Friday, April 9, 2010

ALEXANDER ADALAH ZULQARNAIN

"Dan mereka bertanya kepadamu, mengenai Zulqarnain. Katakanlah, 'Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya.' Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi mencapai tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya." (surah al-Kahfi: 83-84)

Sejak sekian lama, nama agung Zulqarnain cuba dikaitkan dengan nama-nama raja agung dalam sejarah. Mustahil raja agung yang tercatat di dalam al-Quran 'hilang' dalam rekod sejarah. Bukan seorang dua raja agung yang dinobatkan, namun mengaitkan peribadi raja dengan iman yang disebutkan di dalam al-Quran masih 'misteri.'

Mencari Zulqarnain ibarat bermain teka-teki. Setiap teka-teki mempunyai kata kunci. Antara kata kunci utama adalah beriman, menjelajah timur dan barat dan bertemu dengan Yakjuj dan Makjuj. Tersalah pada satu kata kunci, calon raja agung terkeluar daripada gelaran Zulqarnain.

Senarai calon raja agung sudah dibuat, kata kunci sudah dirungkaikan, ternyata Alexander the Great adalah calon yang paling layak. Biar pun tuduhan musyrik yang dilemparkan, buku ini menjawab Alexander Macedonea atau Iskandar al-Makduni adalah orang yang beriman pada satu Tuhan yang esa, pembebas timur dan barat dan pembina tembok Yakjuj dan Makjuj.

Buku Alexander adalah Zulqarnain mendedahkan profil Alexander the Great, anak Philip II, agamanya, dan kaitannya dengan bangsa paling kejam dalam sejarah, Yakjuj dan Makjuj. Menjawab tuduhan musyrik yang dilemparkan, membersihkan peribadinya daripada sembahan pagan dan membuktikan bahawa beliau sememangnya beriman.

Antara kandungan menarik di dalam buku ini: Alexander the Great di dalam Tafsir al-Quran * Nama Alexander the Great dicemari di dalam Teks Yunani-Rom Kuno * Senarai Penguasa Dunia (1010 - 330 SM) * Raja-raja Dunia yang Melawan Yakjuj & Makjuj * Oasis Monoteisme di tengah Gurun Paganisme Yunani * Peringkat Awal Misi Pembebasan Alexander * Pertemuan Alexander dengan Yahudi Beriman di Jerusalem *  Pengembaraan Alexander di Timur * Pengembaraan Alexander di Barat * Pertemuan Alexander dengan Kaum-kaum yang disebut di dalam al-Quran * Lokasi Alexander membina Tembok Besi * Jawapan kepada Tuduhan.

Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009). 




RM 35.00 ( SEM. MALAYSIA )
RM 38.00 ( SABAH/SARAWAK )

AGENDA YAHUDI MENAKLUK DUNIA

Mengupas tentang perancangan sulit bangsa Yahudi dalam merealisasikan agenda menakluk dunia. Mereka bercita-cita menubuhkan sebuah kerajaan Yahudi yang memerintah seluruh pelusuk dunia. Penglibatan bangsa Yahudi turut dilihat dalam beberapa siri peristiwa besar yang terjadi pada hari ini.
Antara isu yang menarik adalah # Sejarah ringkas bangsa Yahudi # Era baharu bangsa Yahudi di Amerika Syarikat # Pengaruh Yahudi dalam White House # Peristiwa penting tentang penglibatan Yahudi dalam kekecohan dunia # Matlamat akhir bangsa Yahudi dalam menakluk dunia.
Turut dimuatkan 24 Protokol yang menjadi panduan dalam tindakan merangka penubuhan 'Kerajaan Yahudi Antarabangsa' yang memerintah bumi.
"Pasti kamu akan dapati, orang yang paling kuat penentangannya terhadap orang yang beriman adalah orang Yahudi dan orang yang menyekutukan Allah..." (surah al-Ma'idah: 82)



RM 17.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM  19.00 ( SABAH/SARAWAK )

Tuesday, April 6, 2010

IMAM MALIKI PEJUANG KEBENARAN

Beliau adalah pengasas Mazhab Maliki. Keturunannya berasal dari Yaman, dan moyangnya berpindah ke Madinah lalu menganut Islam pada zaman Rasulullah SAW.
Nama sebenarnya Abu Abdullah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir bin Amr bin Haris bin Gaiman bin Kutail bin Amr bin Haris al-Asbahi. Beliau kemudiannya lebih dikenali sebagai Imam Malik. Beliau lahir di Madinah pada tahun 95 H/ 712 M selepas dikandung selama dua tahun oleh ibunya.
 
Imam Malik dikurniakan umur yang panjang. Beliau hidup pada zaman sembilan khalifah Bani Umaiyah dan lima khalifah Bani Abbasiyah. Bermula dari khalifah al-Walid bin Abdul Malik (95 Hijrah) sampai ke zaman Khalifah Harun al-Rasyid (179 Hijrah). Beliau meninggal dunia pada hari Ahad, 14 Rabiul Awal tahun 179 hijrah ketika berusia 86 tahun.
 
Dalam umurnya yang panjang, beliau sempat mengarang kita Al Muwattak, kitab yang dikarang selama 40 tahun. Semuanya kerana beliau cintakan kebenaran dan memperjuangkannya. Kitabnya itu menjelaskan mengapa beliau dianggap pengarang kebenaran.
 
 
 
RM 24.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 27.00 ( SABAH/SARAWAK )

BIJAK SOLAT ( VCD )




















RM 19.90

Wednesday, March 3, 2010

INTEAM LOVE ALLAH LOVE RASUL ( CD )


















1. Zikrullah
2. Salamun Salam II
3. Allahu Rabbai
4. Selawat Badar
5. Stand Together
6. Selawat Badru Ain Feat. Muadz
7. Asma' Allah
8. Tolaal Badru Alaina
9. Kehidupan Feat. Nazrey Raihan
10. Salamun Salam Feat. Nazrey Raihan, Akhil Hayy & Far East

RM 19.90