa peristiwa ini diklasifikasikan begitu penting? Jawapannya tidak lain kerana sepanjang lebih 1400 tahun sejak al-Quran bersama kita, ia telah menghasilkan pelbagai peristiwa hebat, dengan kehadirannya banyak mencorakkan kehidupan dan pemikiran manusia di muka bumi ini. Itulah yang bakal dialami jika kita benar-benar berinteraksi dengan al-Quran. Maka, buku ini menyediakan 13 bab yang mengetengahkan kelebihan dan keunikan al-Quran supaya anda akan lebih mudah ‘jatuh cinta’ dengannya.
RM 19.90 ( SEM.MALAYSIA )
RM 22.90 ( SABAH/SARAWAK )
AKU NIKAH AKAN DIKAU
“Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Maka pilihlah wanita yang beragama, nescaya kamu akan beruntung.”
::Hadis Riwayat Muslim::
Dalam konteks perkahwinan, Islam dari awal lagi menyediakan garis panduan yang cukup lengkap dan menyeluruh berkenaan hukum-hakam perkahwinan kepada umatnya untuk dihayati, difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Garis panduan yang disediakan bukan sekadar tentang perbahasan tanggungjawab suami isteri dalam kehidupan berkeluarga, malah ia turut menekankan proses pemilihan pasangan sebelum memulakan langkah ke alam rumah tangga. Pendek kata, kebahagiaan dan keberkatan rumah tangga tidak akan wujud melainkan rumah tangga yang berdiri di atas tapak keimanan dan ketakwaan yang tulus ke hadrat Allah SWT yang Maha Besar.::Hadis Riwayat Muslim::
Diharap buku ini merupakan sumbangan yang tidak seberapa ke arah pengukuhan institusi keluarga sehingga berupaya melahirkan generasi yang terbaik sebagaimana yang pernah dirintis oleh Rasulullah SAW dan para sahabat r.a.
RM 19.90 ( SEM.MALAYSIA )
RM 22.90 ( SABAH/SARAWAK )
Monday, June 28, 2010
JANGAN SEKADAR HAJI
Sesungguhnya ibadah haji adalah salah satu di antara ibadah yang afdal. Ibadah Haji diletakkan sebagai ibadah khusus dalam kehidupan umat Islam dan salah satu di antara amal-amal ketaatan yang amat mulia. Apabila kita mengamati sebaik-baiknya Ibadah Haji adalah salah satu Rukun Islam yang dengannya Allah SWT telah mengutus Nabi Muhammad SAW dan tidak akan menjadi lurus serta benar agama seorang hamba kecuali dengannya. Ini bermakna ibadah haji adalah kemuncak kepada segala ibadah.
Dari segi sejarah, ibadah haji ialah syariat yang dibawa oleh junjungan nabi kita iaitu Muhammad SAW sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim a.s. Ibadat haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah, mengikut qaul yang masyhur iaitu dengan turunnya ayat 97 surah Ali-Imran yang bermaksud :
“Dan Allah SWT mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadaNya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekalian makhluk.”PENULIS : USTAZ HAJI HAIRULAZMAN
SEM. MALAYSIA : RM 18.00
SABAH/SARAWAK : RM 21.00
Thursday, April 22, 2010
MURTAD JANGAN PANDANG SEBELAH MATA
Istimewanya buku ini ditulis oleh seorang Saudara Baru. Penulis cuba membawa gambaran sebenar gejala murtad yang berlaku dan melanda umat islam kini. Kenapa, Mengapa dan Salah Siapa? Semuanya boleh terjawab dengan mendapatkan naskah ini.
MURTAD: JANGAN PANDANG SEBELAH MATA memberikan pelbagai perspektif untuk membolehkan kita memahami persoalan dan permasalahan murtad yang kita hadapi ini.
Buku ini juga mengutarakan beberapa kes dan kejadian murtad yang pernah menjadi isu hangat di dalam negara supaya pembaca mendapat gambaran yang sebenar di sebalik setiap kejadian yang berlaku. Semoga buku ini boleh membuka minda umat islam di malaysia agar sentiasa bersikap waspada, peka dan seterusnya membabitkan diri sama ada secara langsung atau tidak di dalam menghadapi ancaman murtad ini.
Tajuk: Murtad: Jangan Pandang sebelah Mata
Penulis: Hj Ann wan Seng
ISBN : 978-983-44519-1-2
M/Surat : 192 M/S
RM 21.90 ( SEM.MALAYSIA )
RM 24.90 ( SABAH/SARAWAK )

DI SEBALIK DIRI
DI SEBALIK DIRI – Buku ini menyentuh tentang sifat-sifat baik dan buruk di dalam diri manusia yang turut disebutkan di dalam Al-Quran dan Hadis. Sifat-sifat inilah yang mencorakkan manusia khususnya dan mewarnai kehidupan umumnya.
Melalui buku ini, kita akan dapat membuat perbandingan di antara sifat-sifat yang sepatutnya wujud dan dipupuk di dalam diri kita dengan sifat-sifat yang kita amalkan dalam kehidupan harian. Akhirnya kita akan lebih mengenali siapa diri kita sekaligus melahirkan insan baru dengan peribadi yang lebih baik.
Semoga buku ini akan memberikan manfaat dan sinar baru di dalam diri kita. Mudah-mudahan setiap perbuatan yang baik itu akan mendapat pandangan yang baik juga dari Allah swt.
Tajuk: Di Sebalik Diri
Penulis: Mohd Shukri Hanapi
ISBN : 978-983-43575-2-8
M/Surat : 177 M/S
RM 21.90 ( SEM.MALAYSIA )
RM 23.90 ( SABAH/SARAWAK )

21 TIP BAGI BAGI YANG SUKAR SOLAT SUBUH
Jika anda termasuk orang yang merasa berat untuk bangun solat Subuh, maka buku ini akan membangkitkan anda. Tidak pernah menghadiri solat Subuh berjamaah merupakan sikap tasyabbuh (menyerupai) perilaku kaum munafik pada zaman Nabi. Sebagaimana sabda Rasullullah yang bermaksud " Barangsiapa yang menyerupai satu kaum, maka ia termasuk golongan kaum tersebut" (HR Muslim). Cuba anda renungkan 'Munafikkah anda' atau dalam hati anda telah bersemi benih-benih kemunafikkan.
Jika anda berkata 'tidak' atau bukan, maka buktikan bahawa anda bukan seorang munafik. dan satu-satunya cara untuk membuktikan adalah tanamkan azam dalam diri anda mulai esok anda akan buangkan rasa mengantuk yang menjerat dan rasa malas yang membelenggu diri anda dan berbarislah bersama jemaah dalam menunaikan solat Subuh.
Buku ini membantu anda dalam memperbaiki diri anda, dengan tip-tip yang mudah difahami akan merubah diri anda menjadi antara insan-insan yang berada di barisan jemaah subuh.
Tajuk: 21 Tip Bagi Yang Sukar Solat Subuh
Penulis: Syeikh Muhammad Shalih Al Munajjid
ISBN : 978-983-44519-4-3
M/Surat : 148 M/S
RM 14.90 ( SEM.MALAYSIA )
RM 17.90 ( SABAH/SARAWAK )

BERDIALOG DENGAN ALLAH
Bercinta dan berdialog dengan Allah? Bagaimana caranya? Mungkinkah kita mencintai dan berdialog dengan Allah, sedangkan Allah tidak dapat dilihat. Mungkinkah kita mencintai sesuatu yang tidak dapat kita lihat wujudnya? Mencintai dan berdialog dengan Allah mempunyai makna dan falsafah yang luas. Ianya tidak dapat dihuraikan hanya dengan sebuah buku atau beberapa jam syarahan kerana mencintai Allah SWT bererti mencintai sesuatu yang hakiki.
Mengapa pula harus berdialog dengan Allah? Bagaimana caranya? Bukankah berdialog dengan Allah hanya pernah terjadi di zaman para nabi dan rasul seperti dialog Nabi Musa a.s, iaitu ketika baginda bermunajat dan menyatakan keinginannya untuk berjumpa Allah secara langsung? Di zaman ini, mungkinkah kita melakukan komunikasi dengan Allah? Bukankah nabi terakhir telah lama wafat dan kitab suci terakhir telah diturunkan 15 abad yang lampau serta Allah telah menyatakan sempurnanya agama kita. Masihkah terjadi dialog antara hamba dengan Tuhan?

Buku ini cuba menghuraikan peranan kalbu dan hati kita untuk melakukan dialog dan sentuhan jiwa kepada Allah SWT menerusi pelbagai amalan, terutamanya Qiamullail, doa, munajat, zikir dan istighfar. Namun buku ini tidak mengandungi senarai doa, munajat, zikir dan istighfar kerana ianya boleh didapati dari buku-buku khusus tentang doa, zikir dan istighfar. Kerana kalau buku ini dilengkapi dengan senarai doa, zikir dan istighfar, maka buku ini akan menjadi sangat tebal. Semoga dengan amalan-amalan yang merupakan rangkaian dari kisah cinta kita kepada Allah, dapat menyejukkan hati kita untuk menyiapkan bekalan menuju hari akhirat yang bahagia dan cemerlang. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
RM 21.90 ( SEM.MALAYSIA )
RM 24.90 ( SABAH/SARAWAK )
BILA ZINA JADI BUDAYA
Buku 'BILA ZINA MENJADI BUDAYA' ini cuba merungkai permasalahan yang berlaku di kalangan remaja hari ini dan berkongsi serta memberikan jalan penyelesaian yang terbaik bagi masalah sosial yang kian meruncing kini. banyak paparan di dada-dada akhbar suatu isu yang sedang hebat diperbincangkan, iaitu masalah sosial di kalangan remaja yang berleluasa dan amat meruncing setiap hari. Remaja generasi hari ini lebih cenderung atau terpaksa berdepan dengan perkembangan kemajuan dan teknologi yang semakin pesat membangun. Setiap waktu masyarakat didedahkan dengan masalah kronik yang melanda dunia, di antaranya adalah kes jenayah seperti samun, meragut, kes rogol, perzinaan, buang bayi, pembunuhan, lumba haram dan lain-lain lagi, yang mana semua ini melibatkan golongan remaja kita sendiri.
Bertambah runcing lagi apabila masalah sosial ini membimbangkan golongan ibu bapa dan juga para pendidik yang terpaksa berhadapan dengan golongan tersebut. Antara masalah kronik yang melanda para remaja hari ini adlah seks bebas yang diasaskan oleh pergaulan bebas itu sendiri. Ini adalah menurut hasil kajian di seluruh dunia remaja cenderung terjerumus ke lembah seks bebas. Terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti menyebabkan golongan remaja seperti ini lebih mudah terjerumus atau terlibat dengan penzinaan.
Tajuk: Bila Zina Menjadi Budaya
Penulis:Mohd Syamil &Adriana Balqis
ISBN : 978-967-5426-18-6
M/Surat : 148M/S

LA TAHZAN GADISKU
Apakah yang paling di takuti oleh anak-anak gadis masa kini? Masa depan? Walaupun mereka menjalani hidup ini dengan tenang dan bahagia, namun dalam pada itu harus anda akui masih ada banyak perkara yang menyebabkan kegelisahan yang berpanjangan di sebalik semua keceriaan itu.
"Macam mana dengan masa depan saya nanti?"
"Pasangan bagaimana yang harus saya pilih kelak?"
Bukankah persoalan-persoalan seperti ini sentiasa bermain di fikiran anak-anak gadis kita?
Oleh itu, melalui buku ini, penulis bawakan berbagai-bagai kisah penuh inspirasi buat mereka. Kisah-kisah ini di satukan supaya dapat dijadikan panduan dan iktiber serta pengajaran bagi membimbing mereka menjalani hidup yang lebih bermakna. Di samping itu mereka juga perlu sentiasa istiqamah dan seterusnya berserah kepada Allah SWT, insyaAllah masa depan mereka pasti cerah.
Tajuk: La Tahzan Gadisku
Penulis:Najla Mahfuzh
ISBN : 978-967-5426-15-5
M/Surat : 208M/S

BILA ALLAH MENDUGA KITA
BILA ALLAH MENDUGA KITA lebih terperinci tentang aspek-aspek kehidupan manusia seharian. Ianya berkisarkan tentang permasalahan dan persoalan hidup yang sentiasa menyelubungi diri setiap insan. Setiap masalah yang timbul ada kebaikan dan keburukan, terpulang pada individu bagaimana langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah tersebut.
Kita harus ingat, setiap saat Allah SWT akan menduga umatNya dengan berbagai-bagai ujian, tidak kira dari segi kesusahan mahupun kesenangan. Sikap sabar, tabah, berdoa dan bertawakal amat penting kerana Islam sentiasa memberikan jalan dan sikap positif yang indah, terpulanglah pada individu untuk memahami dan mempraktikkannya dengan baik supaya kita tidak hanya berjaya di dunia, malah di akhirat kelak.
Oleh itu setiap perkara yang datang perlulah ditangani dengan bijak, jangan bertindak terburu-buru dan selebihnya berserah kepada Allah SWT.
Tajuk: Bila Allah Menduga Kita
Penulis:Syed Alwi Alatas
ISBN : 978-967-5426-06-3

HEBATNYA CARA RASULULLAH MENDIDIK
Dunia hari ini membayangkan bahawa kerjaya seorang guru semakin tidak dihormati dan dihargai. Sebahagiannya berpunca dari para guru itu sendiri, tetapi bak kata pepatah ‘disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga’. Maka, kerjaya seorang guru itu dipandang rendah oleh masyarakat.
HEBATNYA CARA RASULULLAH MENDIDIK mengupas tentang peranan para guru dalam membimbing anak bangsa bukan hanya sekadar mengajar bahkan juga menitikberatkan akhlak para guru ketika mengajar dan membimbing pelajar agar keberkesanan dalam pengajarannya dapat dirasai oleh para guru seterusnya juga diterima baik oleh anak didik. HEBATNYA CARA RASULULLAH MENDIDIK memberi tumpuan kepada kaedah-kaedah yang digunakan oleh Rasulullah SAW dalam menyampaikan ilmu serta nasihat kepada para sahabat. Di selitkan juga cara-cara Rasulullah SAW bersoal-jawab, bergurau senda, memberi nasihat dan dalam meraikan para pelajarnya.
Semoga buku ini dapat menjadi panduan kepada semua guru dan semoga dengan usaha sedikit ini akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT di akhirat kelak.
Tajuk: Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik
Penulis:Razali Saaran
ISBN : 978-967-5426-04-9

DAIRI SUFI
Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah. Membuat orang tidak percaya menjadi percaya. Memberikan keberanian pada yang ketakutan.
Setiap dari sesuatu yang dijadikan olehNya pasti datang dengan sebab dan sifat. Begitu juga dengan sebuah hari yang belum tentu manis pahit yang menanti untuk kita lalui sebagai hambaNya. Kenapa harus dimulakan dengan doa? Kenapa pula perlu disudahkan juga dengan doa? Satu persoalan yang kadang-kadang sengaja kita lupakan. Doa itu bekal, doa itu senjata. Mana mungkin kita hamba yang lemah boleh mengatur langkah gagah tanpa bantuan dariNya, sedang nabi dan para rasul yang maksum saban malam bersengkang mata menadah tangan berdoa agar perjuangan dan hati mereka sentiasa di bawah kasih sayang dan rahmatNya. Apatah lagi kita insan lemah yang hina dina ini. Jangan sombong dengan Khalik.
Setiap insan punya cara tersendiri untuk meluahkan rahsia hati, tidak kira pada sahabat, teman mahu pun keluarga. Tidak semua rahsia hati mampu diluahkan dengan kata-kata. Maka lahirlah Diari Sufi yang diselitkan dengan doa, buat renungan untuk insan-insan kerdil yang selalu mengharapkan keredaanNya.
Tajuk: Diari sufi
Penulis:Siti Munazakiah
ISBN : 978-967-5426-02-5
M/Surat : 120M/S
RM 15.90 ( SEM.MALAYSIA )
RM 18.90 ( SABAH/SARAWAK )

25 SERUAN AYAT AL - QURAN BUAT ORANG BERIMAN
Kita sering membaca dan mendengar bacaan al-quran, tetapi kita sering juga melupakan peringatan Allah yang terkandung di dalamnya. Terlalu banyak peringatan Allah yang terdapat di dalam al-quran kepada hamba-hambanya.
25 SERUAN AYAT AL-QURAN BUAT ORANG BERIMAN adalah sebahagian daripada ayat-ayat di dalam Al-Quran yang bermula dengan seruan "Wahai orang-orang yang Beriman". Seruan-seruan ini merangkumi dari segala aspek seperti sembahyang, puasa, makan minum, ikhlas, riba dan sebagainya.
Buku ini akan membongkar apakah maksud di sebalik seruan yang Allah turunkan kepada hamba-Hambanya. Semoga ia akan menjadi panduan kepada kita dan seterusnya dapat dipraktikkan dalam diri dan keluarga.
Tajuk: 25 Seruan Ayat Al-Quran Buat Orang Beriman
Penulis: Abi Farhan
ISBN : 978-983-43575-7-3
M/Surat : 130 M/S
RM 20.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 23.00 ( SABAH/SARAWAK )

NOTA WASIAT
Membuat Surat wasiat adalah suatu keperluan masa kini. Kenapa dan Bagaimana? Buku ini akan menerangkan apakah definisi wasiat dan surat wasiat juga menerangkan fungsi wasiat dan kaedah menulis wasiat. Selain itu, buku ini juga menyertakan draf Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka, draf Surat Pengisytiharan Hibah dan draf Pengisytiharan Harta Sepencarian bagi rujukan anda.
InsyaAllah dengan sedikit pelaburan membeli buku ini bakal menyelamatkan waris-waris anda dan juga memastikan harta beratus ribu ringgit yang bakal anda tinggalkan akan diterima oleh waris anda.
Tajuk: : Nota Wasiat
Penulis: Md Ghazali Ibrahim
ISBN : 978-983-44519-0-5
M/Surat : 91 M/S
RM 15.90 ( SEM.MALAYSIA )
RM 18.90 ( SABAH/SARAWAK )
InsyaAllah dengan sedikit pelaburan membeli buku ini bakal menyelamatkan waris-waris anda dan juga memastikan harta beratus ribu ringgit yang bakal anda tinggalkan akan diterima oleh waris anda.
Tajuk: : Nota Wasiat
Penulis: Md Ghazali Ibrahim
ISBN : 978-983-44519-0-5
M/Surat : 91 M/S
RM 15.90 ( SEM.MALAYSIA )
RM 18.90 ( SABAH/SARAWAK )
URUS HARTA SEBELUM MATI
Pada masa kini terlalu ramai Umat Islam di malaysia yang mengalami masalah berkaitan dengan Harta Pusaka. Mengikut sumber, terdapat hampir 38 Billion nilaian Harta Pusaka Umat Islam yang masih dibekukan dan tidak dapat di agihkan kepada waris-waris yang berhak menerimanya. Kenapa ini terjadi? Jawapannya adalah kerana ramai umat Islam yang Jahil mengenai Ilmu faraid.
Buku ini memberi panduan dan asas kepada Umat Islam mengenai:
1. Bagaimana Kaedah Merancang Harta Pusaka Mengikut Ilmu Faraid
2. Bagaimana Waris si mati untuk Menguruskan Harta Pusaka Peninggalan.
Di selitkan juga kisah benar yang berlaku akibat tidak merancang dan mengurus harta pusaka buat iktibar dan pengajaran serta contoh-contoh Pembahagian Harta Pusaka. Juga Fatwa yang dikeluarkan berkaitan dengannya.
Tajuk: Urus Harta Sebelum Mati
Penulis: Md Ghazali Ibrahim
ISBN : 978-983-43575-8-0
M/Surat : 140 M/S

LALUAN KE SYURGA - JALAN MANA ANDA PILIH ?
"LALUAN KE SYURGA - JALAN MANA PILIHAN ANDA". Bila kita membaca tajuk buku ini mungkin terbayang di benak fikiran kita berapa banyak laluan untuk kita sampai ke syurga. Namun hakikatnya jalan untuk kita menuju ke Syurga Allah perlu kita bina mulai sekarang. Seperti mana kita sering melihat pembinaan jalan atau penurapan semula jalan di negara ini sering diletakkan papan tanda " KESULITAN AMAT DIKESALI UNTUK KESENANGAN ANDA DI MASA HADAPAN". Cuma yang membezakan jalan kita ke syurga harus kita bina sendiri tanpa boleh melantik kontraktor membina bagi pihak kita.
Buku ini boleh di ibaratkan "Hardware" yang menyediakan bahan-bahan yang harus anda gunakan untuk menyiapkan jalan yang akan anda bina. 47 perkara yang telah penulis gariskan untuk membantu anda menyiapkan jalan anda, terpulang kepada anda untuk menggunakannya. Jalan yang cantik selalunya menggunakan bahan yang bagus, hasil kerja teliti dan komitmen yang tinggi manakala jalan yang mudah rosak dan berlubang biasanya dibina dengan usaha yang tidak bersungguh.
Diilhamkan dalam bentuk ayat al-Quran beserta terjemahan menjadikan buku ini mudah di fahami, padat, ringkas dan menarik. Diselitkan bahan-bahan bercerita membuat buku ini boleh di terima oleh semua peringkat umur.
ABDUL FATAH ZAKARIA - dilahirkan pada 21 jan 1963, merupakan Imam Masjid Kota Damansara dan bapa kepada tiga orang cahaya mata. Lulusan Diploma dalam Pengajian Islam dari Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin sebelum melanjutkan pelajaran Ijazah dalam Pengajian Islam (Quran dan Sunah) di UKM pada tahun 1989. Selepas 2 tahun beliau melanjutkan pelajaran perinkat Master di Universiti Khartoum pada tahun 1991. Beliau juga bekas pensyarah di UIAM (1989-1999) dan Kolej Sultan Zainal Abidin (2000-2007)
Tajuk: Laluan Ke Syurga - Jalan Mana Pilihan Anda?
Penulis: SAbdul Fatah Zakaria
ISBN : 978-983-44519-3-6
M/Surat : 183 M/S

MENANGANI INDIVIDU SUKAR
Adakah kita merupakan individu sukar? Atau mungkin hampir menjadi individu sukar? Atau orang yang di sekeliling kita adalah individu sukar yang mampu untuk mengheret kita bersama jemaah mereka? Perbincangan di dalam buku ini berkisar mengenai individu sukar bukanlah untuk kita fikirkan buat orang lain, tetapi yang paling penting adalah tertuju kepada diri kita sendiri. Selama ini mungkin kita menganggap orang lain di sekeliling kita adalah individu sukar. Padahal orang lain juga melihat kita sebagai individu sukar buat mereka. Buku ini mensajikan teknik-teknik berkesan menghadapi individu sukar yang diekstrak dari sejarah kehidupan Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s seperti mana yang diceritakan di dalam Al-Quran dan Al-Hadith. Kepada pembaca mari bersama-sama kita mengembara ke zaman Nabi Musa a.s dan Fir'aun laknatullahi'alaihi. Pastinya kita tidak akan menjadi individu sukar!! InsyaAllah.
NORDIN JAAFAR - dikenali sebagai artis dan pernah menjadi vokalis utama bagi kumpulan AlarmMe dan Raihan serta telah menjelajah ke lapan buah negara membuat persembahan seperti Singapura, Indonesia (Gorontalo, Jakarta, Jogjakarta, Acheh), Peranchis (Paris, Lille, Lyon, Strabourg), United Kingdom (London), Kanada, Trinidad & Tobago, Dubai dan Kuwait.
Tajuk: Menangani Individu Sukar
Penulis: Nordin Jaafar
ISBN : 978-983-43575-59-7
M/Surat : 186 M/S
RM 24.90 ( SEM.MALAYSIA )
RM 27.90 ( SABAH/SARAWAK )
Tajuk: Menangani Individu Sukar
Penulis: Nordin Jaafar
ISBN : 978-983-43575-59-7
M/Surat : 186 M/S
RM 24.90 ( SEM.MALAYSIA )
RM 27.90 ( SABAH/SARAWAK )
Subscribe to:
Posts (Atom)