Saturday, December 11, 2010

SENANGNYA MEMASAK




















RM 5.50 SENASKAH ( SEM,MALAYSIA )
RM 6.50 SENASKAH ( SABAH/SARAWAK )

RIBA & ISU KEAWANGAN SEMASA

Umum telah pun mengetahui bahawa agama Islam amat tegas dalam amalan riba – iaitu amalan yang keji dan tergolong dalam salah satu dosa besar. Dari segi bahasa sendiri digambarkan bahawa riba membawa maksud tambahan atau kenaikan, dan diperjelaskan dalam istilah riba iaitu bunga berganda yang membebankan. Riba muncul dan bermaharajalela sejak zaman jahiliah lagi, yang mana ia jelas menunjukkan penindasan terhadap orang yang berharap dan orang yang miskin. Istilahnya – ‘membantu kemudian membunuh’. Apabila Islam muncul, riba dikeji dan diperangi habis-habisan. Amalan riba diharamkan kerana tiada keadilan kepada orang yang memerlukan dan perlakuan riba itu adalah perbuatan zalim yang melampau. Kini pada akhir zaman, riba muncul semula tetapi dalam situasi yang ‘berhemah’ dengan simbolnya – ‘mengikut kemampuan semasa’


RM 20.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 22.00 ( SABAH/SARAWAK )

MADINAH MUNAWWARAH KELEBIHAN DAN SEJARAH

Buku “Madinah Munawwarah: Kelebihan dan Sejarah” ini mendalami sejarah asal usul dan ketamadunan pembinaan pusat perkembangan agama Islam. Di samping itu pembaca juga dapat mencungkil hikmah yang terdapat di sebalik kewujudan Bandar istimewa ini. Jadi sebelum para jemaah merancang atau bercita-cita untuk mengerjakan ibadah haji atau umrah, ambillah masa untuk meneliti dan membaca buku ini bagi menyelami hikmah dan kepentingan Madinah di sisi Islam. Gambar rajah, peta dan gambar disertakan sebagai panduan dan maklumat berguna buat pembaca. Semua fakta lengkap dengan dalil daripada al-Quran dan hadis sahih.



RM 30.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 32.00 ( SABAH/SARAWAK )

INDAHNYA AMALAN DOA

Buku ini diterbitkan sebagai susulan kepada buku Dato' sebelum ini iaitu “Indahnya Hidup Bersyariat” yang telah mendapat sambutan di luar dugaan daripada pembaca khasnya dan seluruh umat Islam amnya. Doa adalah antara ajaran Islam yang terpenting yang menjadi tunjang atau tulang belakang kepada ajaran akidah Islamiah kerana rapatnya hubungan doa dengan kekuasaan Allah SWT, Tuhan yang menjadikan dan mentadbir alam ini. Doa boleh mengubah persepsi hidup seorang insan daripada seorang yang lemah serta tidak berdaya maju menjadi seorang yang bermotivasi tinggi dan bekerja keras. Malah sebahagian daripada kejayaan yang dicapai oleh orang bukan Islam adalah daripada pegangan dan keyakinan doa yang mereka panjatkan kepada “Tuhan” mereka walaupun pada hakikatnya Allah SWT jua yang menyempurnakan permintaan dan hajat mereka itu.


RM 35.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 37.00 ( SABAH/SARAWAK )

MENCARI KETENANGAN JIWA

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.ingatlah, hanya dengan mengingati allahlah hati menjadi tenteram.”
MENCARI KETENANGAN JIWA lebih terperinci tentang aspek-aspek dalam kehidupan seharian manusia. Ia berkisarkan tentang permasalahan dan persoalan hidup yang sentiasa menyelubungi diri setiap insan. Tapi kita harus ingat, setiap masalah yang timbul ada kebaikan dan keburukannya. Terpulang pada individu bagaimana untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menangani setiap masalah tersebut.
Orang-orang yang mengenal Allah SWT dengan baik akan selalu tawakal dan taat pada perintahNya kerana ia yakin bahawa Allah SWT yang mengatur kehidupannya. Tidak ada yang paling nikmat dalam hidup ini kecuali dapat melihat Allah SWT dalam segala situasi. Allah SWT mampu melakukan segalanya.
Oleh kerana itu, setiap musibah yang melanda perlu ditangani dengan bijak. Jangan bertindak terburu-buru mahupun bertindak di luar kawalan dan selebihnya hanya berserah kepada Allah SWT.


RM 18.00 ( SEM.MALAYSIA ) 
RM 21.00 ( SABAH/SARAWAK )

QURANOLOGY ILMU DI SEBALIK SEBUAH KITAB AGUNG

“Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya kitab suci al-Quran, kitab yang tidak ada di dalamnya sebarang bengkang-bengkok (kesilapan)”
(Surah al-Kahfi # 1)
Kandungan al-Quran layak dijadikan panduan hidup kerana ia datang daripada pencipta kita iaitu Allah SWT, bukannya manusia biasa. Sudah tentu Allah SWT selaku pencipta produk (manusia) tahu bagaimana cara membaikinya jika ia rosak dan al-Quranlah ‘manual book’ atau ‘user guide’ bagi produk manusia itu. Tambahan pula, hanya al-Quran sahaja dijamin sebagai satu-satunya buku/kitab yang tidak ada cacat-cela, kesalahan fakta atau teori, unsur plagiat atau apa-apa jua kelemahan sekalipun. Pendek kata, ia adalah buku ‘zero defect’!
Tahukah anda, antara peristiwa besar yang mencorakkan dunia adalah peristiwa ‘Nuzul Quran’ atau turunnya al-Quran? Mengapa peristiwa ini diklasifikasikan begitu penting? Jawapannya tidak lain kerana sepanjang lebih 1400 tahun sejak al-Quran bersama kita, ia telah menghasilkan pelbagai peristiwa hebat, dengan kehadirannya banyak mencorakkan kehidupan dan pemikiran manusia di muka bumi ini. Itulah yang bakal dialami jika kita benar-benar berinteraksi dengan al-Quran. Maka, buku ini menyediakan 13 bab yang mengetengahkan kelebihan dan keunikan al-Quran supaya anda akan lebih mudah ‘jatuh cinta’ dengannya.


RM 19.90 ( SEM.MALAYSIA )
RM 22.90 ( SABAH/SARAWAK )

AKU NIKAH AKAN DIKAU

“Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Maka pilihlah wanita yang beragama, nescaya kamu akan beruntung.”
::Hadis Riwayat Muslim::
Dalam konteks perkahwinan, Islam dari awal lagi menyediakan garis panduan yang cukup lengkap dan menyeluruh berkenaan hukum-hakam perkahwinan kepada umatnya untuk dihayati, difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Garis panduan yang disediakan bukan sekadar tentang perbahasan tanggungjawab suami isteri dalam kehidupan berkeluarga, malah ia turut menekankan proses pemilihan pasangan sebelum memulakan langkah ke alam rumah tangga. Pendek kata, kebahagiaan dan keberkatan rumah tangga tidak akan wujud melainkan rumah tangga yang berdiri di atas tapak keimanan dan ketakwaan yang tulus ke hadrat Allah SWT yang Maha Besar.
Diharap buku ini merupakan sumbangan yang tidak seberapa ke arah pengukuhan institusi keluarga sehingga berupaya melahirkan generasi yang terbaik sebagaimana yang pernah dirintis oleh Rasulullah SAW dan para sahabat r.a.


RM 19.90 ( SEM.MALAYSIA )
RM 22.90 ( SABAH/SARAWAK )