Sunday, January 30, 2011

MUNAJAT KASIH ALUNAN QASIDAH, ZIKIR, SELAWAT, NASYID & DOA ( CD )









RM 20.90

SENJATA MUKMIN

Buku ini perlu dimiliki oleh setiap umat Islam kerana ia menghimpunkan amalan penting dalam kehidupan seharian. Sebagai orang Ajam di Nusantara ini, bahasa Arab bukan menjadi bahasa ibunda kita. Maka teks amalan perlu dibaca dan dibuat rujukan dari masa ke semasa dalam proses menghafal dan dijadikan penghayatan hidup. Antara isi kandungan buku ini ialah seperti
• Doa dalam majlis rasmi. • Doa amalan harian. • Fadilat ayat-ayat tertentu dalam al-Quran. • Doa daripada al-Quran dan hadis Nabi SAW. • Doa selepas solat. • Amalan rawatan perubatan Islam. • Himpunan selawat Nabi. • Zikir pagi dan petang. • Zikir Munajat. • Asmaul Husna. • Teks nazam berzanji dan alunan selawat. • Surah-surah pilihan dan lain-lain


RM 50.00

MUKMIN PROFESIONAL MEMPERKASA DIRI

Buku Mukmin Profesional: Celik Mata Hati ini menyerlahkan kembali nilai-nilai teras yang diperjuangkan oleh pejuang Islam silam menerusi pendekatan kontemporari. Antara kelebihannya ialah:
• Diperkuatkan dengan gaya penyampaian yang saintifik dan artistik yang kini sinonim dengan dunia Barat justeru menyedari bahawa apa sahaja hikmah (tidak kira dari Timur atau Barat) adalah milik Islam. • Memberi satu kerangka besar yang tepat dan jelas mengenai kehidupan. Dengannya, insya-Allah ‘jigsaw puzzle’ kehidupan ini akan terungkai. Hasilnya, para pembaca akan menjalani hidup ini dengan pasti dan yakin. • Setiap bab dihuraikan secara mudah dan praktikal. Walaupun subjek-subjek dalam buku ini sangat serius dan ia bukanlah sesuatu yang popular, namun gaya dan pendekatannya yang mudah dan menarik, menjadikan buku ini mudah difahami dan dihayati. • Gaya yang menghiburkan, dinamik, kreatif dan informatif. Cerita, sajak, ilustrasi, metafora dan kata-kata hikmah yang diselitkan akan membantu pembaca membaca buku ini dengan serius tetapi santai.
Buku yang akan meneruskan momentum dan kesinambungan usaha memartabatkan Islam sebagai satu cara hidup di peringkat yang lebih luas dan menyeluruh. Umat Islam memerlukan ‘personal branding’ (penjenamaan peribadi) yang mantap dalam perjuangannya memartabatkan kembali keunggulan Islam sarwajagat. Maka itu Mukmin Profesional adalah ‘personal branding’ yang diidamkan itu! Insya-Allah.


RM 55.00

HADIS 40 IMAM NAWAWI

Membaca surah al-Kahfi merupakan salah satu amalan yang sunat dilakukan pada hari Jumaat atau malamnya. Buku ini disusun agar para pembaca bukan semata-mata membaca surah al-Kahfi, malahan dapat menghayatinya dengan bertadabbur. Allah SWT berfirman dalam surah Muhammad ayat 24 yang bermaksud:
“Maka, adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalanginya daripada memahami dan mengambil pengajaran)?” 




RM 23.00

MEMAHAMI KEINDAHAN SURAH AL - KAHFI

Membaca surah al-Kahfi merupakan salah satu amalan yang sunat dilakukan pada hari Jumaat atau malamnya.
Buku ini disusun agar para pembaca bukan semata-mata membaca surah al-Kahfi, malahan dapat menghayatinya dengan bertadabbur. Allah SWT berfirman dalam surah Muhammad ayat 24 yang bermaksud:
“Maka, adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalanginya daripada memahami dan mengambil pengajaran)?” 



 RM 20.00

WASIAT SEBELUM DIRIMU BERGELAR ULAMA

Buku ini menggarap peranan ulama dalam mengembalikan kegemilangan untuk menegakkan agama Allah SWT di atas muka bumi ini seperti peranan yang pernah dimainkan oleh golongan ulama pada era kegemilangan Islam. Ulama silam memiliki keilmuan akhirat yang mantap yang “diwarisi” turun temurun dan pada masa yang sama memiliki kejaguhan dalam menguasai ilmu keduniaan yang bermanfaat untuk mentadbir muka bumi ini. Hari ini para ulama harus keluar daripada kepompong pemikiran dan kelompok mereka untuk bergelanggang di tengah masyarakat secara global dan universal. Mereka harus dapat menguasai pelbagai disiplin ilmu dan bahasa. Mereka harus berfikir di luar kotak pemikiran semasa mereka. Ulama juga perlu memperkasa pegangan umat terhadap akidah dan nilai-nilai budaya Islam. Mereka hendaklah bersikap proaktif untuk mengukuhkan budaya murni dalam lapangan politik, ekonomi, teknologi, informasi dan lain-lain demi menegakkan keadilan dan menyemai kesejahteraan hidup di dalam dan luar negara.


RM 26.00

Saturday, January 1, 2011

KUASA KEPIMPINAN AL - FATEH

"Apa yang menarik perihal buku ini adalah penulis bukan sekadar mengemukakan fakta-fakta sejarah perihal Sultan Muhammad yang jarang diketahui umum. Lebih daripada itu, penulis berjaya menganalisa dan mengeluarkan pengajaran praktikal bagi diamalkan pembaca. Pembaca merasakan mereka mampu menjadi seperti Sultan Muhammad al-Fateh, manusia biasa yang bekerja dan berfikir secara luar biasa. Mungkin ada peristiwa yang tidak diceritakan dalam novel saya, diceritakan di dalam buku ini. Semuanya hasil kajian beliau yang mendalam. Buku ini adalah pelengkap serta mampu memberikan jawapan kepada anda."







RM 19.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 21.00 ( SABAH/SARAWAK )