Showing posts with label Terbitan kemilau Publika. Show all posts
Showing posts with label Terbitan kemilau Publika. Show all posts

Monday, May 3, 2010

MENYERU KEPADA ALLAH

Islam boleh disampaikan melalui pelbagai cara dan kaedah sama ada melalui lisan, tulisan atau pun perbuatan. Penyampaian itu perlulah dibuat menggunakan kaedah yang paling baik sesuai dengan khalayak dan audien yang didepaninya.


Selain ilmu, untuk menjadi seorang pendakwah yang efektif, ia memerlukan kesabaran, kesungguhan dan motivasi untuk menghadapi sebarang bentuk karenah serta permasalahan bahkan penentangan daripada kalangan yang didakwahnya. Justeru itu, ia menuntut seseorang pendakwah supaya sentiasa bersiap siaga terhadap apa sahaja kemungkinan yang dihadapinya.
Buku Ini Untuk Siapa?
1. Buku ini adalah untuk sesiapa sahaja yang mahu memahami prinsip asas seorang pendakwah yang efektif
2. Buku ini adalah untuk anak muda yang baru melibatkan diri dalam usaha penyebaran dakwah Islam.
3. Buku ini adalah untuk sesiapa sahaja yang sedang mempersiapkan diri sebagai penceramah dan pentazkirah kepada masyarakat.
4. Buku ini untuk memberi motivasi dan kefahaman kepada mereka yang merasa sukar untuk berdakwah.
5. Buku ini adalah sebagai penguat dan pemangkin bagi sesiapa sahaja yang masih kabur dalam membentuk karisma asas seorang pendakwah yang mapan.
 
 
Karya:  A. Ubaidillah Alias
ISBN:978-967-5515-07-1

RM 14.00 ( SEM.MALAYSIA )

RM 17.00 ( SABAH/SARAWAK )

BERIBADAH SELAZAT COKLAT

Coklat itu enak! Rasanya lazat bukan main! Tetapi dapatkah kita beramal soleh sehingga merasakan kelazatan yang luar biasa? Dapatkah amal soleh dilakukan tidak terasa seperti sekadar ibadah rutin yang biasa? 

Pergi ke masjid, solat jemaah, puasa sunat dan bersedekah adalah contoh-contoh amalan ibadah yang rutin. Bolehkah kita mengubahnya menjadi sebuah kelazatan ibadah yang sangat nikmat?
Jika anda susah untuk mencari jawapannya dan tidak ada waktu mencari jawapan, maka setidaknya biarlah buku ini membantu anda mewujudkan bibit-bibit kenikmatan beribadah. Bacalah petikan kata-kata ulama yang sangat bermanfaat dalam buku ini. Juga terkandung petikan firman-firman Allah berkenaan ibadah. Siapkan diri anda untuk perubahan yang maksimum. Jadikan ibadah anda sesuatu yang lain bukan sekadar ibadah yang membosankan. Tukarkan ibadah yang hambar kepada ibadah yang hangat dan menusuk jiwa. Semoga hati anda kembali segar dan hijau untuk menjalankan ibadah sehari-hari.
Terdapat beberapa point penting yang boleh anda dapati dalam buku ini:
1. Kenikmatan dunia sentiasa disertai bahaya atau paling tidak, diiringi rasa takut terhadap bahaya. Berbeza dengan kenikmatan amal soleh, tidak ada bahaya di dalamnya dan tidak pula disertai rasa takut terhadap bahaya.
2. Resipi mantap yang boleh melazatkan amal soleh
3. Nasihat Berharga dalam beribadah
4. Sekularisme salah satu Gelombang Ateisme 


Karya:  Sami bin Muhammad bin Jadullah 'Isham
ISBN: 978-967-5515-08-8  

RM 14.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 17.00 ( SABAH/SARAWAK )

Sunday, May 2, 2010

BELAJAR DARI PERANG KHANDAQ

Madinah dikepung. Lebih daripada 10,000 perajurit pasukan bersekutu mengelilingi Madinah. Kaum Muslimin benar-benar terancam! Dari luar, pasukan Quraisy dan sekutunya terus mengintai bak harimau kelaparan sedang mengintai buruannya.

Dari dalam Madinah, Yahudi Bani Quraizhah melakukan pengkhianatan, ibarat anjing yang sedia menggigit tuannya. Orang-orang munafik pula seperti gunting dalam lipatan, sedia memanfaatkan peluang jika tiba saatnya. Mereka sama seperti musang berbulu ayam. Zahirnya mukmin, dalamnya menyimpan dendam kesumat membara terhadap Islam.
Demikianlah gambaran ancaman yang menghimpit kaum Muslimin semasa Perang Khandaq. Perang ini berkait rapat dengan serangkai peristiwa yang terjadi sebelumnya. Peristiwa-peristiwa ini menggambarkan banyak perkara. Selain ketegasan, keberanian dan kecanggihan strategi Nabi Muhammad r, juga menjelaskan bahawa musuh-musuh Islam tidak akan berhenti merencanakan kejahatan untuk menghapuskan kaum Muslimin. Di sudut lain, kita dapat melihat ketegasan Rasulullah rmengalahkan para pengkhianat dan penentang itu.



Apa yang dapat dilihat dalam perang ini?
  1. Bantuan Allah dalam perang Khandaq
  2. Peranan munafik dalam perang Khandaq
  3. Keadaan kaum Muslimin dalam perang Khandaq
  4. Penggunaan strategi perang yang membawa kepada kemenangan
  5. Heroisme dalam perang Khandaq



Karya:  Hepi Andi Bastoni
ISBN: 978-967-5515-10-1
RM 18.00 ( SEM.MALAYSIA )

RM 21.00 ( SABAH/SARAWAK )

RAHSIA SEBUAH MANUSKRIP

Di sebalik deretan kertas kuning dan berhabuk. Tidak ada siapa peduli. Sebuah manuskrip yang sukar ditafsirkan, kompleks dan penuh dengan nada-nada cinta. Setiap helaian padat dengan catatan cerita suka dan duka.

Setelah sekian lama manuskrip itu dipandang sepi, baru detik ini ada yang menyedari kehadiran manuskrip tersebut. Sebuah manuskrip yang bakal mengungkai rahsia yang sekian lama terpendam. Mungkinkah Hajat Munisa Kamil terlaksana? Adakah cinta yang berputik di hati Munir dan Hanan mekar atau gugur sebelum berkembang? Bersama-samalah kita menyelami kemelut cinta yang melanda dalam RAHSIA SEBUAH MANUSKRIP.
“Dibeleknya beberapa halaman. Sekeping poskad lama jatuh. Imej Jabal Nur tersergam indah melatari sisi bergambar. Tulisan jawinya cantik.
-Selamat maju jaya. Aku akan terus di sini. Impianku menjadi pensyarah Bahasa Arab semakin pasti. Doakan keamananku.-”



Karya:  Naimisa Yusuf
ISBN: 978-967-5515-09-5
RM 17.00 ( SEM.MALAYSIA )

RM 20.00 ( SABAH/SARAWAK )

9 BULAN PALING MENDEBARKAN


Mendidik anak adalah sebahagian daripada perkahwinan, pernikahan, atau kehidupan rumah tangga, sehingga tidak timbul alasan bagi kita untuk tidak menyantuni dan membaca persoalan ‘main-main’ dalam masalah mendidik anak-anak ini. Ibu bapa yang normal, di mana pun mereka berada mengimpikan anak-anak mereka yang lahir menjadi anak-anak yang baik, sihat, cerdas, dan soleh. Ini harapan sesiapa sahaja, meski ibu itu melahirkan anaknya yang nyata-nyata di luar ikatan perkahwinan sekalipun. Walau seorang penjahat sekalipun, dia tentu akan mengharapkan anak-anaknya menjadi anak-anak yang seperti itu (tidak menjadi seperti dirinya).
Namun sayang sekali, kehendak dan keinginan mulia ibu bapa ini seringkali bercanggah dengan cara mereka mendidik anak-anak. Mereka tidak memberikan pendidikan yang baik serta persekitaran yang sihat. Bukankah sangat aneh apabila kita mengharapkan adanya kebaikan yang lahir daripada diri kita, sedangkan kita tidak memberikan kebaikan itu sendiri buat mereka? Bagaimana mungkin kita akan mendapatkan anak-anak yang baik jika pendidikan yang kita berikan kepada mereka tidak mencerminkan nilai-nilai yang baik?
Ini ada beberapa wasiat buat ibu bapa dan bakal ibu bapa:
1.Selalu ingat akan hubungan nasib antara ibu bapa dan masa depan bayi yang berada di dalam kandungan ibunya.
2.Berusaha selalu menjauhi maksiat dan dosa.
3.Berusaha selalu menjauhi makanan dan minuman yang haram.
4.Merutinkan dan membiasakan bersikap dan berbuat baik dan benar.
5.Merutinkan dan membiasakan diri dengan pelbagai ibadah, baik ibadah sedar mahupun ibadah bawah sedar.



Karya:  Muhammad Muhyidin
ISBN: 978-967-5515-12-5
RM 15.00 ( SEM.MALAYSIA )

RM 18.00 ( SABAH/SARAWAK )

BILA ANAK - ANAK BERTANYA TENTANG ALLAH DAN ALAM GHAIB INILAH JAWAPANYA

Peningkatan intelektual anak-anak seiring dengan kemajuan ilmiah masa kini mendorong pertanyaan yang lebih kritis daripada anak-anak tentang kewujudan Allah dan alam ghaib. Justeru  ibu bapa seharusnya memantapkan diri dengan ilmu-ilmu akidah untuk menjawab segala persoalan yang terbuku di hati anak-anak tentang Allah dan alam ghaib. Tinggalkan jawapan tradisional dan kuno seperti , “Ayah tidak tahu”, “Jangan kamu bertanya lagi” atau , “ Pergi tanya ustaz”. Jawapan-jawapan klise seperti ini sudah pasti akan meninggalkan anak-anak terkapai –kapai dan akhirnya anak-anak bosan untuk bertanya lagi. Lebih malang jika  anak-anak itu membesar tanpa ilmu  akidah yang mantap akibat kekurangan pendedahan tentang ilmu akidah semasa kecil.

Bantulah anak anda menjadi seorang Muslim sejati di awal pembentukan mindanya. Jangan sesatkan minda anak-anak dengan ilmu tentang Allah dan alam ghaib yang merapu dan dongeng semata. Didiklah anak-anak itu seimbang dengan ilmu dunia dan akhiratnya. Jika dia menjadi akauntan kelak, biarlah akauntan yang mantap ilmu akidahnya. Ingat, bahawa tugas utama ibu bapa selain membesarkan anak-anak ibu bapa perlu mengasah dan meneguhkan iman anak-anak.
Hadirnya buku  ‘Bila anak-anak bertanya tentang Allah dan alam ghaib’ ini sebagai panduan yang membantu ibu bapa memimpin tangan-tangan kecil itu dalam mengenal Allah. Terdapat beberapa metode yang digunakan dalam buku ini :
1.Buku ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama: Makrifat tentang Allah dan bahagian ke dua: Makrifat Tentang Alam Ghaib.
2.48 pertanyaan yang dikemukakan dalam buku ini adalah pertanyaan yang sering ditanya anak-anak berkenaan Allah dan alam ghaib.
3.Setiap pertanyaan dijawab dengan huraian berserta dalil al-Quran yang mantap.



Karya:  Muhammad Muhyidin
ISBN: 978-967-5515-11-8
RM 16.00 ( SEM.MALAYSIA )

RM 18.00 ( SABAH/SARAWAK )

Thursday, February 18, 2010

HIDAYAH

Hidayah yang bermaksud petunjuk ataupun panduan. Sebenarnya hidayah adalah perkara paling penting dalam hidup manusia kerana ia berfungsi sebagai petunjuk jalan bagi bagi memastikan perjalanan hidup seseorang itu berada di atas landasan yang betul dan lurus. Kita sentiasa memohon hidayah daripada Allah SWT setiap kali menunaikan solat. "Tunjukkan kami jalan yang lurus"
 
 
 
 
 
 
RM 25.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 28.00 ( SABAH/SARAWAK )

BELAJAR DARI PARA WALI

Keagungan Tamadun Islam; Sejarah yang Digelapkan membawa pembaca menelusuri sejarah lampau. Pembaca dihanyutkan hingga ke zaman sebelum masihi; zaman kegemilangan karya Aristotle, Socrates dan Plato. Perlahan-lahan pembaca dihantar ke segenap zaman yang menyingkap penemuan dan eksperimen yang menjulang tokoh ilmuan Islam di persada keunggulan.
Apa yang menarik, nadi tamadun adalah Islam yang menjadi ad-Din jaminan Allah sebagai agama yang lurus di sisi-Nya. Faktor tauhid dan takwa tersisip rapi dicelah peradaban yang membangun dan pesat. Pembaca akan diperkenalkan barisan intelektual Islam yang telah melakukan berpuluh-puluh penyelidikan dan kompilasi insiklopedia yang menjadi rujukan hingga sekarang terutamnya di Barat.
Ironinya, kejayaan dan peranan intelektual Islam seakan ternafi apabila tidak terakam walaupun sebaris ayat dalam buku-buku sejarah seluruh dunia mengenai penyelidikan dan penemuan saintis, astrologis, filosofis, geologis yang merintis disiplin ilmu berdasarkan kepakaran mereka. Bukan menagih pujian dan sanjungan, Islam menganjurkan keadilan dan kebenaran. Mengapa kebenaran sebegini digelapkan? Apakah wujud konspirasi atau agenda tersendiri?


RM 19.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 22.00 ( SABAH/SARAWAK )

BUNGA KEBAHAGIAAN

Berkasih sayang dalam rumah tangga adalah fitrah manusia. Suami isteri, anak-anak dan siapa sahaja hatta haiwan sekalipun sangat mengingininya. Tetapi adakah ianya berlaku dalam kehidupan kita seharian? Runtuhnya moral masyarakat Islam ini bermula di sini. Oleh itu rasa kasih sayang perlu ditekankan setiap hari, setiap waktu berterusan dan menjadi perkara yang melekat di hati kita. Manusia,secara fitrahnya inginkan kebahagiaan, ketenangan,kerehatan dan segala macam kesempurnaan mengiringi kehidupannya. Perkahwinan pada pandangan Islam adalah suatu perkara yang suci. Ini kerana ia dibina dengan dasar-dasar yang mulia. Ia bermula dengan usaha memilih pasangan untuk sehidup semati, seterusnya dengan lafaz akad bagi menghalalkan hubungan pasangan. Hubungan suci ini wujud bukan untuk sehari dua tetapi untuk seumur hidup.


RM 20.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 23.00 ( SABAH/SARAWAK )

BERTEMU JANJI ALLAH SIRI 2

Membicarakan alam akhirat adalah percubaan untuk menjangkau segala yang misteri di belakang tabir keduniaan. Tiada siapa yang layak untuk membimbing segala apa yang terkandung di alam itu melainkan apa yang di khabarkan oleh Pemilik, Pencipta dan Penguasanya melalui wahyu yang diturunkan kepada NabiNya. Tanpa pergi terlalu jauh, dalam pengertian wahyu yang terkandung di dalam surah al-Fatihah ayat 4 sahaja, kita sudah dipandu dengan sebuah proklamasi berbunyi, “Dialah (yakni Allah) penguasa hari akhirat.” Mungkin William Shakespeare juga termakan dengan tempias firman Allah ini dengan kata-katanya yang pernah direkodkan di dalam skrip teaternya King Henry V111 3 berbunyi, “heaven is above all yet; there sits a judge that no king can corrupt.”
Buku yang bertungkus lumus menggali pelbagai rahsia akhirat, yang sedang berada di tangan pembaca sekarang ini adalah sebuah catatan. Ia bukan memo sembarangan. Ia memunggah kandungan dan pengertian alam ghaib yang akan sama- sama kita lalui lambat launnya. Bagi mereka yang sudah pergi, mereka sudah dan sedang berada sebahagiannya di alam itu. Sekarang, soalnya masih adakah pilihan kita untuk tidak cuba memahaminya sedangkan kita memang perlu ke sana – sememangnya akan ke situ? Dalam gugur hari yang beralih minggu ke minggu, masih adakah khilaf bahawa kita sedang mendekati satu tarikh kematian yang tidak pernah berganjak? Sebaliknya, kita pula yang semakin mendekat!


RM 17.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 19.00 ( SABAH/SARAWAK )

BERTEMU JANJI ALLAH

"Disisi islam, kejayaan manusia tidak diukur dari aspek penguasaan kehidupan dunia. kejayaan hakiki bergantung kepada sejauh manakah manusia mampu berusaha menyinkap segala rahsia hidup yang abadi.
Hitam putih masa depan kehidupan akhirat seseorang adalah dicorakkan sendiri oleh pegangan hidup seseorang itu semasa di dunia. Allah swt telah mendatangkan para rasulnya bersama wahyu sebagai panduan untuk umat manusia.
Kegagalan mengikut apa yang telah diperintahkan Allah swt akan menempah azab dariNya.
Buku ini mengajak pembaca menelusuri jejak - jejak menuju mashyar. Ia cukup menentuh dan menyayat hati. Dengan mengikut huraian tentang hari qiamat dan alam akhirat, Tok guru cuba mendorong kita untuk menjadi mukmin yang lebih mencintai akhirat, justeru disanalah hidup kita sebenar, dunia keabadian dalam pertemuan yang pasti disisi Allah swt."


RM 17.00 ( SEM. MALAYSIA )
RM 19.00 ( SABAH/SARAWAK )

MUHAMMAD S.A.W INSAN TELADAN SEPANJANG ZAMAN

Banyak sudah kita menelaah buku sekisar riwayat Nabi saw, namun buku ini amat menarik kerana menampilkan suatu kelainan. Apakah kelainannya? Semasa membaca buku ini, seakan terasa ada kesan sampingan; baik dari rohani ataupun emosi. Derap perjuangan ketika Nabi saw memimpin para sahabat seakan terhidu keringan debu yang terhambur.
Buku yang memuatkan sikap Rasulullah SAW yang membayangkan sikap Islam dalam pelbagai situasi sama ada genting ataupun tenang. Menghayatinya seakan-akan samalah seperti kita dijemput untuk bersedia di tengah-tengah medah jihad dalam Perang Ahzab, Khaibar, Hunain ataupun mungkin juga berada di tengah-tengah meja bundar di mana Perjanjian Hudaibiyah dimeterai. Gaya ianya ditulis cukup istimewa kerana sesuai dengan tajuknya yang menyentuh persoalan sirah.
Buku ini cukup detail. Teknik penceritaannya cukup tersendiri. Ia bisa menyirap darah pejuang, menghiris hati simpati dan boleh menimbulkan kecintaan kepada Rasulullah SAW yang membuak-buak. Terasa benar betapa kurangnya kita berkorban untuk fisabilillah.
Semoga buku yang ditulis daripada dakwat kesedaran ini mampu mengetuk hati kita untuk memberikan sesuatu yang benar-benar memberi bekas kepada kebangkitan semula Islam. Moga usaha memunggah dari khazanah milik Tok Guru ini bermanfaat untuk umat Islam. 


RM 27.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 30.00 ( SABAH/SARAWAK )

KEMILAU PERIBADI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Mengangkat citra seorang lelaki Melayu menjadi super hero membibitkan kegusaran seandainya ia bisa mengurangkan nilai komersial. Namun, sosok yang ditampilkan sebagai ikon di dalam karya terbaru susunan Abdul Shukur Haron dan Annual Bakri Haron punya kelainan. Peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat telah ditinjau dengan cermat. Karier politik Tuan Guru menjadi tema utama selain beberapa tajuk tempelan yang relevan.
KEMILAU PERIBADI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT memaparkan kepada khalayak, teladan seorang ulama yang memimpin wilayah timur. Manfaat yang bakal dikutip apabila setiap lembar lancar berkisah tentang idea, perlaksanaan, motif, rasional, kontroversi, apresiasi dan pendirian seorang tokoh tersohor lantaran memakai jubah ulama dan mengenakan mahkota kerajaan. Dia lain daripada yang lain! Bukankah kelainan itu tandanya istimewa?
Kepimpinan Tuan Guru telah menaikkan imej ulama. Beliau telah merdekakan peranan ulama yang selama ini terhenti di laman surau dan masjid-masjid. Malah, media Indonesia menyatakan bahawa jawatan dan pangkat tidak mengubah apa-apa yang dimiliki Tuan Guru. Kenyataan menarik ini turut terakam di dalam naskhah terbitan Anbakri Publika kali ini.
Apabila ulama memerintah, secara tidak langsung idea dan pemikirannya menjadi ikutan dan panduan. Apa yang mengejutkan, Tuan Guru meninggalkan pemikiran dan perspektif tokoh politik lain jauh ke belakang bahkan keluar dari lingkaran konvensi (tradisional). Maka, lahirlah pelbagai program dan skim yang memelihara kebajikan rakyat. Terlebih dahulu anda perlu hadami takrif moden. Kerana moden itu bermula melalui cetusan ilmu yang bakal meledakkan momentum idea dan praktikal. Itulah gagasan Tuan Guru sejak menerajui Kelantan Darul Naim. Sedayanya rakyat dihidangkan berkawah ilmu sehinggakan hari Jumaat diisytihar sebagai hari ’talaqi’ di Medan Ilmu, Jalan Dato’ Pati. Nah, buku ini mendedahkan segala-galanya. Mengalir dari lubuk idea, ia menyinggah di tangkal hati yang membenihkan perasaan halus Tuan Guru sehingga terciptanya untaian pantun-pantun klasik.
Kekuatan buku ini apabila ia berjaya mengukir kemilau peribadi seorang negarawan ulung. Ia jujur berkisah tentang seorang ulama, Menteri Besar dan sosok seorang lelaki Melayu yang tidak pernah melupakan akar Melayunya.


RM 25.00 ( SEM.MALAYSIA ) 
RM 28.00 ( SABAH/SARAWAK )

KESAN DOSA DALAM HIDUP

Hati adalah kerajaan di dalam tubuh manusia. Hati bisa menguasai akal, hati juga bisa menjadi tapak semaian nafsu. Mendidik hati adalah prioriti agar hati bisa tunduk dan patuh kepada Pencipta alam dan Pemilik seluruh hati. Setelah mengekstrak sebahagian kitab karangan Ibnu Qayyim yang berjudul Al-Jawabul Kaafi li Man Sa’ala Anid Dawai’e as-Syafi, akhirnya Ustaz Ahmad Asri Lubis menghidangkan sebuah karya terjemahan berjudul Kesan Dosa Dalam Hidup.
Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, dilahirkan di Damsyik, Syria tanggal 4 Februari 1292 dan meninggal pada 23 September 1350. Beliau adalah seorang imam ahli sunnah wal jamaah, intelektual dan ahli fikah yang hidup pada abad ke-13. Tersohor sebagai fuqaha’ bermazhab Hambali. Disamping itu, beliau turut terkenal sebagai salah seorang mufassirin, muhaddisin, hafiz al-Quran, pakar bahasa Arab, usuliyyin, mutakallimin, sekali gus seorang mujtahid.
Buku yang mensasarkan tazkiyatun nafs menghimpunkan tajuk-tajuk menarik antaranya, Dosa Membutakan Mata Hati, Jatuhnya Martabat dan Kedudukan, Penyebab Berkurangnya Fungsi Akal, Terputus Ikatan Hamba dengan Allah, Dosa akan Mengkhianati Seseorang, Hilangnya Nikmat dan Turunnya Bala dan sisipan peribadi teladan Saidatina Nafisah binti al-Hasan bin Zaid.
Pengarang membahaskan kesan dosa yang boleh merosakkan hati sekali gus membinasakan peribadi seorang muslim yang menakung sejumlah dosa dan maksiat. Manusia kurang waspada terhadap gejala yang merosakkan kesempurnaan hati. Justeru, pengarang terpanggil mendedahkan satu persatu wabak yang akan melanda sebuah wilayah yang terhimpun di lubuknya mutiara iman dan takwa. Rasionalnya, mesej ini adalah jelas. Setiap manusia dibekalkan sekeping hati yang muluk dan khalis. Ia harus dijaga, dirapi, dipantau dan tahan uji. Lantaran hati adalah ekspresi peribadi dan akal manusia.
Segala tindak-tanduk menggambarkan rupa paras hati. Keikhlasan menekuni ibadah terhantar melalui kejernihan hati. Lantaran itu, jika manusia lalai, melazimi maksiat dan dosa, wilayah hati akan diserang wabak, peribadi manusia semakin bejat sehingga tergamak mencabar kudrat Allah sebagai Pencipta, melupakan berita datangnya kiamat dan melecehkan seruan nabi Muhammad SAW. Apa yang menarik, buku ini mendedahkan bahawa dosa menjadi penyebab berkurangnya fungsi dan kekuatan akal.
Usah meremehkan dosa sekalipun kecil dari pengamatan manusia yang dangkal. Kerana dosa umpama debu yang bertebaran di udara. Ia bisa bergabung menjadi gunung yang agam, keras dan membatu. Setiap dosa yang dilakukan sama ada sedar mahupun tidak, hendaklah diiringi taubat nasuha sebelum hati menjadi keras dan sukar dilentur. Dapatkan segera naskhah anda di kedai-kedai buku berangkai, toko buku dan pengedar Anbakri Publika Sdn Bhd di seluruh Malaysia. Buku ini dilengkapi VCD eksklusif nasihat daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaan dosa.
 
 
RM 23.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 26.00 ( SABAH/SARAWAK )

SOAL JAWAB ISU - ISU MENCABAR DALAM ISLAM

Buku ini memuatkan pelbagai esei yang berupa pernyataan pendirian yang bersandar. Ia adalah himpunan pelbagai sikap dua orang ulama’ tersohor iaitu al-Fadhil al-Ustaz Abdul Ghani Shamsudin selaku bekas yang di Pertua Persatuan ulama’ Malaysia dan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan. Ia berada dalam keadaan terpimpin sepenuhnya.   


RM 23.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 26.00 ( SABAH/SARAWAK )
                         

                                                                                                                                                              
                                                                                   

TELAGA BUDI

Telaga Budi, menakung limpahan jasa dan budi. Telaga Budi, dituang dalam bentuk petikan hikmah yang bisa menyuburkan akal budi. Ini bukan telaga buta, tetapi Telaga Budi. Di dalamnya tertuang sejumlah kebijaksanaan dan ketinggian ilmu daripada ikon ulama tersohor di Asia Tenggara. Untaian hikmah dipetik, lalu dipunggah dan disusun rapi oleh Setiausaha Politik yang kerap mendampinginya, Tuan Haji Annual Bakri Haron.
Kalau sudah namanya telaga, pasti tertakung kesegaran air yang menghilangkan dahaga sang musafir di alam fana. Nah, kitalah musafir itu. Sekalipun tidak bisa melawan keampuhan telaga zam zam dan kauthar…paling tidak ia bisa menyegarkan minda dan nubari yang kian layu dipanah mentari mazmumah.
Telaga Budi, bukan sekadar lontaran idea dan gagasan minda. Ia adalah komunikasi ruh yang menyeru bahawa setiap daya usaha di bumi memberi impak di negeri abadi…ia tertuang di dalam dinginnya telaga
manusia yang berbudi.
                                                                                                                                                           




RM 18.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 21.00 ( SABAH/SARAWAK )

MENYUKAT SOLAT DIRI


Mungkinkah antara mereka dan solatnya itu tidak terpenuh prasyarat antara apa yang dipersembah dengan apa yang diharap? Jika ya, maka apa lagi yang kekurangan?
Buku ini amat sesuai untuk ummah yang sudah yakin bahawa solat adalah sarat dengan hikmah dan rahmah. Betapapun mereka mengakuinya, tetapi dilema yang sering melanda apabila mereka masih tidak atau belum lagi merasai kelazatan solat sebagai juadah rohani justeru masih ada hijab tipis yang mungkin sedang memisahkan 'bahagia' solatnya itu dengan kewujudan diri. Akhirnya, solat yang ditegakkan saban waktu hanyalah sebuah persuaan waktu yang tidak menemui kebahagiaan dengan kediriannya. Jika solat dan tuannya itu umpama sepasang kekasih, maka buku ini akan cuba mempertemukan pasangan yang selama ini bertemu dan melepaskan rindu tetapi hantaran rindunya itu sering tidak kesampaian. Ia bertepuk sebelah tangan di sejadah kaku yang tidak terjawab. Mungkinkah antara mereka dan solatnya itu tidak terpenuh prasyarat antara apa yang dipersembah dengan apa yang diharap? Jika ya, maka apa lagi yang kekurangan?
"Ibadah solat adalah suatu ibadat yang mengajar manusia
supaya setiap usaha mereka mengejar kehidupan dunia, mereka
perlu berenggang atau berputus hubungan untuk seketika dengan
keduniaan mereka, dan bersiap pula untuk menghadapi kematian".
-Tok Guru Nik Adbul Aziz Nik Mat


RM 22.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 25.00 ( SABAH/SARAWAK )




MUHAMMAD S.A.W JEJAK JUNJUNGAN MULIA

Menilik buku ini samalah seperti kita cuba berpegang kepada makna dan semangat nas untuk memecahkan masalah-masalah kehidupan yang sulit.
Menilik buku ini samalah seperti kita cuba berpegang kepada makna dan semangat nas untuk memecahkan masalah-masalah kehidupan yang sulit. Hakikatnya seolah-olah kita membelek diari hidup Nabi Muhammad SAW yang siddiq dalam proses menyukat kualiti diri. Kita bagaimana?
Meskipun kita diberitahu bahawa Al-Quran merupakan wahyu yang jelas nyata, namun penjelasan lanjut sangat diperlukan saat hidupnya Nabi Muhammad SAW. Ketersusunan kisah Baginda telah menentukan batas-batas yang jelas tentang kehidupan tidak akan terkalah oleh mana-mana karya ciptaan manusia.
"Siapa yang inigin rasa dekat dengan Nabi, Bacalah buku ini. Pasti seolah anda berada di zamannya."


RM 20.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 23.00 ( SABAH/SARAWAK )

ENGKAU MEMANG CANTIK

Banyak pembaca yang merasa bahawa dirinya tidak miliki apa-apa, padahal dia sudah memiliki segalanya. Mereka kecut jiwanya dan merasa tidak ada kelebihan apapun. Hidup mereka terasa hampa dan tidak punya tenaga untuk bangkit dari kegagalan yang menimpanya.
Menjadi muslimah adalah anugerah yang paling indah. Peribadi muslimah sejati akan memberi impak kepada dunia, dan selalu memberi makna bagi sesama muslim.
Banyak pembaca yang merasa bahawa dirinya tidak miliki apa-apa, padahal dia sudah memiliki segalanya. Mereka kecut jiwanya dan merasa tidak ada kelebihan apapun. Hidup mereka terasa hampa dan tidak punya tenaga untuk bangkit dari kegagalan yang menimpanya.
Hal itu tentu saja menggelisahkan hati dan mengundahkan fikiran. Harus ada usaha untuk member kefahaman bahawa para muslimah itu sudah memiliki banyak makna selama ini bagi umatnya. Dunia sedemikian luas sedia menghamparkan sebuah tanggungjawab besar, bahawa muslimah harus berani tampil di medan dakwah.
Antara mereka sudah memulai dengan langkah kecil yang begitu bererti. Namun kemudian muncul masalah bahawa muslimah-muslimah tersebut tidak professional dalam berperanan. Mereka berdiri di satu titik dan meninggalkan titik lainnya.
Maka buku ini hadir sebagai sebuah nasihat bagi kita semua. Nasihat yang akan menjadi begitu berharga bagi kelangsungan dakwah islam pada masa yang akan datang. Kerana kita tidak pernah tahu, ditangan siapakah kejayaan islam ini akan dimenangkan. Banyak kritik, bukti perhatian, banyak masukan bukti kasih sayang. Jangan jemu dan jangan letih menasihati.


RM 13.90 ) SEM.MALAYSIA )
RM 16.90 ( SABAH/SARAWAK )

KERANA CINTA HARUS MEMILIH

Ini bukan judul sinetron,bukan pula opera sabun. Tapi judul ini akan mengingatkan kamu pada hal-hal yang biasa anda alami.Bagaimana memilih di antara dua pilihan, menjadikan kekasih atau hanya teman.


Ini bukan judul sinetron,bukan pula opera sabun. Tapi judul ini akan mengingatkan kamu pada hal-hal yang biasa anda alami.Bagaimana memilih di antara dua pilihan, menjadikan kekasih atau hanya teman. Tentu saja akan ada perasaan bimbang , ragu campur perih. Lengkap dengan airmata yang bergenang di kelopak mata, tetapi pilihan ini harus dipilih. Pilihan ini juga sebagai sebuah neraca iman di dada kamu. Agar kami semakin tunduk,semakin cinta hanya kepada si Dia, Allah SWT. Jadikan cinta yang menyucikan jiwa, bukan hiasan dunia penabur dosa. Cinta remaja yang indah dan penuh pahala.
Buku ini setidaknya menjadi teman mencipta haluan. Berkata semahunya dan member makna sebaik-baiknya. Mendialog apa yang kamu rasakan dan member kesesuaian atas pilihan yang kamu tentukan.
Kerana masa remaja kamu akan tersia-sia manakala kamu tidak boleh memandunya. Jangan sampai kerana asyik dengan cinta yang salah, hidup kamu menjadi tidak indah.


RM 13.90 ( SEM.MALAYSIA )
RM 16.90 ( SABAH/SARAWAK )