Friday, April 16, 2010

SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH

TITIK MULA SEBUAH KEMBARA

Ada yang pergi ke turki dapat pahala, ada yang pergi ke turki dapat dosa.
Menentukan siapakah diri yang ingin dibawa mengembara, adalah kunci besar pada pada menentukan kesan akhir yang bakal terhasil. Itulah dikatakan, `Siapa kamu menentukan cara kamu melihat`. Kesannya pula ialah, `Cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat`.

SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH adalah naskhah yang merakam catatan kembara abu saif di bumi khilafah Othmaniyyah,
pada mangenal hati budi kenalan dan teman, yang telah lama berkongsi persaudaraan atau disapa di pinggir jalanan. Semua itu adalah cara Allah mendidik untuk melihat Islam dengan penuh yakin, bahawa sehitam mana pun gelapnya malam, sentiasa ada kunang - kunang meminjamkan cahaya, bekal menanti sirnanya gelita, hingga terbit fajar janji - Nya.

RM 25.00 ( SEM.MALAYSIA)
RM 27.00 ( SABAH/SARAWAK )

No comments:

Post a Comment