Showing posts with label Geleri Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Geleri Ilmu. Show all posts

Sunday, December 12, 2010

AKU TERIMA NIKAHNYA EDISI ISTEMEWA

" Jangan pandang isteri dengan pandangan mata yang kering, atau pandangan akal yang gersang, jauh sekali pandangan nafsu yang melulu. Pandanglah isteri dengan pandangan hati, kerana hati itulah yang memberi makna kepada pasangan hidup kita"

" Jika mahu bercinta, jangan merancang hanya ke pelamin. masukkan sekali urusan lampin. Kerana rumah tangga bukan Utopia Cloud nine. Ia adalah kombinasi suka dan duka. Namun dalam duka tetap ada bahagia, itulah nikmat hidup berumah tangga. Medan memberi yang paling mulia."

Dua petikan daripada Edisi Istimewa Aku Terima Nikahnya ini, mampu membuka mata bagi pasangan yang mahu mencari bahagia dan Bercinta Hinggan ke Syurga, kerana segalanya berlandaskan cinta yang diteladani daripada Junjungan Mulia SAW, seorang Murabbi Cinta yang hakiki.



RM 55.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 57.00 ( SABAH/SARAWAK )

Saturday, April 17, 2010

SATU RASA DUA HATI MENCIPTA CINTA SEPANJANG PERKAHWINAN

Setiap penyakit ada ubatnya, setiap masalah ada penyelesaiannya.
Buku ini menyediakan jawapan untuk persoalan seharian rumah tangga. Ia adalah catatan bicara rasa penulis berkaitan dengan hubungan suami isteri dan kerukunan sebuah rumah tangga.
Bagi yang bakal dan telah berkahwin buku memberikan panduan menyemarakkan lagi cinta dalam perkahwinan.
Bagi yang bermasalah buku ini menunjuk jalan untuk membetulkan hala tuju rumah tangga.









RM 27.50 ( SEM.MALAYSIA )
RM 29.50 ( SABAH/SARAWAK )

LANGIT ILAHI TUHAN TIDAK LUPAKAN KITA

Tiada siapa yang inginkan kehidupan yang sengsara. Mehnah yang ditempuh bagaikan badai yang bisa membuatkan hati yang rapuh cepat tergugah.
Pernah juga terfikir betapa malangya hidup yang hanya ada derita, seolah-olah bahagia itu tidak mahu singgah walau seketika. Sesekali mengadu kepada Tuhan, terasa hina dan kerdilnya menumpang di bumi-Nya.
Menghimpunkan siri tazkirah yang disampaikan dalam bentuk penulisan yang bersahaja, buku ini mudah dihadam dan dihayati satu-persatu. Buku ini mengajak kita untuk kembali meraih kehebatan hamba bersama Tuhan, Pencipta Yang Maha Agung, kerana kita yakin Tuhan tidak pernah sesekali pun lupakan kita! KANDUNGAN
Kita Makhluk Mulia
Hidup Itu Anugerah Allah
Kita Akan Kembali Bertemu-Nya
Bertanam Di Dunia, Menuai Di Akhirat
Matlamat Hidup Kita Ialah Ibadah
Hidup Itu Seluruhnya Ibadah
Hidup Ini Perlu Diisi Dengan Ibadah Untuk Kembali Ke Syurga
Kita Punya Tempat Mengadu
Hamba Itu Perlukan Tuannya
Allah Maha Mengetahui Apa Yang Baik Untuk Ciptaan-Nya
Kita Lebih Kecil Daripada Kuman
Hati Yang Hidup Mendorong Anggota Melakukan Kebaikan
Hati Yang Hidup Mendorong Kita Ringan Beribadah
Penyakit-Penyakit Hati Meragut Ketenangan
Hati Yang Sakit Akan Membuahkan Penyakit
Penyakit Hati Dapat Dirawat Dengan Amal
Dugaan Hidup Menguji Iman
Syukur Dan Qana’ah Kunci Bahagia
Marah Menyebabkan Akal Tidak Waras
Kenal Allah Menjadikan Hati Lembut
Ketenangan Itu Natijah Hubungan Baik Dengan Allah
Nyahkan Kegelisahan Untuk Mengundang Ketenangan
Kejahilan Memusnahkan Kebahagiaan
Matlamat Yang Jelas Menghalang Putus Asa
Carilah Bantuan Allah!
Limit Manusia Masih Jauh
Dunia Akhirat Tagihkan Ilmu
10 Sifat Peribadi Mukmin
Peribadi Dibentuk Dengan Membinaan Iman
Iman Yang Benar Buahnya Amal Soleh
Orang Beriman Tahu Nilaian Dunia
Solat, Tapi Belum Bersolat?
Cari Perisai Dengan Solat
Solat Itu Lambang Ketaatan
Ukhuwah Yang Benar Bawa Ingatan Kepada Allah
Sahabat, Lidahnya Ringan Memberi Nasihat
Kegagalan Akan Menambah Ilmu Untuk Lebih Berjaya
Waktu Ialah Ubat Penyembuh Dan Racun Pembunuh
Ayuh, Rancang Kematian!
Realistik Vs Idealisitik
Dengarkanlah Bicara Orang Yang Telah Mati
Inspirasi Dari Kisah Terdahulu
Motivasi Dalam Sirah
Sirah Mencorak Kehidupan Bermaruah
Mencungkil Sirah Agar Bermakna
Hidup Rasulullah Cerminan Wahyu Allah
Mereka Telah Mentaati Allah Dan Berjaya
Kisah Derhaka Buat Iktibar
Islam: Kunci Kebahagiaan
Islam: Rahmat Sekalian Alam
Islam: Mengangkat Martabat Manusiawi
Islam Bermula Dengan Usul, Bukan Dengan Furuk
Islam: Penyelasai Masalah
Penyelesaian Islam Memberi Manfaat Kepada Seluruh Alam
Jadikan Nilai Syarak Sebagai Neraca Petunjuk
Pengalaman Bersama “Abang Besar”
Pengalaman Bersama “Ayah”
Dia Menyinarkan Qudwah
Pengalaman Bersama Murabbi
Pengalaman Bersama Veteran


RM 23.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 25.00 ( SABAH/SARAWAK )

NOTA FIKIR UNTUK ZIKIR

Buku ini ditulis dengan mesej yang jelas : Zikir tanpa fikir akan menghasilkan individu yang beku, kaku dan mundur walaupun mungkin baik tingkah laku. Fikir tanpa zikir akan membentuk manusia yang aktif, dinamik tetapi merosakkan dirinya dan orang lain dengan pelbagai kemungkaran dan kejahatan. Pada cerita dulu - dulu, ada jejak iktibar yang perlu di susuri semula. Pada alam ciptaan tuhan, ada pengajaran yang dapat diambil. Ia melihat sesuatu, bergantung pada bagaimana kita melihatnya. Dan bagaimana kita melihat sesuatu, bergantung pada siapa diri kita. Penulis memilih gaya santai dan simple untuk mengocak `fikir` dan `zikir` pembaca - langkah kecil diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada langkah yang lebih gah untuk memantapkan `fikir` dan `zikir` ummah.


RM 19.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 21.00 ( SABAH/SARAWAK )

AURA IMAN MEMBONGKAR IBRAH DI SEBALIK SUNNATULLAH

Saban hari, pelbagai peristiwa berlaku. Ada yang mencipta suka dan bahagia, dan tidak kurang juga yang mengundang sedih dan derita. Namun bagaimanakah kita mengambil pengajaran darinya?
Adakah kita pernah terfikir bahawa segala yang berlaku itu adalah peringatan daripada Allah SWT untuk mengejutkan kita daripada terus leka dan terlena?
Kupasan 40 tajuk yang disandarkan dengan pelbagai peristiwa semasa mengajak kita bermuhasabah dengan kejadian alam.
Dengan bahasa yang mudah berserta sokongan fakta-fakta yang diadun kemas, menjadikan naskhah ini sesuai dijadikan bahan rujukan buat mereka yang suka berfikir.
Fikir dan zikir…
Antara kandungan:
* Iktibar daripada Mala Petaka Alam * Mata Anugerah Ar-Rahman * Ingat Mati Menambah Jernih Mata Hati * Mukmin Cemerlang Bijak Mengurus Masa * Integriti Seorang Khalifah * Akhirnya Suamiku Insaf… * Mufti Hati… Carilah Bekal Menghadap Tuhanmu * Wasiat Buat Kita * Dan banyak lagi…


RM 22.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 24.00 ( SABAH/SARAWAK )

KEMBARA HAMBA MENCARI CAHAYA

“Di dalam hidup manusia, pelbagai perkara berlaku dan terjadi. Kehidupan manusia terbina dengan kesenangan, kepayahan, kedukaan, kegembiraan dan 1001 macam perasaan dan situasi. Kehidupan manusia juga terbina dengan kehadiran manusia lain di dalamnya. Anak-anak, isteri, suami, ayah, ibu, kawan-kawan, musuh dan sebagainya…
“Kehidupan manusia juga terbina dengan akidahnya, pegangannya dan kefahamannya. Namun kehidupan yang bagaimanakah kita mahukan?”
Siri kedua Langit Ilahi ini mengumpulkan 60 tazkirah ringkas berkisarkan isu-isu yang berlegar di sekeliling kita. Penulis banyak menyentuh soal hubungan sesama manusia yang dapat mencipta hubungan yang lebih erat dengan Yang Maha Pencipta, Allah SWT.
Isu kekeluargaan juga dikaitkan sebagai pelengkap di dalam aturan kehidupan manusia di muka bumi. Dengan pengolahan yang santai dan bahasa yang mudah difahami, siri tazkirah ini sesuai dijadikan bahan bacaan untuk semua peringkat umur.
Antara kandungan:
1. Akhlak Mulia Jambatan ke Syurga
2. Berbicara dengan Waktu
3. Diam Menutup Satu Pintu Serangan Syaitan
4. Manusia Tidak Mampu Berdikari
5. Berperang dengan Dosa
6. Hadapi Hinaan dengan Sabar dan Tenang
7. Sirnakan Resah dengan Kembali kepada Allah
8. Kelazatan Menjadi HAMBA
9. Kejayaan Bermula dengan Cita-cita
10. Ajal Tidak Menunggu Cita-cita
11. Jadikan Anak-anak sebagai Teman
12. Ibu Bapa Sumber Barakah
13. Kemesraan Kunci Kebahagiaan
14. Cinta Allah Hidup Jadi Indah
15. Cinta Allah Membuahkan Cinta yang Lain
16. Cinta Allah Membawa ke Syurga
17. Allah Tidak Pernah Berkira
18. Cinta Rasulullah Memantapkan Cinta Allah
19. Cinta Ibu Bapa Mengundang Rahmat Allah
20. Bukti Cinta kepada Allah
21. Cinta Sejati Tiada Kecewa dan Putus Asa
22. Bercintalah kerana Allah
23. Semarakkan Cinta untuk Dicintai
24. Buktikan Cinta dengan Pengorbanan
25. Seni Cinta Tanpa Kecewa
26. Tanda Kita Mencintai Allah
27. Cabaran akan Menyuburkan Keimanan
28. Mengingkari Allah Mengundang Azab
29. Janji Allah Pasti Ditunaikan
30. Teguran Tanda Sayang
31. Di Sebalik Susah Ada Senang
32. Bertudung untuk Tutup Aurat
33. Akhlak Rasulullah “Sederhana”
34. Sedikit Sudah Mencukupi
35. Semua Rezeki daripada ALLAH
36. Manusia Itu Tidak Bisa Sendiri
37. Allah Dekat dan Sedia Menolong
38. Bina Kejayaan daripada Kegagalan
39. Menyembur Api ke Langit?
40. Syaitan Tidak Pernah Tidur
41. Allah Datang Jika Kita Mencari-Nya
42. Keberkatan Ilmu pada Redha Guru
43. “Ambillah al-Kitab Itu dengan Kekuatan”
44. Teori Mesti Dicuba Sebelum Disebarkan
45. Hamba Allah Bukan Hamba Harta
46. Selesaikan Urusan Allah, Allah Selesaikan Urusan Kita
47. Allah Kata “Jadi” Maka Jadilah
48. Wahai Mukmin, Adakah Kamu Lupa….
49. Pencetus dan Pengawas yang Kuat
50. Tundukkan Nafsu dengan Iman dan Takwa
51. Syaitan Pembantu Orang Munafik
52. Sabar Pendinding Rasa Dengki
53. Lima Musuh Orang Mukmin
54. Kembali kepada Sumber Islam yang Sahih
55. Kembali kepada Generasi Awal
56. Resmi Hamba: Tunduk dan Patuh
57. Muhasabah Mengejutkan Diri daripada Kealpaan
58. Mulia kerana Mendekati Allah
59. Tanggungjawab Hamba Hanya Taat
60. Ayat-ayat al-Quran Penuh Pengajaran
CONTOH BAB 1
Akhlak Mulia Jambatan ke Syurga
Anda berakhlak mulia?
Pada pandangan anda, adakah berakhlak mulia ini membawa keuntungan atau tidak?
Ada orang kata: Kalau baik, sentiasa kena pijak. Adakah perkara itu membuatkan kita tidak mahu atau fobia untuk berakhlak mulia?
Saya hendak berkongsi bersama-sama dengan anda, betapa beruntungnya kita jika berakhlak mulia. Hendak bersama-sama dengan saya?
Akhlak mulia hakikatnya merupakan salah satu asas terpenting dalam ajaran Islam untuk membina peribadi dan memperbaiki masyarakat. Perkara tersebut dikatakan asas terpenting kerana keselamatan masyarakat, kekuatan, kemuliaan, dan kewibawaan peribadi-peribadinya sangat bergantung kepada sejauh mana mereka berpegang dengan akhlak mulia tersebut. Sebaliknya masyarakat akan hancur dan rosak tatkala mereka meninggalkan dan menjauhi akhlak yang terpuji.
Setiap syariat dan agama memiliki perhatian yang serius terhadap gejala penyakit akhlak yang dapat menjadikan masyarakat terperosok. Tidak hairanlah jika masing-masing memperingatkan umatnya akan bahaya akhlak yang buruk serta menyeru agar mereka menjauhinya.
Islam mengajak manusia untuk membina fizikal dan jiwanya secara sempurna dan seimbang, tidak tempang pada salah satunya. Islam menyeru agar mereka berpegang dengan akhlak mulia dan menyebarkannya, dan agar mereka meninggalkan serta menjauhi segala akhlak yang buruk.
Ajaran akhlak yang mulia ini telah diperlihatkan oleh suri teladan umat ini iaitu Rasulullah yang telah dijelaskan oleh Allah SWT dengan firman-Nya,
“Dan sesungguhnya engkau benar-benar berada di atas akhlak yang mulia.” (Al-Qalam: 4)
Sa’ad bin Hisyam pernah bertanya kepada ‘Aisyah r.ha. tentang akhlak Rasulullah, maka ‘Aisyah r.ha. menjawab,
“Akhlak Baginda ialah al-Quran.”
Lalu Sa’ad berkata,
“Sungguh saya ingin berdiri dan tidak lagi menanyakan sesuatu yang lain.” (Riwayat Muslim)
Oleh sebab itu, Rasulullah SAW merupakan peribadi yang paling bagus akhlaknya seperti yang disaksikan oleh Anas bin Malik (pembantu Rasulullah) selama sepuluh tahun- ketika beliau berkata,
“Rasulullah ialah orang yang paling bagus akhlaknya.” (Riwayat Muslim)
Maka wajarlah Rasulullah SAW menjadi suri teladan bagi kita dalam segala aspek kehidupan. Hal ini amat jelas seperti yang diberitakan oleh Allah dalam firman-Nya,
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu, (iaitu) bagi orang yang mengharap (pertemuan dengan) Allah dan (keselamatan di) hari akhir dan dia banyak menyebut Allah.” (Al-Ahzab: 21)
Rasulullah SAW sendiri telah memotivasi umatnya yang beriman supaya berpegang teguh dengan akhlak yang bagus dan menjauhi akhlak yang buruk seperti dalam sabda-sabda Baginda berikut ini:
Daripada Abu Darda’ bahawa Nabi bersabda yang bermaksud,
“Tiada suatu perkara yang paling memberatkan timbangan (kebaikan) seorang Mukmin pada hari kiamat selain daripada akhlak mulia, dan sesungguhnya Allah amat benci kepada seorang yang buruk perbuatan dan ucapannya.” (Riwayat at-Tirmizi dan disahihkan oleh Syaikh Albani)
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang perkara yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga, maka Baginda menjawab,
“Bertakwa kepada Allah dan berakhlak mulia.”
Sementara ketika ditanya tentang perkara yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam neraka, Baginda menjawab,
“Mulut dan kemaluan.” (Riwayat at-Tirmizi dan dihasankan sanadnya oleh Syaikh Albani)
Dan Rasulullah SAW menjelaskan bahawa Mukmin yang paling sempurna keimanannya ialah yang paling sempurna akhlaknya, seperti yang Baginda sabdakan yang bermaksud:
“Sesungguhnya Mukmin yang paling sempurna keimanannya ialah yang paling bagus akhlaknya, dan sebaik-baik kalian ialah yang paling baik terhadap isteri-isterinya.” (Riwayat at-Tirmizi dan disahihkan oleh Syaikh Albani)
Bahkan Rasulullah SAW telah menjadikan orang yang berakhlak mulia sebagai orang yang paling dekat duduknya dengan Rasulullah sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang paling aku cintai antara kalian dan paling dekat tempat duduknya denganku pada hari kiamat ialah yang paling bagus akhlaknya, dan sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh tempat duduknya dariku pada hari kiamat ialah tsartsarun (yang banyak bicara), mutasyaddiqun (yang bicara sembarangan lagi mencela manusia) dan mutafaihiqun.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, kami telah mengetahui tsartsarun dan mutasyaddiqun, tetapi siapakah mutafaihiqun itu?” Rasulullah menjawab, “Mutakabbirun (orang yang sombong).” (Riwayat at-Tirmizi dan disahihkan oleh Syaikh Albani)
Nah…
Setelah membaca semua kalimah yang saya coretkan ini, adakah anda masih tidak mahu memupuk akhlak mulia dalam diri?
Akhlak mulia sumber kebahagiaan dunia dan akhirat, jangan anda lepaskannya!


RM 23.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 25.00 ( SABAH/SARAWAK )

Friday, April 16, 2010

SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH

TITIK MULA SEBUAH KEMBARA

Ada yang pergi ke turki dapat pahala, ada yang pergi ke turki dapat dosa.
Menentukan siapakah diri yang ingin dibawa mengembara, adalah kunci besar pada pada menentukan kesan akhir yang bakal terhasil. Itulah dikatakan, `Siapa kamu menentukan cara kamu melihat`. Kesannya pula ialah, `Cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat`.

SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH adalah naskhah yang merakam catatan kembara abu saif di bumi khilafah Othmaniyyah,
pada mangenal hati budi kenalan dan teman, yang telah lama berkongsi persaudaraan atau disapa di pinggir jalanan. Semua itu adalah cara Allah mendidik untuk melihat Islam dengan penuh yakin, bahawa sehitam mana pun gelapnya malam, sentiasa ada kunang - kunang meminjamkan cahaya, bekal menanti sirnanya gelita, hingga terbit fajar janji - Nya.

RM 25.00 ( SEM.MALAYSIA)
RM 27.00 ( SABAH/SARAWAK )

MURABBI CINTA

Cinta menjadikan manusia suka disuruh. Agar dengan cinta itu kita suka disuruh lagi disuluh. namun, cinta yang tidak di tentukan arahnya menjadi tidak tentu arah. Cinta menjadi penunduk kehambaan. Hambalah manusia kepada sesama hamba, yang hakikat semuanya adalah hamba kepada nafsu dan diri.

Buang emak buang saudara,
kerana cinta yang bukan lagi cinta.

Lautan api sanggup direnangi, ikrar pencinta
yang sudah gila dibius cinta. Hingga api neraka
Hilang gerunnya.

Cinta semalam menjadikan umat islam umat yang hebat. Cinta hari ini menjadikan umat islam luput tenggelam. Sirna oleh cinta yang bukan lagi cinta. Jesteru dalam bidang yang pelbagai itu, ustaz ini memperjuangkan cinta.
Cinta yang diteladani daripada seorang Nabi.

Seorang Murabbi.

MURABBI CINTA.


RM 25.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 27.00 ( SABAH/SARAWAK )

Tuesday, December 8, 2009

KE MANA WANG ANDA


KE MANA WANG ANDA? karya HAJJAH ROHANI & DATUK HJ MOHD SHAHIR
-PENGURUSAN WANG SECARA TERATUR DAN BEBAS DARI SEGALA MASALAH KEWANGAN PADA MASA HADAPAN...BEBAS DARIPADA BELENGGU HUTANG!!!


RM 20.00 (SEM.MALAYSIA)'
RM 22.OO (SABAH/SARAWAK)

AKU TERIMA NIKAHNYA 2 BERCINTA SAMPAI KE SYURGA


AKU TERIMA NIKAHNYA 2-BERCINTA SAMPAI KE SYURGA karya HASRIZAL ABDUL JAMIL
- ADALAH KESINAMBUNAGN KEPADA BUKU AKU TERIMA NIKAHNYA YANG MENJADI BUKUMOTIVASI TERLARIS DAN DIULANG CETAK BEBERAPA KALI..MENGANDUNGI RAKAMAN KISAH REALITI ALAM RUMAHTANNGA DAN NASIHAT YANG TERSENDIRI-MENCUIT HATI,GERAM,SINIS,MARAH; KESEMUANYA DIADUN DALAM NADA BERSAHAJA NAMUN ISINYA TETAP TAJAM DAN MANTAP! BARANGKALI BAGI YANG MEMBACANYA ADA YANG 'TERKENA BATANG HIDUNG',TAK KURANG YANG LEGA KERANA ISI HATI YANG TERBUKA AKHIRNYA MENDAPAT SUARA...

RM 25.00 (SEM. MALAYSIA )
RM 27.00 (SABAH/SARAWAK)

AKU TERIMA NIKAHNYA


AKU TERIMA NIKAHNYA karya HASRIZAL ABDUL JAMIL
-ADALAH SEBUAH RAKAMAN PENGALAMAN PENULIS DALAM MEMBINA DAMAI PADA SEBUAH KEHIDUPAN BERUMAHTANGGA.SEGALANYA BERMULA DENGAN MENILAI CARA DIRI MEMANDANG PERKAHWINAN ITU SENDIRI.MELIHAT PERKAHWINAN SEBAGAI MEDAN UNTUK MENERIMA,MENJADIKAN KITA  SERING GELISAH DAN HIDUP MEMINTA-MINTA.MELIHAT PERKAHWINAN SEBAGAI MEDAN UNTUK MEMBERI,AKAN MENJADIKAN KITA LEBIH MEMIKIRKAN SOAL PERANAN DAN BUKANNYA HAK YANG TIDAK BERKESUDAHAN . DIOLAH DENGAN GAYA SANTAI DAN PENDEKATAN BERCERITA, DENGAN DIALOG - DIALOG BIASA YANG MERENCAHI KEHIDUPAN SEKITAR DUNIA RUMAH TANGGA, BUKU INI MENJANJIKAN PENGALAMAN DIRI MASING - MASING, MENGIKTIRAF KELEBIHAN DAN MENGAKUI KELEMAHAN, LALU BELAJAR UNTUK SALING MEMAHAMI... DEMI MENYEMPURNAKAN PERJALANAN SEBUAH RUMAH TANGGA BERBEKALKAN SYARIAT ALLAH DAN SUNNATULLAH.

RM 20.90 (SEM. MALAYSIA )
RM 22.90 (SABAH/SARAWAK)

UNTUKMU WANITA


UNTUKMU WANITA karya ZAHARUDDIN ABD RAHMAN
-HADIAH ISTIMEWA BUAT INSAN YANG BERNAMA WANITA. MENGGARAP PELBAGAI PERMASALAHAN WANITA YANG MERANGKUMI ISU AURAT,MARUAH, DAN JUGA RUMAH TANGGA...


RM 21.00 (SEM.MALAYSIA )
RM 23.00 (SABAH/SARAWAK)