Kibarkan kalimah lailahaillallahlah di muka bumi tuhan ini. Kenalilah pejuang-pejuang Islam. Kerana dengan mengenali mereka, jiwa kita akan bersama-sama berkongsi getaran jihad yang mereka miliki.
Negara mereka terus lesu dengan pertumpahan darah. Awan hitam terus menerus memayungi negara yang mereka sayangi, lantas tangan-tangan syaitan itu terus memamah negara mereka. Chechnya, Palestin, Afghanistan dan Iraq dilanda pergolakan yang tidak pernah ada hentinya lantaran kerakusan tangan-tangan hitam para kuffar. Nafas mereka telah sebati dengan bau-bau peperangan. Lalu Allah datangkan pahlawan Islam yang begitu kental melawan musuh-musuhnya.
10 orang pahlawan kontemporari yang termuat di dalam buku ini menunjukkan bukti bahawa jihad Nabi Muhammad SAW masih berterusan. Panggilan jihad yang ditiupkan dalam sanubari mereka tidak pernah ditepis. Lalu mereka sanggup mengetepikan kenikmatan dunia dan bermati-matian menegakkan Islam.
Hayatilah kisah-kisah perjuangan Islam di dalam buku ini. Buku setebal 136 muka surat ini mampu menyalakan semangat jihad yang terpadam. Jiwa yang kosong dan tandus kekeringan harus disiram semula dengan wangian keimanan. Tegakkan saf. Kibarkan panji-panji Islam. Kibarkan kalimah lailahaillallahlah di muka bumi tuhan ini. Kenalilah pejuang-pejuang Islam. Kerana dengan mengenali mereka, jiwa kita akan bersama-sama berkongsi getaran jihad yang mereka miliki.
Mungkin sahaja kisah yang tercatat dalam buku ini akan dapat membangkitkan kembali keinsafan kita terhadap tanggungjawab sebagai Islam. Bukan sekadar meneruskan hidup di dunia, tetap pada masa yang sama tidak pernah terlepas daripada tanggungjawab memperjuangkan Islam. Itulah antara tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada setiap umat Islam kerana sesungguhnya musuh-musuh Islam tidak pernah berdiam diri daripada cuba menghancurkan Islam.
Justeru, kompilasi perjalanan jihad para tokoh yang didokumentasikan dalam buku kecil ini amat penting untuk kita hayati. Inilah catatan jihad zaman moden yang ramai tidak pernah mengendahkannya. Hatta sesetengah kita tidak pernah menyedari betapa para syuhada itu tetap wujud sepanjang zaman. Mereka bukan sahaja terdiri daripada para pahlawan Islam silam yang gugur dalam peperangan Badar, Uhud mahu pun Khandaq. Akan tetapi pada zaman moden yang serba rencam ini, para syuhada tetap ada. Dan hanya mereka yang benar-benar menghayati erti perjuangan Islam sahaja yang mengenali mereka, lantas menghargai mereka.
Lantas, setelah kita mengenali dan menghayati semangat perjuangan mereka, berdoalah semoga kita juga ditiupkan semangat sedemikian agar Islam yang kita junjung sentiasa sedia untuk kita bela. Ini kerana, sesungguhnya perjuangan Islam itu tidak pernah ada hentinya.
RM 15.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 18.00 ( SABAH/SARAWAK )
No comments:
Post a Comment