Mendidik anak adalah sebahagian daripada perkahwinan, pernikahan, atau kehidupan rumah tangga, sehingga tidak timbul alasan bagi kita untuk tidak menyantuni dan membaca persoalan ‘main-main’ dalam masalah mendidik anak-anak ini. Ibu bapa yang normal, di mana pun mereka berada mengimpikan anak-anak mereka yang lahir menjadi anak-anak yang baik, sihat, cerdas, dan soleh. Ini harapan sesiapa sahaja, meski ibu itu melahirkan anaknya yang nyata-nyata di luar ikatan perkahwinan sekalipun. Walau seorang penjahat sekalipun, dia tentu akan mengharapkan anak-anaknya menjadi anak-anak yang seperti itu (tidak menjadi seperti dirinya).
Namun sayang sekali, kehendak dan keinginan mulia ibu bapa ini seringkali bercanggah dengan cara mereka mendidik anak-anak. Mereka tidak memberikan pendidikan yang baik serta persekitaran yang sihat. Bukankah sangat aneh apabila kita mengharapkan adanya kebaikan yang lahir daripada diri kita, sedangkan kita tidak memberikan kebaikan itu sendiri buat mereka? Bagaimana mungkin kita akan mendapatkan anak-anak yang baik jika pendidikan yang kita berikan kepada mereka tidak mencerminkan nilai-nilai yang baik?
Ini ada beberapa wasiat buat ibu bapa dan bakal ibu bapa:
1.Selalu ingat akan hubungan nasib antara ibu bapa dan masa depan bayi yang berada di dalam kandungan ibunya.
2.Berusaha selalu menjauhi maksiat dan dosa.
3.Berusaha selalu menjauhi makanan dan minuman yang haram.
4.Merutinkan dan membiasakan bersikap dan berbuat baik dan benar.
5.Merutinkan dan membiasakan diri dengan pelbagai ibadah, baik ibadah sedar mahupun ibadah bawah sedar.Karya: Muhammad Muhyidin
ISBN: 978-967-5515-12-5
RM 15.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 18.00 ( SABAH/SARAWAK )
No comments:
Post a Comment