Hati adalah kerajaan di dalam tubuh manusia. Hati bisa menguasai akal, hati juga bisa menjadi tapak semaian nafsu. Mendidik hati adalah prioriti agar hati bisa tunduk dan patuh kepada Pencipta alam dan Pemilik seluruh hati. Setelah mengekstrak sebahagian kitab karangan Ibnu Qayyim yang berjudul Al-Jawabul Kaafi li Man Sa’ala Anid Dawai’e as-Syafi, akhirnya Ustaz Ahmad Asri Lubis menghidangkan sebuah karya terjemahan berjudul Kesan Dosa Dalam Hidup.
Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, dilahirkan di Damsyik, Syria tanggal 4 Februari 1292 dan meninggal pada 23 September 1350. Beliau adalah seorang imam ahli sunnah wal jamaah, intelektual dan ahli fikah yang hidup pada abad ke-13. Tersohor sebagai fuqaha’ bermazhab Hambali. Disamping itu, beliau turut terkenal sebagai salah seorang mufassirin, muhaddisin, hafiz al-Quran, pakar bahasa Arab, usuliyyin, mutakallimin, sekali gus seorang mujtahid.
Buku yang mensasarkan tazkiyatun nafs menghimpunkan tajuk-tajuk menarik antaranya, Dosa Membutakan Mata Hati, Jatuhnya Martabat dan Kedudukan, Penyebab Berkurangnya Fungsi Akal, Terputus Ikatan Hamba dengan Allah, Dosa akan Mengkhianati Seseorang, Hilangnya Nikmat dan Turunnya Bala dan sisipan peribadi teladan Saidatina Nafisah binti al-Hasan bin Zaid.
Pengarang membahaskan kesan dosa yang boleh merosakkan hati sekali gus membinasakan peribadi seorang muslim yang menakung sejumlah dosa dan maksiat. Manusia kurang waspada terhadap gejala yang merosakkan kesempurnaan hati. Justeru, pengarang terpanggil mendedahkan satu persatu wabak yang akan melanda sebuah wilayah yang terhimpun di lubuknya mutiara iman dan takwa. Rasionalnya, mesej ini adalah jelas. Setiap manusia dibekalkan sekeping hati yang muluk dan khalis. Ia harus dijaga, dirapi, dipantau dan tahan uji. Lantaran hati adalah ekspresi peribadi dan akal manusia.
Segala tindak-tanduk menggambarkan rupa paras hati. Keikhlasan menekuni ibadah terhantar melalui kejernihan hati. Lantaran itu, jika manusia lalai, melazimi maksiat dan dosa, wilayah hati akan diserang wabak, peribadi manusia semakin bejat sehingga tergamak mencabar kudrat Allah sebagai Pencipta, melupakan berita datangnya kiamat dan melecehkan seruan nabi Muhammad SAW. Apa yang menarik, buku ini mendedahkan bahawa dosa menjadi penyebab berkurangnya fungsi dan kekuatan akal.

Usah meremehkan dosa sekalipun kecil dari pengamatan manusia yang dangkal. Kerana dosa umpama debu yang bertebaran di udara. Ia bisa bergabung menjadi gunung yang agam, keras dan membatu. Setiap dosa yang dilakukan sama ada sedar mahupun tidak, hendaklah diiringi taubat nasuha sebelum hati menjadi keras dan sukar dilentur. Dapatkan segera naskhah anda di kedai-kedai buku berangkai, toko buku dan pengedar Anbakri Publika Sdn Bhd di seluruh Malaysia. Buku ini dilengkapi VCD eksklusif nasihat daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaan dosa.
RM 23.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 26.00 ( SABAH/SARAWAK )
No comments:
Post a Comment