Buku ini ditulis dengan mesej yang jelas : Zikir tanpa fikir akan menghasilkan individu yang beku, kaku dan mundur walaupun mungkin baik tingkah laku. Fikir tanpa zikir akan membentuk manusia yang aktif, dinamik tetapi merosakkan dirinya dan orang lain dengan pelbagai kemungkaran dan kejahatan. Pada cerita dulu - dulu, ada jejak iktibar yang perlu di susuri semula. Pada alam ciptaan tuhan, ada pengajaran yang dapat diambil. Ia melihat sesuatu, bergantung pada bagaimana kita melihatnya. Dan bagaimana kita melihat sesuatu, bergantung pada siapa diri kita. Penulis memilih gaya santai dan simple untuk mengocak `fikir` dan `zikir` pembaca - langkah kecil diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada langkah yang lebih gah untuk memantapkan `fikir` dan `zikir` ummah.
RM 19.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 21.00 ( SABAH/SARAWAK )
No comments:
Post a Comment