Thursday, February 18, 2010

SURAH AL - BAQARAH SHEIKH DR.MUHAMMAD AYYAUB ( 3 CD )



















RM 22.90

HIDAYAH

Hidayah yang bermaksud petunjuk ataupun panduan. Sebenarnya hidayah adalah perkara paling penting dalam hidup manusia kerana ia berfungsi sebagai petunjuk jalan bagi bagi memastikan perjalanan hidup seseorang itu berada di atas landasan yang betul dan lurus. Kita sentiasa memohon hidayah daripada Allah SWT setiap kali menunaikan solat. "Tunjukkan kami jalan yang lurus"
 
 
 
 
 
 
RM 25.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 28.00 ( SABAH/SARAWAK )

BELAJAR DARI PARA WALI

Keagungan Tamadun Islam; Sejarah yang Digelapkan membawa pembaca menelusuri sejarah lampau. Pembaca dihanyutkan hingga ke zaman sebelum masihi; zaman kegemilangan karya Aristotle, Socrates dan Plato. Perlahan-lahan pembaca dihantar ke segenap zaman yang menyingkap penemuan dan eksperimen yang menjulang tokoh ilmuan Islam di persada keunggulan.
Apa yang menarik, nadi tamadun adalah Islam yang menjadi ad-Din jaminan Allah sebagai agama yang lurus di sisi-Nya. Faktor tauhid dan takwa tersisip rapi dicelah peradaban yang membangun dan pesat. Pembaca akan diperkenalkan barisan intelektual Islam yang telah melakukan berpuluh-puluh penyelidikan dan kompilasi insiklopedia yang menjadi rujukan hingga sekarang terutamnya di Barat.
Ironinya, kejayaan dan peranan intelektual Islam seakan ternafi apabila tidak terakam walaupun sebaris ayat dalam buku-buku sejarah seluruh dunia mengenai penyelidikan dan penemuan saintis, astrologis, filosofis, geologis yang merintis disiplin ilmu berdasarkan kepakaran mereka. Bukan menagih pujian dan sanjungan, Islam menganjurkan keadilan dan kebenaran. Mengapa kebenaran sebegini digelapkan? Apakah wujud konspirasi atau agenda tersendiri?


RM 19.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 22.00 ( SABAH/SARAWAK )

BUNGA KEBAHAGIAAN

Berkasih sayang dalam rumah tangga adalah fitrah manusia. Suami isteri, anak-anak dan siapa sahaja hatta haiwan sekalipun sangat mengingininya. Tetapi adakah ianya berlaku dalam kehidupan kita seharian? Runtuhnya moral masyarakat Islam ini bermula di sini. Oleh itu rasa kasih sayang perlu ditekankan setiap hari, setiap waktu berterusan dan menjadi perkara yang melekat di hati kita. Manusia,secara fitrahnya inginkan kebahagiaan, ketenangan,kerehatan dan segala macam kesempurnaan mengiringi kehidupannya. Perkahwinan pada pandangan Islam adalah suatu perkara yang suci. Ini kerana ia dibina dengan dasar-dasar yang mulia. Ia bermula dengan usaha memilih pasangan untuk sehidup semati, seterusnya dengan lafaz akad bagi menghalalkan hubungan pasangan. Hubungan suci ini wujud bukan untuk sehari dua tetapi untuk seumur hidup.


RM 20.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 23.00 ( SABAH/SARAWAK )

BERTEMU JANJI ALLAH SIRI 2

Membicarakan alam akhirat adalah percubaan untuk menjangkau segala yang misteri di belakang tabir keduniaan. Tiada siapa yang layak untuk membimbing segala apa yang terkandung di alam itu melainkan apa yang di khabarkan oleh Pemilik, Pencipta dan Penguasanya melalui wahyu yang diturunkan kepada NabiNya. Tanpa pergi terlalu jauh, dalam pengertian wahyu yang terkandung di dalam surah al-Fatihah ayat 4 sahaja, kita sudah dipandu dengan sebuah proklamasi berbunyi, “Dialah (yakni Allah) penguasa hari akhirat.” Mungkin William Shakespeare juga termakan dengan tempias firman Allah ini dengan kata-katanya yang pernah direkodkan di dalam skrip teaternya King Henry V111 3 berbunyi, “heaven is above all yet; there sits a judge that no king can corrupt.”
Buku yang bertungkus lumus menggali pelbagai rahsia akhirat, yang sedang berada di tangan pembaca sekarang ini adalah sebuah catatan. Ia bukan memo sembarangan. Ia memunggah kandungan dan pengertian alam ghaib yang akan sama- sama kita lalui lambat launnya. Bagi mereka yang sudah pergi, mereka sudah dan sedang berada sebahagiannya di alam itu. Sekarang, soalnya masih adakah pilihan kita untuk tidak cuba memahaminya sedangkan kita memang perlu ke sana – sememangnya akan ke situ? Dalam gugur hari yang beralih minggu ke minggu, masih adakah khilaf bahawa kita sedang mendekati satu tarikh kematian yang tidak pernah berganjak? Sebaliknya, kita pula yang semakin mendekat!


RM 17.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 19.00 ( SABAH/SARAWAK )

BERTEMU JANJI ALLAH

"Disisi islam, kejayaan manusia tidak diukur dari aspek penguasaan kehidupan dunia. kejayaan hakiki bergantung kepada sejauh manakah manusia mampu berusaha menyinkap segala rahsia hidup yang abadi.
Hitam putih masa depan kehidupan akhirat seseorang adalah dicorakkan sendiri oleh pegangan hidup seseorang itu semasa di dunia. Allah swt telah mendatangkan para rasulnya bersama wahyu sebagai panduan untuk umat manusia.
Kegagalan mengikut apa yang telah diperintahkan Allah swt akan menempah azab dariNya.
Buku ini mengajak pembaca menelusuri jejak - jejak menuju mashyar. Ia cukup menentuh dan menyayat hati. Dengan mengikut huraian tentang hari qiamat dan alam akhirat, Tok guru cuba mendorong kita untuk menjadi mukmin yang lebih mencintai akhirat, justeru disanalah hidup kita sebenar, dunia keabadian dalam pertemuan yang pasti disisi Allah swt."


RM 17.00 ( SEM. MALAYSIA )
RM 19.00 ( SABAH/SARAWAK )

MUHAMMAD S.A.W INSAN TELADAN SEPANJANG ZAMAN

Banyak sudah kita menelaah buku sekisar riwayat Nabi saw, namun buku ini amat menarik kerana menampilkan suatu kelainan. Apakah kelainannya? Semasa membaca buku ini, seakan terasa ada kesan sampingan; baik dari rohani ataupun emosi. Derap perjuangan ketika Nabi saw memimpin para sahabat seakan terhidu keringan debu yang terhambur.
Buku yang memuatkan sikap Rasulullah SAW yang membayangkan sikap Islam dalam pelbagai situasi sama ada genting ataupun tenang. Menghayatinya seakan-akan samalah seperti kita dijemput untuk bersedia di tengah-tengah medah jihad dalam Perang Ahzab, Khaibar, Hunain ataupun mungkin juga berada di tengah-tengah meja bundar di mana Perjanjian Hudaibiyah dimeterai. Gaya ianya ditulis cukup istimewa kerana sesuai dengan tajuknya yang menyentuh persoalan sirah.
Buku ini cukup detail. Teknik penceritaannya cukup tersendiri. Ia bisa menyirap darah pejuang, menghiris hati simpati dan boleh menimbulkan kecintaan kepada Rasulullah SAW yang membuak-buak. Terasa benar betapa kurangnya kita berkorban untuk fisabilillah.
Semoga buku yang ditulis daripada dakwat kesedaran ini mampu mengetuk hati kita untuk memberikan sesuatu yang benar-benar memberi bekas kepada kebangkitan semula Islam. Moga usaha memunggah dari khazanah milik Tok Guru ini bermanfaat untuk umat Islam. 


RM 27.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 30.00 ( SABAH/SARAWAK )

KEMILAU PERIBADI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Mengangkat citra seorang lelaki Melayu menjadi super hero membibitkan kegusaran seandainya ia bisa mengurangkan nilai komersial. Namun, sosok yang ditampilkan sebagai ikon di dalam karya terbaru susunan Abdul Shukur Haron dan Annual Bakri Haron punya kelainan. Peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat telah ditinjau dengan cermat. Karier politik Tuan Guru menjadi tema utama selain beberapa tajuk tempelan yang relevan.
KEMILAU PERIBADI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT memaparkan kepada khalayak, teladan seorang ulama yang memimpin wilayah timur. Manfaat yang bakal dikutip apabila setiap lembar lancar berkisah tentang idea, perlaksanaan, motif, rasional, kontroversi, apresiasi dan pendirian seorang tokoh tersohor lantaran memakai jubah ulama dan mengenakan mahkota kerajaan. Dia lain daripada yang lain! Bukankah kelainan itu tandanya istimewa?
Kepimpinan Tuan Guru telah menaikkan imej ulama. Beliau telah merdekakan peranan ulama yang selama ini terhenti di laman surau dan masjid-masjid. Malah, media Indonesia menyatakan bahawa jawatan dan pangkat tidak mengubah apa-apa yang dimiliki Tuan Guru. Kenyataan menarik ini turut terakam di dalam naskhah terbitan Anbakri Publika kali ini.
Apabila ulama memerintah, secara tidak langsung idea dan pemikirannya menjadi ikutan dan panduan. Apa yang mengejutkan, Tuan Guru meninggalkan pemikiran dan perspektif tokoh politik lain jauh ke belakang bahkan keluar dari lingkaran konvensi (tradisional). Maka, lahirlah pelbagai program dan skim yang memelihara kebajikan rakyat. Terlebih dahulu anda perlu hadami takrif moden. Kerana moden itu bermula melalui cetusan ilmu yang bakal meledakkan momentum idea dan praktikal. Itulah gagasan Tuan Guru sejak menerajui Kelantan Darul Naim. Sedayanya rakyat dihidangkan berkawah ilmu sehinggakan hari Jumaat diisytihar sebagai hari ’talaqi’ di Medan Ilmu, Jalan Dato’ Pati. Nah, buku ini mendedahkan segala-galanya. Mengalir dari lubuk idea, ia menyinggah di tangkal hati yang membenihkan perasaan halus Tuan Guru sehingga terciptanya untaian pantun-pantun klasik.
Kekuatan buku ini apabila ia berjaya mengukir kemilau peribadi seorang negarawan ulung. Ia jujur berkisah tentang seorang ulama, Menteri Besar dan sosok seorang lelaki Melayu yang tidak pernah melupakan akar Melayunya.


RM 25.00 ( SEM.MALAYSIA ) 
RM 28.00 ( SABAH/SARAWAK )

KESAN DOSA DALAM HIDUP

Hati adalah kerajaan di dalam tubuh manusia. Hati bisa menguasai akal, hati juga bisa menjadi tapak semaian nafsu. Mendidik hati adalah prioriti agar hati bisa tunduk dan patuh kepada Pencipta alam dan Pemilik seluruh hati. Setelah mengekstrak sebahagian kitab karangan Ibnu Qayyim yang berjudul Al-Jawabul Kaafi li Man Sa’ala Anid Dawai’e as-Syafi, akhirnya Ustaz Ahmad Asri Lubis menghidangkan sebuah karya terjemahan berjudul Kesan Dosa Dalam Hidup.
Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, dilahirkan di Damsyik, Syria tanggal 4 Februari 1292 dan meninggal pada 23 September 1350. Beliau adalah seorang imam ahli sunnah wal jamaah, intelektual dan ahli fikah yang hidup pada abad ke-13. Tersohor sebagai fuqaha’ bermazhab Hambali. Disamping itu, beliau turut terkenal sebagai salah seorang mufassirin, muhaddisin, hafiz al-Quran, pakar bahasa Arab, usuliyyin, mutakallimin, sekali gus seorang mujtahid.
Buku yang mensasarkan tazkiyatun nafs menghimpunkan tajuk-tajuk menarik antaranya, Dosa Membutakan Mata Hati, Jatuhnya Martabat dan Kedudukan, Penyebab Berkurangnya Fungsi Akal, Terputus Ikatan Hamba dengan Allah, Dosa akan Mengkhianati Seseorang, Hilangnya Nikmat dan Turunnya Bala dan sisipan peribadi teladan Saidatina Nafisah binti al-Hasan bin Zaid.
Pengarang membahaskan kesan dosa yang boleh merosakkan hati sekali gus membinasakan peribadi seorang muslim yang menakung sejumlah dosa dan maksiat. Manusia kurang waspada terhadap gejala yang merosakkan kesempurnaan hati. Justeru, pengarang terpanggil mendedahkan satu persatu wabak yang akan melanda sebuah wilayah yang terhimpun di lubuknya mutiara iman dan takwa. Rasionalnya, mesej ini adalah jelas. Setiap manusia dibekalkan sekeping hati yang muluk dan khalis. Ia harus dijaga, dirapi, dipantau dan tahan uji. Lantaran hati adalah ekspresi peribadi dan akal manusia.
Segala tindak-tanduk menggambarkan rupa paras hati. Keikhlasan menekuni ibadah terhantar melalui kejernihan hati. Lantaran itu, jika manusia lalai, melazimi maksiat dan dosa, wilayah hati akan diserang wabak, peribadi manusia semakin bejat sehingga tergamak mencabar kudrat Allah sebagai Pencipta, melupakan berita datangnya kiamat dan melecehkan seruan nabi Muhammad SAW. Apa yang menarik, buku ini mendedahkan bahawa dosa menjadi penyebab berkurangnya fungsi dan kekuatan akal.
Usah meremehkan dosa sekalipun kecil dari pengamatan manusia yang dangkal. Kerana dosa umpama debu yang bertebaran di udara. Ia bisa bergabung menjadi gunung yang agam, keras dan membatu. Setiap dosa yang dilakukan sama ada sedar mahupun tidak, hendaklah diiringi taubat nasuha sebelum hati menjadi keras dan sukar dilentur. Dapatkan segera naskhah anda di kedai-kedai buku berangkai, toko buku dan pengedar Anbakri Publika Sdn Bhd di seluruh Malaysia. Buku ini dilengkapi VCD eksklusif nasihat daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaan dosa.
 
 
RM 23.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 26.00 ( SABAH/SARAWAK )

SOAL JAWAB ISU - ISU MENCABAR DALAM ISLAM

Buku ini memuatkan pelbagai esei yang berupa pernyataan pendirian yang bersandar. Ia adalah himpunan pelbagai sikap dua orang ulama’ tersohor iaitu al-Fadhil al-Ustaz Abdul Ghani Shamsudin selaku bekas yang di Pertua Persatuan ulama’ Malaysia dan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan. Ia berada dalam keadaan terpimpin sepenuhnya.   


RM 23.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 26.00 ( SABAH/SARAWAK )
                         

                                                                                                                                                              
                                                                                   

TELAGA BUDI

Telaga Budi, menakung limpahan jasa dan budi. Telaga Budi, dituang dalam bentuk petikan hikmah yang bisa menyuburkan akal budi. Ini bukan telaga buta, tetapi Telaga Budi. Di dalamnya tertuang sejumlah kebijaksanaan dan ketinggian ilmu daripada ikon ulama tersohor di Asia Tenggara. Untaian hikmah dipetik, lalu dipunggah dan disusun rapi oleh Setiausaha Politik yang kerap mendampinginya, Tuan Haji Annual Bakri Haron.
Kalau sudah namanya telaga, pasti tertakung kesegaran air yang menghilangkan dahaga sang musafir di alam fana. Nah, kitalah musafir itu. Sekalipun tidak bisa melawan keampuhan telaga zam zam dan kauthar…paling tidak ia bisa menyegarkan minda dan nubari yang kian layu dipanah mentari mazmumah.
Telaga Budi, bukan sekadar lontaran idea dan gagasan minda. Ia adalah komunikasi ruh yang menyeru bahawa setiap daya usaha di bumi memberi impak di negeri abadi…ia tertuang di dalam dinginnya telaga
manusia yang berbudi.
                                                                                                                                                           




RM 18.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 21.00 ( SABAH/SARAWAK )

MENYUKAT SOLAT DIRI


Mungkinkah antara mereka dan solatnya itu tidak terpenuh prasyarat antara apa yang dipersembah dengan apa yang diharap? Jika ya, maka apa lagi yang kekurangan?
Buku ini amat sesuai untuk ummah yang sudah yakin bahawa solat adalah sarat dengan hikmah dan rahmah. Betapapun mereka mengakuinya, tetapi dilema yang sering melanda apabila mereka masih tidak atau belum lagi merasai kelazatan solat sebagai juadah rohani justeru masih ada hijab tipis yang mungkin sedang memisahkan 'bahagia' solatnya itu dengan kewujudan diri. Akhirnya, solat yang ditegakkan saban waktu hanyalah sebuah persuaan waktu yang tidak menemui kebahagiaan dengan kediriannya. Jika solat dan tuannya itu umpama sepasang kekasih, maka buku ini akan cuba mempertemukan pasangan yang selama ini bertemu dan melepaskan rindu tetapi hantaran rindunya itu sering tidak kesampaian. Ia bertepuk sebelah tangan di sejadah kaku yang tidak terjawab. Mungkinkah antara mereka dan solatnya itu tidak terpenuh prasyarat antara apa yang dipersembah dengan apa yang diharap? Jika ya, maka apa lagi yang kekurangan?
"Ibadah solat adalah suatu ibadat yang mengajar manusia
supaya setiap usaha mereka mengejar kehidupan dunia, mereka
perlu berenggang atau berputus hubungan untuk seketika dengan
keduniaan mereka, dan bersiap pula untuk menghadapi kematian".
-Tok Guru Nik Adbul Aziz Nik Mat


RM 22.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 25.00 ( SABAH/SARAWAK )




MUHAMMAD S.A.W JEJAK JUNJUNGAN MULIA

Menilik buku ini samalah seperti kita cuba berpegang kepada makna dan semangat nas untuk memecahkan masalah-masalah kehidupan yang sulit.
Menilik buku ini samalah seperti kita cuba berpegang kepada makna dan semangat nas untuk memecahkan masalah-masalah kehidupan yang sulit. Hakikatnya seolah-olah kita membelek diari hidup Nabi Muhammad SAW yang siddiq dalam proses menyukat kualiti diri. Kita bagaimana?
Meskipun kita diberitahu bahawa Al-Quran merupakan wahyu yang jelas nyata, namun penjelasan lanjut sangat diperlukan saat hidupnya Nabi Muhammad SAW. Ketersusunan kisah Baginda telah menentukan batas-batas yang jelas tentang kehidupan tidak akan terkalah oleh mana-mana karya ciptaan manusia.
"Siapa yang inigin rasa dekat dengan Nabi, Bacalah buku ini. Pasti seolah anda berada di zamannya."


RM 20.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 23.00 ( SABAH/SARAWAK )

ENGKAU MEMANG CANTIK

Banyak pembaca yang merasa bahawa dirinya tidak miliki apa-apa, padahal dia sudah memiliki segalanya. Mereka kecut jiwanya dan merasa tidak ada kelebihan apapun. Hidup mereka terasa hampa dan tidak punya tenaga untuk bangkit dari kegagalan yang menimpanya.
Menjadi muslimah adalah anugerah yang paling indah. Peribadi muslimah sejati akan memberi impak kepada dunia, dan selalu memberi makna bagi sesama muslim.
Banyak pembaca yang merasa bahawa dirinya tidak miliki apa-apa, padahal dia sudah memiliki segalanya. Mereka kecut jiwanya dan merasa tidak ada kelebihan apapun. Hidup mereka terasa hampa dan tidak punya tenaga untuk bangkit dari kegagalan yang menimpanya.
Hal itu tentu saja menggelisahkan hati dan mengundahkan fikiran. Harus ada usaha untuk member kefahaman bahawa para muslimah itu sudah memiliki banyak makna selama ini bagi umatnya. Dunia sedemikian luas sedia menghamparkan sebuah tanggungjawab besar, bahawa muslimah harus berani tampil di medan dakwah.
Antara mereka sudah memulai dengan langkah kecil yang begitu bererti. Namun kemudian muncul masalah bahawa muslimah-muslimah tersebut tidak professional dalam berperanan. Mereka berdiri di satu titik dan meninggalkan titik lainnya.
Maka buku ini hadir sebagai sebuah nasihat bagi kita semua. Nasihat yang akan menjadi begitu berharga bagi kelangsungan dakwah islam pada masa yang akan datang. Kerana kita tidak pernah tahu, ditangan siapakah kejayaan islam ini akan dimenangkan. Banyak kritik, bukti perhatian, banyak masukan bukti kasih sayang. Jangan jemu dan jangan letih menasihati.


RM 13.90 ) SEM.MALAYSIA )
RM 16.90 ( SABAH/SARAWAK )

KERANA CINTA HARUS MEMILIH

Ini bukan judul sinetron,bukan pula opera sabun. Tapi judul ini akan mengingatkan kamu pada hal-hal yang biasa anda alami.Bagaimana memilih di antara dua pilihan, menjadikan kekasih atau hanya teman.


Ini bukan judul sinetron,bukan pula opera sabun. Tapi judul ini akan mengingatkan kamu pada hal-hal yang biasa anda alami.Bagaimana memilih di antara dua pilihan, menjadikan kekasih atau hanya teman. Tentu saja akan ada perasaan bimbang , ragu campur perih. Lengkap dengan airmata yang bergenang di kelopak mata, tetapi pilihan ini harus dipilih. Pilihan ini juga sebagai sebuah neraca iman di dada kamu. Agar kami semakin tunduk,semakin cinta hanya kepada si Dia, Allah SWT. Jadikan cinta yang menyucikan jiwa, bukan hiasan dunia penabur dosa. Cinta remaja yang indah dan penuh pahala.
Buku ini setidaknya menjadi teman mencipta haluan. Berkata semahunya dan member makna sebaik-baiknya. Mendialog apa yang kamu rasakan dan member kesesuaian atas pilihan yang kamu tentukan.
Kerana masa remaja kamu akan tersia-sia manakala kamu tidak boleh memandunya. Jangan sampai kerana asyik dengan cinta yang salah, hidup kamu menjadi tidak indah.


RM 13.90 ( SEM.MALAYSIA )
RM 16.90 ( SABAH/SARAWAK )

BELAJAR ROMANTIS

Terbayang betapa suramnya hidup, memiliki belaian jiwa yang tidak lagi mahu mengambil tahu keadaan kita. perhatian tiada, kasih sayang tinggal kenangan semata - mata. rumah tangga jadi hambar, tidak berperasaan. ada cinta hanya dalam kata - kata, namun realitinya kosong bahkan hilang dari dunia nyata. suami hilang tidak ada yang mencari. sedang iseri sibuk sibuk dengan urusannya sendiri. hidup dalam satu rumah, tapi jiwa fikiran menjauh dan senakin terpisah. ini harus diubah!


Membaca buku ini satu jalan untuk mengubahnya. Fahamkan suami, fahamkan isteri, bahawa hidup berdua dalam rumah tangga harus penuh rasa cinta. Ada sayang yang di kongsi, ada kasih yang di beri, dan ada cinta yang harus di semai indah.
Lihatlah wajah isteri, dan tersenyumlah! Lihatlah mata suami dan berenanglah di dalam bening matanya, sambil berkata, " suamiku, aku ingin belajar romantis bersamamu ! "


RM 18.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 21.90 ( SABAH/SARAWAK )

BELAJAR DARI PERANG BADAR

Umumnya, ketika pasukan perang kembali membawa kemenangan, mereka disambut aneka sanjungan. Berbagai penghargaan dikalungkan dileher mereka. Sungguh berbeza dengan komentar ilahiyah yang turun pasca Perang Badar.
Beberapa ayat yang turun justeru tidak banyak memberikan pujian, tapi sarat dengan kritikan dan saranan bernas.
Di sinilah Allah ingin memberikan pengajaran berharga bagi kaum Muslim. Bahawa, orang yang menang tidak wajar selalu mendapat sanjungan, dan orang yang kalah tidak mestinya dikritik habis-habisan. Ini kerana, sanjungan kerap membuat orang lupa diri, kritikan terkadang membuat orang patah semangat.
Surah al-Anfal merupakan "komentar Ilahi" terhadap Perang Badar. Medan Badar memberikan begitu banyak pengajaran. Bukan hanya bagi Nabi SAW dan para sahabat yang hidup pada masa itu, tapi juga bagi kita masa kini. Pengajaran paling berharga itu adalah: jangan sampai kemenangan menjadi awal kehancuran lantaran kita lupa daratan.


RM 17.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 20.00 ( SABAH/SARAWAK )

KOMPAS CINTA

Apa yang pasti remaja sering mengarahkan cinta mereka ke arah kemaksiatan dan menuju lembah cinta yang dimurkai Allah. Hadirnya Kompas Cinta dengan misi yang satu iaitu memadu remaja ke arah erti cinta yang sebenarnya.

Buku Kompas Cinta setebal 114 halaman ini padat dengan informasi, pengertian juga nasihat-nasihat mengenai cinta. Sering kali erti cinta disalah tafsir oleh muda-mudi masa kini. Apa yang pasti remaja sering mengarahkan cinta mereka ke arah kemaksiatan dan menuju lembah cinta yang dimurkai Allah. Hadirnya Kompas Cinta dengan misi yang satu iaitu memadu remaja ke arah erti cinta yang sebenarnya. Turut termuat dalam buku ini yang mesti anda baca iaitu 7 jenis cinta menurut al-Quran, memilih antara ‘Couple’ atau Ukhuwah Fillah, magnet-magnet cinta dan banyak lagi.
Buku ini sangat sesuai bagi remaja yang masih terkapai kelemasan dalam mencari erti cinta, mereka yang dalam tempoh pertunangan dan bersedia untuk mendirikan rumah tangga juga sesuai bagi mereka yang masih mencari jodoh yang bersesuaian dengan diri. Buku karangan A. Ubaidillah Alias ini berupaya membina sahsiah diri remaja dalam memantapkan diri mencari reda Illahi. Penulis secara sinis memberi teguran membina dalam melihat senario cinta remaja masa kini yang melebihkan ‘couple’. Ikuti juga pandangan penulis dalam menterjemahkan maksud ‘couple’ .
‘Tak kenal maka tak cinta’. Adalah sangat-sangat dialu-alukan buku bertajuk Kompas Cinta Ini bertamu di deretan rak buku rumah anda. Dapatkan naskhah anda hari ini, sama ada untuk dijadikan koleksi peribadi, hadiah kepada anak-anak remaja atau untuk ibu bapa menambahkan ilmu dalam usaha mendidik anak-anak dalam mengenal erti cinta yang sebenar. Insya-Allah buku ini dapat membantu anda mencari jawapan cinta yang selama ini membelenggu jiwa remaja.


RM 12.90 ( SEM.,ALAYSIA )
RM 15.90 ( SABAH/SARAWAK )

SUPAYA GELISAH BERNILAI IBADAH

Sedih yang berbenih boleh membuat fikiran kacau dan jiwa celaru. Maka perlu ada cara yang cepat untuk menakluki kesedihan itu. Jangan sampai ia berlarutan dan kelamaan dalam kubangan lumpur kesedihan.

Sedih yang berbenih boleh membuat fikiran kacau dan jiwa celaru. Maka perlu ada cara yang cepat untuk menakluki kesedihan itu. Jangan sampai ia berlarutan dan kelamaan dalam kubangan lumpur kesedihan. Atau malah akan terhanyut dibawa arus kesedihan itu.
Ini saatnya bangkit dari peluh yang membuatnya runtuh. Berdiri di atas kaki sendiri, tegap menghadapi masalah yang membelit hati. Mengucapkan bismillah sebagai awal dari usaha untuk menghindar rasa sedih yang perih.
Buku ini hadir sebagai inisiatif untuk membantu anda mengatasi kesedihan. Ada beberapa point penting yang patut anda baca:
-Bagaimana mengubah kesedihan menjadi Ibadah?
-Bagaimana menghadapi kritikan pedas orang lain?
-Dan kaedah islam untuk mengubati gelisah.
“selaku orang yang beriman, apabila kita ditimpa musibah kita kena cepat-cepat ingat pada Allah dan kembali kepadaNya. Terdapat banyak doa-doa yang boleh membantu dan memujuk kita yang gelisah untuk menghadapi situasi yang merunsingkan kita itu.”
-Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat


RM 15.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 18.00 ( SABAH/SARAWAK )


IBUNDA HAJAR

Siti Hajar adalah seorang wanita biasa yang akhirnya meninggalkan sejarah yang luar biasa. Hasil sejarah daripada kisah Siti Hajar ini menjadikan kawasan tanah yang dahulunya tandus kini menjadi tempat tumpuan umat islam di seluruh dunia (Mekah).
Sehingga kini juga kedinginan air telaga zam-zam masih dapat dirasai dan tidak putus-putus membawa nikmat kepada seluruh umat Islam. Selagi nafas masih berhembus, selagi dada masih bergetar, selagi kalimah Allah masih bersambung di muka bumi ini, maka dengan itu juga kisah Siti Hajar terus menerus akan melekat di sanubari umat Islam sebagai ikon wanita islam yang begitu dicemburui keteguhan Imannya.
Walaupun diduga dengan seribu rintangan dalam melestari cintanya terhadap Nabi Ibrahim, pegangannya pada agama Allah tetap utuh dan padu. Begitu juga persaan dan emosi cintanya pada Nabi Ibrahim bagai obor yang menyala, tetap merah dan tidak pernah terpadam, biarpun terasing jauh di gurun yang tandus.
Demikian rakaman sejarah keutuhan cinta terhadap Allah dan suami. Hajar telah melakarkannya, dan pasti dapat menjadi pedoman untuk setiap insan bergelar wanita.


RM 15.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 18.00 ( SABAH/SARAWAK )

PAHLAWAN ISLAM KETEMPORARI

Kibarkan kalimah lailahaillallahlah di muka bumi tuhan ini. Kenalilah pejuang-pejuang Islam. Kerana dengan mengenali mereka, jiwa kita akan bersama-sama berkongsi getaran jihad yang mereka miliki.
Negara mereka terus lesu dengan pertumpahan darah. Awan hitam terus menerus memayungi negara yang mereka sayangi, lantas tangan-tangan syaitan itu terus memamah negara mereka. Chechnya, Palestin, Afghanistan dan Iraq dilanda pergolakan yang tidak pernah ada hentinya lantaran kerakusan tangan-tangan hitam para kuffar. Nafas mereka telah sebati dengan bau-bau peperangan. Lalu Allah datangkan pahlawan Islam yang begitu kental melawan musuh-musuhnya.

Mereka adalah perwira Islam yang gagah berani yang sentiasa bersedia mengharumkan syurga dengan wangian darah syuhada. Mereka tega menyusun langkah dalam barisan peminang bidadari syurga. Mereka adalah pahlawan Islam yang sedang menunggu janji Allah, kenikmatan yang tidak terhingga atas kesengsaraan melawan musuh-musuh Islam di dunia. Mereka ini ialah Dzokhar Musayevich Dudayev, Ibnul Khattab, Abdallah Syamil Salmanovich Basayev, Hassan al-Banna, Sayid Qutb, Syeikh Abdullah Yusuf Azzam, Yahya Abdul Latiff Ayyash, Syeikh Ahmad Yassin, Abdul Aziz Rantisi dan Khalid Ahmad Sawki Islambouli, calon-calon penghuni syurga.
10 orang pahlawan kontemporari yang termuat di dalam buku ini menunjukkan bukti bahawa jihad Nabi Muhammad SAW masih berterusan. Panggilan jihad yang ditiupkan dalam sanubari mereka tidak pernah ditepis. Lalu mereka sanggup mengetepikan kenikmatan dunia dan bermati-matian menegakkan Islam.
Hayatilah kisah-kisah perjuangan Islam di dalam buku ini. Buku setebal 136 muka surat ini mampu menyalakan semangat jihad yang terpadam. Jiwa yang kosong dan tandus kekeringan harus disiram semula dengan wangian keimanan. Tegakkan saf. Kibarkan panji-panji Islam. Kibarkan kalimah lailahaillallahlah di muka bumi tuhan ini. Kenalilah pejuang-pejuang Islam. Kerana dengan mengenali mereka, jiwa kita akan bersama-sama berkongsi getaran jihad yang mereka miliki.
Mungkin sahaja kisah yang tercatat dalam buku ini akan dapat membangkitkan kembali keinsafan kita terhadap tanggungjawab sebagai Islam. Bukan sekadar meneruskan hidup di dunia, tetap pada masa yang sama tidak pernah terlepas daripada tanggungjawab memperjuangkan Islam. Itulah antara tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada setiap umat Islam kerana sesungguhnya musuh-musuh Islam tidak pernah berdiam diri daripada cuba menghancurkan Islam.
Justeru, kompilasi perjalanan jihad para tokoh yang didokumentasikan dalam buku kecil ini amat penting untuk kita hayati. Inilah catatan jihad zaman moden yang ramai tidak pernah mengendahkannya. Hatta sesetengah kita tidak pernah menyedari betapa para syuhada itu tetap wujud sepanjang zaman. Mereka bukan sahaja terdiri daripada para pahlawan Islam silam yang gugur dalam peperangan Badar, Uhud mahu pun Khandaq. Akan tetapi pada zaman moden yang serba rencam ini, para syuhada tetap ada. Dan hanya mereka yang benar-benar menghayati erti perjuangan Islam sahaja yang mengenali mereka, lantas menghargai mereka.
Lantas, setelah kita mengenali dan menghayati semangat perjuangan mereka, berdoalah semoga kita juga ditiupkan semangat sedemikian agar Islam yang kita junjung sentiasa sedia untuk kita bela. Ini kerana, sesungguhnya perjuangan Islam itu tidak pernah ada hentinya.



RM 15.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 18.00 ( SABAH/SARAWAK )

Friday, February 12, 2010

SAKINAH

Tidak rugi kita memilih jalan yang disarankan agama, kerana ia bakal menjanjikan kecemerlangan bukan sahaja di dunia, tetapi juga di akhirat kelak.
Tidak rugi kita memilih jalan yang disarankan agama, kerana ia bakal menjanjikan kecemerlangan bukan sahaja di dunia, tetapi juga di akhirat kelak. Semaklah satu persatu point berikut;
a) Metode menjadi hamba Allah SWT yang cemerlang.
b) Apakah sumber-sumber yang dapat memberi ketenangan hidup
c) Apakah punca diri hilang sumber ketenangan
d) Apakah punca kelesuan manusia dalam menghadapi hidup
e) Apakah makna kejayaan sebenar seorang Muslim

Buku ini bermanfaat, jika;
a) Dijadikan sebagai bahan taklim dalam keluarga
b) Sebagai hadiah untuk sahabat, kawan sepejabat dan hadiah perkahwinan
c) Di hafal sebagai bahan dakwah.



RM 17.90 ( SEM.MALAYSIA )
RM 20.90 ( SABAH/SARAWAK )




INGATLAH TEMPATMU DI AKHIRAT




Peringatan tentang akhirat banyak disebut di dalam Al-Quran. Kerana Al-Quran lah sumber yang paling dekat dengan kita sebagai muslim.
Apa pun, buku ini cuba menggarap ayat-ayat yang terdapat dalam Al-Quran sebagai peringatan untuk kita pastikan di mana dan ke mana kita selepas ini.
Buku ini hadir sebagai usaha membantu anda mengatasi dilema " Di mana aku selepas ini". Lihat unsur penting yang patut anda semak:
a) Cara yang perlu dilakukan bagi mendapatkan kesejahteraan di akhirat
b) Dahsyatnya neraka, juga nikmatnya syurga sebagai tempat tinggal di akhirat
c) Apakah perkara yang boleh membawa seseorang ke syurga atau menjerumuskannya ke neraka
d) Apakah itu yang dikatakan keuntungan dan kerugian hakiki
e) Apakah iradat yang akan menjadi penentu kepada nasib seseorang di akhirat
mudah-mudahan buku ini menjadi hadiah yang membimbing diri menuju kehidupan yang kekal abadi.



RM 17.00 ( SEM. MALAYSIA )
RM 20.00 ( SABAH/SARAWAK )

DUA TOKOH UNIK DI DUA ZAMAN

Beliau mempunyai watak yang lembut, bertubuh kecil, kurus,janggutnya tersusun rapi, matanya bulat, dahinya luas, kulit berwarna sawo matang dan rambutnya hitam dengan sedikit bercampur uban.
UMAR BIN ABDUL AZIZ:
Beliau mempunyai watak yang lembut, bertubuh kecil, kurus,janggutnya tersusun rapi, matanya bulat, dahinya luas, kulit berwarna sawo matang dan rambutnya hitam dengan sedikit bercampur uban. Beliau seorang yang mempunyai sifat penyayang, walau terhadap binatang sekalipun.
Ekoran itu, apabila kita membaca kisah-kisah beliau, pasti akan terjumpa satu kisah tentang beliau semasa menjadi khalifah pernah mengarahkan agar baghal ( keldai kecil ) tidak dijadikan binatang untuk mencari rezeki sahaja, malah kebajikannya juga wajib diperlihara.

NIK ABDUL AZIZ:
Dilahirkan dalam lingkungan keluarga ulama, beliau dibesarkan dengan corak hidup menjunjung tinggi prinsip-prinsip agama Islam. Tiada kompromi mengenainya. Demikian asuhan pertama yang beliau terima daripada ayahandanya sendiri yang terkenal dengan julukan Tuan Guru Nik Haji Nik Mat Alim dan Tuan Guru Haji Nik Mat Pongoh.
Justeru, Tuan Guru Nik Abdul Aziz memiliki perwatakan lembut, ucapannya berhikmah, pakaianya sederhana dan amat mementingkan hujah dalam semua perkara. Ayahandanya seorang ulama yang sangat agresif dalam memerangi khurafat dan penyelewengan agama dalam masyarakat.



RM 19.00 ( SEM. MALAYSIA )
RM 22.00 ( SABAH/SARAWAK )

KENAL PEMBEZA HAK & BATIL

Harus diingat betapa dalam dunia yang serba canggih kini, pelbagai kekeliruan disogokkan oleh musuh islam. Terkadang ada kalimah yang disangka benar, tetapi ia mengundang kebatilan.
Harus diingat betapa dalam dunia yang serba canggih kini, pelbagai kekeliruan disogokkan oleh musuh islam. Terkadang ada kalimah yang disangka benar, tetapi ia mengundang kebatilan.

Ada juga perbuatan kelihatan santun, tetapi sarat dengan kemungkaran. Semua ini andai tidak mampu diperhalusi berdasarkan Furqaan yang telah diwahyukan Allah pasti akan membawa kehancuran kepada umat Islam.
Justeru, hasil kupasan Furqaan diharap akan dapat menjelaskan lagi beberapa perkara yang harus dijadikan amalan hidup umat masa kini.
Tok Guru membawa kita mengenali sudut hak dan batil yang sesungguhnya. Marilah kita selak naskah ini, agar dapatlah kita menerobos celahan kesamaran.Menjadi muslimah adalah anugerah yang paling indah. Peribadi muslimah sejati akan memberi impak kepada dunia, dan selalu memberi makna bagi sesama muslim.


RM 15.00 ( SEM. MALAYSIA )
RM 18.00 ( SABAH/SARAWAK )

Thursday, February 11, 2010

BAZLI HAZMAN & ABDULLAH FAHMI AL - MATHURAT KUBRA ( CD )

















RM 19.90

AZAHAN KU MILIKMU ( CD )


















RM 25.90

AKADEMI AL - QURAN ( CD )



















RM 15.90

AZRAIE AMALAN RASULULLAH PAGI JUMAAT ( CD )


















RM 19.90

BAZLI HAZMAN AL - MATHURAT SUGRA ( CD )


















RM 19.90

ASRI IBRAHIM JUZUK AMMA & TERJEMAHAN ( CD )


















RM 19.90

ASRI IBRAHIM AMALAN KEKASIH ALLAH ( CD )



















RM 19.90

ASRI IBRAHIM BACAAN SURAH YASIN ( CD )



















RM 19.90

ASRI IBRAHIM MARHABAN YA RASUL ( CD )



















RM 19.90

ASRI IBRAHIM ROH MUNAJAT ( CD )



















RM 19.90

IMAM HANAFI PENDEBAT KEBENARAN

Nama sebenarnya An-Nukman bin Thabit lahir pada tahun 80 hijrah/699 masihi di sebuah kampung bernama Anbar di daerah Kufah, Baghdad. Mendapat gelaran Abu Hanifah kerana mempunyai seorang anak bernama Hanifah. Tetapi ada pula yang mengatakan beliau suka membawa dakwat ke mana sahaja beliau pergi lalu digelar Hanifah bererti dakwat dalam bahasa Parsi. Kemudian beliau lebih dikenali sebagai Imam Hanafi.
Beliau berkata “Aku memberi hukum berdasarkan al Quran. Sekiranya tidak terdapat dalam al Quran aku gunakan hadis. Jika tidak terdapat pada keduanya (al Quran dan hadis) aku gunakan pendapat para sahabat Rasulullah SAW. Aku berpegang pada pendapat siapa sahaja daripada mereka dan membuang mana-mana pendapat yang bertentangan dan aku berpegang pada pendapat yang benar sahaja.”
Beliau dikurniakan umur yang panjang. Beliau sempat hidup di bawah pemerintahan kerajaan khalifah Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah.
Beliau terkenal sebagai seorang yang ahli dalam ilmu fikah dan tauhid. Beliau belajar daripada lebih 200 ulama yang terbilang pada masa itu. Antaranya Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Masud. Beliau juga sangat terkenal dengan kebolehan berdebat. Kebolehannya itu sangat dihormati lawan dan kawan.
Imam Abu Hanifah meninggal dunia dalam penjara pada tahun 150 hijrah ketika berumur 70 tahun. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan al Khaizaran yang terletak di timur kota Baghdad. Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut siapa Imam Hanafi dan mengapa beliau dianggap sebagai pendebat kebenaran.



RM 24.00 ( SEM. MALAYSIA )
RM 27.00 ( SABAH/SARAWAK )

UMAR ABDUL AZIZ BAYANGAN KHALIFAH AL RASYIDIN


Semasa hidupnya, Khalifah Umar al Khattab selalu berdoa. “Wahai tuhanku, kurniakan aku zuriat yang menguatkan Islam.”  Doa Khalifah Umar al Khattab termakbul dengan lahirnya Umar bin Abdul Aziz atau nama sebenarnya Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam bin Ash bin Umaiyah bin Abdi Syams. Ibunya bernama Laila Ummu Ashim binti Ashim bin Umar al Khattab, khalifah al Rasyidin yang kedua.
Beliau dilahirkan di Halwan pada tahun 61 Hijrah/683 Masihi. Namun pendapat yang popular mengatakan beliau lahir pada tahun 63 Hijrah/684 Masihi di Kota Madinah ketika tentera Yazid bin Muawiyah dari Damsyik menyerang kota suci tersebut.  Selepas menjadi khalifah, Umar Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna.
Keadilan yang beliau perjuangkan menyamai keadilan pada zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim.  Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut siapa Umar Abdul Aziz dan mengapa dia dianggap sebagai bayangan khalifah al Rasyidin



RM 24.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 27.00 ( SABAH/SARAWAK )