Sunday, May 2, 2010

JEJAK BISNES RASUL

Nabi Daud pakar bertukang besi. Nabi Sulaiman terkenal dengan kerajaan dan pemerintahannya. Nabi Nuh hebat membangun kapal. Manakala Nabi Isa pula pandai ilmu perubatan. Siapa sangka nabi dan rasul utusan terakhir merupakan insan paling unggul dalam pengurusan bisnes, Muhammad bin Abdullah SAW. Berketurunan Quraisy yang bermaksud 'hartawan'. Jejak Bisnes Rasul, mengajak kita meneropong sejarah tinggalan Muhammad SAW melalui dimensi bisnes. Kita boleh merenung semula cara mengurus manusia dan bisnes yang klasik dan malar segar sepanjang zaman.









RM 29.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 32.00 ( SABAH/SARAWAK )

MUNAJAT MALAM BIMBINGAN LENGKAP IBADAH MALAM

Kesempurnaan ibadah menjadi matlamat utama umat Islam. Ia hanya dapat dicapai apabila ibadah dikerjakan selaras dengan peraturannya, iaitu tidak mengerjakan sebahagian daripadanya dan kemudian mengabaikan yang lain. Contohnya, mengerjakan tahajud tetapi mengabaikan solat subuh yang fardu. Buku ini memaparkan kaedah mengurus waktu supaya solat tahajud dikerjakan tidak mengabaikan ibadat lain.
Berbeza dengan buku pandauan ibadat yang lain, Munajat Malam tidak sekadar memberikan panduan beribadat pada waktu malam. Sebaliknya, ia membimbing pembaca agar menghayati dan memahami erti pengabdian kepada Pencipta. Bermula dari waktu siang, pembaca diajar menyiapkan diri daripada aspek rohani dan fizikal agar mampu bangun beribadat pada waktu malam. Tip-tip yang diberikan juga sangat dan praktikal untuk siapa sahaja yang mengamalkannya.
Membaca buku ini, anda terpanggil untuk segera mengerjakan ibadah-ibadah malam ini. Pengarang berjaya menimbulkan kesan nikmat kemanisan bersujud di tengah malam, ketika orang lain sedang tidur.
Yusni A. Ghazali atau nama penuh, Muhammad Yusni al-Ghazali adalah anak kelahiran Ponorogo, Jawa Timur. Beliau mendapat didikan agama sejak sekolah rendah dan menengah hingga berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah. Seterusnya beliau meneruskan pengajiannya ke High Institute of Hadith Science Darus Sunnah Ciputat, Jakarta di bawah asuhan Prof Dr. Ali Mustafa Yakub (Imam Besar Masjid Istiqlal Jakarta).


RM 8.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 9.00 ( SABAH/SARAWAK )

BELAJAR DARI PERANG KHANDAQ

Madinah dikepung. Lebih daripada 10,000 perajurit pasukan bersekutu mengelilingi Madinah. Kaum Muslimin benar-benar terancam! Dari luar, pasukan Quraisy dan sekutunya terus mengintai bak harimau kelaparan sedang mengintai buruannya.

Dari dalam Madinah, Yahudi Bani Quraizhah melakukan pengkhianatan, ibarat anjing yang sedia menggigit tuannya. Orang-orang munafik pula seperti gunting dalam lipatan, sedia memanfaatkan peluang jika tiba saatnya. Mereka sama seperti musang berbulu ayam. Zahirnya mukmin, dalamnya menyimpan dendam kesumat membara terhadap Islam.
Demikianlah gambaran ancaman yang menghimpit kaum Muslimin semasa Perang Khandaq. Perang ini berkait rapat dengan serangkai peristiwa yang terjadi sebelumnya. Peristiwa-peristiwa ini menggambarkan banyak perkara. Selain ketegasan, keberanian dan kecanggihan strategi Nabi Muhammad r, juga menjelaskan bahawa musuh-musuh Islam tidak akan berhenti merencanakan kejahatan untuk menghapuskan kaum Muslimin. Di sudut lain, kita dapat melihat ketegasan Rasulullah rmengalahkan para pengkhianat dan penentang itu.



Apa yang dapat dilihat dalam perang ini?
  1. Bantuan Allah dalam perang Khandaq
  2. Peranan munafik dalam perang Khandaq
  3. Keadaan kaum Muslimin dalam perang Khandaq
  4. Penggunaan strategi perang yang membawa kepada kemenangan
  5. Heroisme dalam perang Khandaq



Karya:  Hepi Andi Bastoni
ISBN: 978-967-5515-10-1
RM 18.00 ( SEM.MALAYSIA )

RM 21.00 ( SABAH/SARAWAK )

RAHSIA SEBUAH MANUSKRIP

Di sebalik deretan kertas kuning dan berhabuk. Tidak ada siapa peduli. Sebuah manuskrip yang sukar ditafsirkan, kompleks dan penuh dengan nada-nada cinta. Setiap helaian padat dengan catatan cerita suka dan duka.

Setelah sekian lama manuskrip itu dipandang sepi, baru detik ini ada yang menyedari kehadiran manuskrip tersebut. Sebuah manuskrip yang bakal mengungkai rahsia yang sekian lama terpendam. Mungkinkah Hajat Munisa Kamil terlaksana? Adakah cinta yang berputik di hati Munir dan Hanan mekar atau gugur sebelum berkembang? Bersama-samalah kita menyelami kemelut cinta yang melanda dalam RAHSIA SEBUAH MANUSKRIP.
“Dibeleknya beberapa halaman. Sekeping poskad lama jatuh. Imej Jabal Nur tersergam indah melatari sisi bergambar. Tulisan jawinya cantik.
-Selamat maju jaya. Aku akan terus di sini. Impianku menjadi pensyarah Bahasa Arab semakin pasti. Doakan keamananku.-”



Karya:  Naimisa Yusuf
ISBN: 978-967-5515-09-5
RM 17.00 ( SEM.MALAYSIA )

RM 20.00 ( SABAH/SARAWAK )

9 BULAN PALING MENDEBARKAN


Mendidik anak adalah sebahagian daripada perkahwinan, pernikahan, atau kehidupan rumah tangga, sehingga tidak timbul alasan bagi kita untuk tidak menyantuni dan membaca persoalan ‘main-main’ dalam masalah mendidik anak-anak ini. Ibu bapa yang normal, di mana pun mereka berada mengimpikan anak-anak mereka yang lahir menjadi anak-anak yang baik, sihat, cerdas, dan soleh. Ini harapan sesiapa sahaja, meski ibu itu melahirkan anaknya yang nyata-nyata di luar ikatan perkahwinan sekalipun. Walau seorang penjahat sekalipun, dia tentu akan mengharapkan anak-anaknya menjadi anak-anak yang seperti itu (tidak menjadi seperti dirinya).
Namun sayang sekali, kehendak dan keinginan mulia ibu bapa ini seringkali bercanggah dengan cara mereka mendidik anak-anak. Mereka tidak memberikan pendidikan yang baik serta persekitaran yang sihat. Bukankah sangat aneh apabila kita mengharapkan adanya kebaikan yang lahir daripada diri kita, sedangkan kita tidak memberikan kebaikan itu sendiri buat mereka? Bagaimana mungkin kita akan mendapatkan anak-anak yang baik jika pendidikan yang kita berikan kepada mereka tidak mencerminkan nilai-nilai yang baik?
Ini ada beberapa wasiat buat ibu bapa dan bakal ibu bapa:
1.Selalu ingat akan hubungan nasib antara ibu bapa dan masa depan bayi yang berada di dalam kandungan ibunya.
2.Berusaha selalu menjauhi maksiat dan dosa.
3.Berusaha selalu menjauhi makanan dan minuman yang haram.
4.Merutinkan dan membiasakan bersikap dan berbuat baik dan benar.
5.Merutinkan dan membiasakan diri dengan pelbagai ibadah, baik ibadah sedar mahupun ibadah bawah sedar.



Karya:  Muhammad Muhyidin
ISBN: 978-967-5515-12-5
RM 15.00 ( SEM.MALAYSIA )

RM 18.00 ( SABAH/SARAWAK )

BILA ANAK - ANAK BERTANYA TENTANG ALLAH DAN ALAM GHAIB INILAH JAWAPANYA

Peningkatan intelektual anak-anak seiring dengan kemajuan ilmiah masa kini mendorong pertanyaan yang lebih kritis daripada anak-anak tentang kewujudan Allah dan alam ghaib. Justeru  ibu bapa seharusnya memantapkan diri dengan ilmu-ilmu akidah untuk menjawab segala persoalan yang terbuku di hati anak-anak tentang Allah dan alam ghaib. Tinggalkan jawapan tradisional dan kuno seperti , “Ayah tidak tahu”, “Jangan kamu bertanya lagi” atau , “ Pergi tanya ustaz”. Jawapan-jawapan klise seperti ini sudah pasti akan meninggalkan anak-anak terkapai –kapai dan akhirnya anak-anak bosan untuk bertanya lagi. Lebih malang jika  anak-anak itu membesar tanpa ilmu  akidah yang mantap akibat kekurangan pendedahan tentang ilmu akidah semasa kecil.

Bantulah anak anda menjadi seorang Muslim sejati di awal pembentukan mindanya. Jangan sesatkan minda anak-anak dengan ilmu tentang Allah dan alam ghaib yang merapu dan dongeng semata. Didiklah anak-anak itu seimbang dengan ilmu dunia dan akhiratnya. Jika dia menjadi akauntan kelak, biarlah akauntan yang mantap ilmu akidahnya. Ingat, bahawa tugas utama ibu bapa selain membesarkan anak-anak ibu bapa perlu mengasah dan meneguhkan iman anak-anak.
Hadirnya buku  ‘Bila anak-anak bertanya tentang Allah dan alam ghaib’ ini sebagai panduan yang membantu ibu bapa memimpin tangan-tangan kecil itu dalam mengenal Allah. Terdapat beberapa metode yang digunakan dalam buku ini :
1.Buku ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama: Makrifat tentang Allah dan bahagian ke dua: Makrifat Tentang Alam Ghaib.
2.48 pertanyaan yang dikemukakan dalam buku ini adalah pertanyaan yang sering ditanya anak-anak berkenaan Allah dan alam ghaib.
3.Setiap pertanyaan dijawab dengan huraian berserta dalil al-Quran yang mantap.



Karya:  Muhammad Muhyidin
ISBN: 978-967-5515-11-8
RM 16.00 ( SEM.MALAYSIA )

RM 18.00 ( SABAH/SARAWAK )