Saturday, December 11, 2010

MENCARI KETENANGAN JIWA

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.ingatlah, hanya dengan mengingati allahlah hati menjadi tenteram.”
MENCARI KETENANGAN JIWA lebih terperinci tentang aspek-aspek dalam kehidupan seharian manusia. Ia berkisarkan tentang permasalahan dan persoalan hidup yang sentiasa menyelubungi diri setiap insan. Tapi kita harus ingat, setiap masalah yang timbul ada kebaikan dan keburukannya. Terpulang pada individu bagaimana untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menangani setiap masalah tersebut.
Orang-orang yang mengenal Allah SWT dengan baik akan selalu tawakal dan taat pada perintahNya kerana ia yakin bahawa Allah SWT yang mengatur kehidupannya. Tidak ada yang paling nikmat dalam hidup ini kecuali dapat melihat Allah SWT dalam segala situasi. Allah SWT mampu melakukan segalanya.
Oleh kerana itu, setiap musibah yang melanda perlu ditangani dengan bijak. Jangan bertindak terburu-buru mahupun bertindak di luar kawalan dan selebihnya hanya berserah kepada Allah SWT.


RM 18.00 ( SEM.MALAYSIA ) 
RM 21.00 ( SABAH/SARAWAK )

QURANOLOGY ILMU DI SEBALIK SEBUAH KITAB AGUNG

“Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya kitab suci al-Quran, kitab yang tidak ada di dalamnya sebarang bengkang-bengkok (kesilapan)”
(Surah al-Kahfi # 1)
Kandungan al-Quran layak dijadikan panduan hidup kerana ia datang daripada pencipta kita iaitu Allah SWT, bukannya manusia biasa. Sudah tentu Allah SWT selaku pencipta produk (manusia) tahu bagaimana cara membaikinya jika ia rosak dan al-Quranlah ‘manual book’ atau ‘user guide’ bagi produk manusia itu. Tambahan pula, hanya al-Quran sahaja dijamin sebagai satu-satunya buku/kitab yang tidak ada cacat-cela, kesalahan fakta atau teori, unsur plagiat atau apa-apa jua kelemahan sekalipun. Pendek kata, ia adalah buku ‘zero defect’!
Tahukah anda, antara peristiwa besar yang mencorakkan dunia adalah peristiwa ‘Nuzul Quran’ atau turunnya al-Quran? Mengapa peristiwa ini diklasifikasikan begitu penting? Jawapannya tidak lain kerana sepanjang lebih 1400 tahun sejak al-Quran bersama kita, ia telah menghasilkan pelbagai peristiwa hebat, dengan kehadirannya banyak mencorakkan kehidupan dan pemikiran manusia di muka bumi ini. Itulah yang bakal dialami jika kita benar-benar berinteraksi dengan al-Quran. Maka, buku ini menyediakan 13 bab yang mengetengahkan kelebihan dan keunikan al-Quran supaya anda akan lebih mudah ‘jatuh cinta’ dengannya.


RM 19.90 ( SEM.MALAYSIA )
RM 22.90 ( SABAH/SARAWAK )

AKU NIKAH AKAN DIKAU

“Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Maka pilihlah wanita yang beragama, nescaya kamu akan beruntung.”
::Hadis Riwayat Muslim::
Dalam konteks perkahwinan, Islam dari awal lagi menyediakan garis panduan yang cukup lengkap dan menyeluruh berkenaan hukum-hakam perkahwinan kepada umatnya untuk dihayati, difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Garis panduan yang disediakan bukan sekadar tentang perbahasan tanggungjawab suami isteri dalam kehidupan berkeluarga, malah ia turut menekankan proses pemilihan pasangan sebelum memulakan langkah ke alam rumah tangga. Pendek kata, kebahagiaan dan keberkatan rumah tangga tidak akan wujud melainkan rumah tangga yang berdiri di atas tapak keimanan dan ketakwaan yang tulus ke hadrat Allah SWT yang Maha Besar.
Diharap buku ini merupakan sumbangan yang tidak seberapa ke arah pengukuhan institusi keluarga sehingga berupaya melahirkan generasi yang terbaik sebagaimana yang pernah dirintis oleh Rasulullah SAW dan para sahabat r.a.


RM 19.90 ( SEM.MALAYSIA )
RM 22.90 ( SABAH/SARAWAK )