Friday, December 24, 2010

FURU' AL - MASA'IL WA USUL AL - WASA'IL

FURU' AL - MASA'IL merupakan sebuah karya terjemahan dalam bentuk soal jawab menyentuh soal - soal syariat yang merangkumi aspek - asek ibadah, munakahat, muamalat, dan jinayat.








RM 75.00 (SEM.MALAYSIA )
RM 80.00 ( SABAH/SARAWAK )

Thursday, December 16, 2010

RUQYAH ASAS PENGUBATAN ISLAM BERSERTA SURAH YASIN, RANGKAIAN ZIKIR & DOA - DOA MUSTAJAB

A) Surah Yasin     

B) Hafalan Ruqyah Asas Pertama

(1) Penawar Seribu Guna (Surah Al-Fatihah)
(2) Ayat Keagungan (Ayat Kursi)
(3) Ayat Pemecah Dan Kesuburan
(4) Ayat Perangsang Selera
(5) Ayat Pemecah Kebuntuan
(6) Doa Penghilang Kesakitan
(7) Ruqyah Jibril
(8) Doa Penyakit-Penyakit Mata
(9) Doa ’Ilaj Ilahi
(10) Doa Penerang Hati           


C) Hafalan Ruqyah Asas Kedua


(1) Ayat Pemecah
(2) Ayat Pelembut Hati
(3) Ayat Pendamaian
(4) Ayat Mendapat Zuriat
(5) Ayat & Doa Selusuh
(6) Tujuh Syifa’
(7) Ayat Mencari Dan Mengembalikan Orang Yang Hilang
(8) Doa Mengembalikan Yang Hilang
(9) Doa Mengatasi Sukar Tidur
(10) Doa Mengatasi Penyakit Rumit
(11) Doa Bertemu Jodoh
(12) Doa Penyejuk
(13) Doa Mengatasi Kerungsingan

D) Hafalan Ruqyah Asas Ketiga


(1) Al-Muawwizat
(2) Ayat Pembatal Sihir
(3) Ayat Penunduk Sihir
(4) Ayat Pendinding Daripada Sihir
(5) Ayat Pendinding Daripada Syaitan
(6) Ayat Perlindungan Daripada Syaitan
(7) Ruqyah Nabawiyah
(8) Doa Menghindar Syaitan
(9) Doa Menghindar Hasutan Syaitan
(10) Doa Menghindar Gangguan Syaitan

E) Rangkaian Zikir 

F) Doa-Doa Mustajab Selepas Majlis Zikir Mengikut Hajat


(1) Selawat & Puji-Pujian Kepada Allah Di Permulaan Doa
(2) Selawat Syifa’
(3) Selawat Tafrijiyyah
(4) Doa Mohon Keselamatan, Kesihatan Dan Tolak Bala
(5) Doa Mohon Kesembuhan Daripada Penyakit         
(6) Doa Supaya Dimudahkan Segala Urusan & Disempurnakan Hajat
(7) Doa Mendiami Tempat Baru & Tempat Ada Gangguan
(8) Doa Supaya Dilapangkan Hati
(9) Doa Supaya Aman Daripada Gangguan Makhluk Halus
(10) Doa Mohon Rahmat Dan Keberkatan Sesuatu Majlis
(11) Doa Mohon Murah Rezeki
(12) Mendoakan Mereka Yang Akan Mengerjakan Haji
(13) Doa Supaya Terhindar Daripada Sifat-Sifat Keji
(14) Doa Rawatan Angin Ahmar, Lumpuh & Strok
(15) Ayat Pelindung Daripada Kemudaratan
(16) Ayat Pelindung Daripada Kecurian           
(17) Tasbih Kaffarah

Sunday, December 12, 2010

AKU TERIMA NIKAHNYA EDISI ISTEMEWA

" Jangan pandang isteri dengan pandangan mata yang kering, atau pandangan akal yang gersang, jauh sekali pandangan nafsu yang melulu. Pandanglah isteri dengan pandangan hati, kerana hati itulah yang memberi makna kepada pasangan hidup kita"

" Jika mahu bercinta, jangan merancang hanya ke pelamin. masukkan sekali urusan lampin. Kerana rumah tangga bukan Utopia Cloud nine. Ia adalah kombinasi suka dan duka. Namun dalam duka tetap ada bahagia, itulah nikmat hidup berumah tangga. Medan memberi yang paling mulia."

Dua petikan daripada Edisi Istimewa Aku Terima Nikahnya ini, mampu membuka mata bagi pasangan yang mahu mencari bahagia dan Bercinta Hinggan ke Syurga, kerana segalanya berlandaskan cinta yang diteladani daripada Junjungan Mulia SAW, seorang Murabbi Cinta yang hakiki.



RM 55.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 57.00 ( SABAH/SARAWAK )

Saturday, December 11, 2010

ARMAGEDON 2012 BENCANA AKHIR ZAMAN

Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012. Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi. Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri.
Muhammad Alexander mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan. Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon: 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis secara kronologikal. Turut dimuatkan gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis. Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami.
Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain (2010).


RM 31.50 ( SEM.MALAYSIA )
RM 34.50 ( SABAH/SARAWAK )


TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN : Apa yang dijanjikan oleh buku ini? Sudah tentu buku ini tidak menjanjikan anda untuk menjadi kaya seperti buku-buku yang mengajak anda menjadi jutawan. Sebaliknya buku ini akan mendedahkan tentang teknik-teknik yang boleh digunakan untuk menguruskan kewangan anda  dengan pelbagai cara. Sesuai juga untuk:
-          Individu yang masih tercari-cari akan teknik-teknik terbaik yang boleh digunakan untuk mengurus wang.
-          Individu yang kekurangan wang dan yang salah mengurus wang.
-          Bagaimana wang diperoleh, diurus dan akhirnya ke mana dan cara wang itu dibelanjakan.
Melalui buku ini, penulis ingin mengajak anda memahami bahawa ‘wang’ lebih dari sekadar alat untuk berbelanja. Penulis juga berharap buku ini akan memberikan info tentang bagaimana wang berfungsi. Untuk mencapai objektif agar wang dapt digunakan untuk kebaikan, maka wang perlu diurus dengan bijak.




RM 18.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 21.00 ( SABAH/SARAWAK )

MENCARI ISLAM DI CHINA

Negara China sering kali di kagumi sebagai sebuah Negara yang kaya dengan tradisi tamadun dan peradaban yang tinggi. ­Negara itu mempunyai sejarah yang cukup panjang dan gemilang. Namun begitu, ramai yang tidak menyedari bahawa umat Islam turut juga memberikan sumbangan dan memainkan peranan yang penting di sebalik kejayaan dan pencapaian China sebagai sebuah empayar yang dihormati dan digeruni selama berabad-abad lamanya. Kehadiran Islam di China dikesan sejak abad ke 7 lagi dengan kehadiran beberapa orang sahabat Nabi yang diutus untuk menyampaikan risalah Islam ke Negara yang terkenal dengan tembok besarnya. Malahan sebelum kedatangan Islam, penduduk China sudah pun menjalinkan hubungan yang cukup rapat dengan para pedagang Arab.
Hasil dan kesan daripada hubungan itu masih dapat dilihat sehingga ke hari ini dengan kemunculan pelbagai kumpulan etnik yang unik dan memiliki hubungan darah dengan kelompok bangsa dari Negara lain. Begitu juga dengan tinggalan dan warisan Islam masih dipertahankan oleh penduduk Islam di China. Selain daripada cara hidup yang berlandaskan kepada al-Quran dan sunah, bukti kegemilangan Islam di China dimanifestasikan melalui berbagai-bagai monumen seperti masjid, makam para sahabat dan ulama, madrasah serta berbagai-bagai lagi ciptaan sama ada dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, penulisan, sejarah dan sebagainya.
Buku ini bukan sekadar berusaha untuk menjejaki semula tapak-tapak Islam di China tetapi juga memberikan gambaran kepada kita semua tentang potensi yang ada pada Negara itu untuk menjadi medan dan wasilah kepada kebangkitan semula Islam pada akhir zaman. Pencarian Islam di China adalah sejajar dengan sebuah hadis nabi yang bermaksud bahawa Islam akan bangkit semula dari arah sebelah Timur.


RM 23.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 26.00 ( SABAH/SARAWAK )

SENANGNYA MEMASAK




















RM 5.50 SENASKAH ( SEM,MALAYSIA )
RM 6.50 SENASKAH ( SABAH/SARAWAK )

RIBA & ISU KEAWANGAN SEMASA

Umum telah pun mengetahui bahawa agama Islam amat tegas dalam amalan riba – iaitu amalan yang keji dan tergolong dalam salah satu dosa besar. Dari segi bahasa sendiri digambarkan bahawa riba membawa maksud tambahan atau kenaikan, dan diperjelaskan dalam istilah riba iaitu bunga berganda yang membebankan. Riba muncul dan bermaharajalela sejak zaman jahiliah lagi, yang mana ia jelas menunjukkan penindasan terhadap orang yang berharap dan orang yang miskin. Istilahnya – ‘membantu kemudian membunuh’. Apabila Islam muncul, riba dikeji dan diperangi habis-habisan. Amalan riba diharamkan kerana tiada keadilan kepada orang yang memerlukan dan perlakuan riba itu adalah perbuatan zalim yang melampau. Kini pada akhir zaman, riba muncul semula tetapi dalam situasi yang ‘berhemah’ dengan simbolnya – ‘mengikut kemampuan semasa’


RM 20.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 22.00 ( SABAH/SARAWAK )

MADINAH MUNAWWARAH KELEBIHAN DAN SEJARAH

Buku “Madinah Munawwarah: Kelebihan dan Sejarah” ini mendalami sejarah asal usul dan ketamadunan pembinaan pusat perkembangan agama Islam. Di samping itu pembaca juga dapat mencungkil hikmah yang terdapat di sebalik kewujudan Bandar istimewa ini. Jadi sebelum para jemaah merancang atau bercita-cita untuk mengerjakan ibadah haji atau umrah, ambillah masa untuk meneliti dan membaca buku ini bagi menyelami hikmah dan kepentingan Madinah di sisi Islam. Gambar rajah, peta dan gambar disertakan sebagai panduan dan maklumat berguna buat pembaca. Semua fakta lengkap dengan dalil daripada al-Quran dan hadis sahih.



RM 30.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 32.00 ( SABAH/SARAWAK )

INDAHNYA AMALAN DOA

Buku ini diterbitkan sebagai susulan kepada buku Dato' sebelum ini iaitu “Indahnya Hidup Bersyariat” yang telah mendapat sambutan di luar dugaan daripada pembaca khasnya dan seluruh umat Islam amnya. Doa adalah antara ajaran Islam yang terpenting yang menjadi tunjang atau tulang belakang kepada ajaran akidah Islamiah kerana rapatnya hubungan doa dengan kekuasaan Allah SWT, Tuhan yang menjadikan dan mentadbir alam ini. Doa boleh mengubah persepsi hidup seorang insan daripada seorang yang lemah serta tidak berdaya maju menjadi seorang yang bermotivasi tinggi dan bekerja keras. Malah sebahagian daripada kejayaan yang dicapai oleh orang bukan Islam adalah daripada pegangan dan keyakinan doa yang mereka panjatkan kepada “Tuhan” mereka walaupun pada hakikatnya Allah SWT jua yang menyempurnakan permintaan dan hajat mereka itu.


RM 35.00 ( SEM.MALAYSIA )
RM 37.00 ( SABAH/SARAWAK )

MENCARI KETENANGAN JIWA

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.ingatlah, hanya dengan mengingati allahlah hati menjadi tenteram.”
MENCARI KETENANGAN JIWA lebih terperinci tentang aspek-aspek dalam kehidupan seharian manusia. Ia berkisarkan tentang permasalahan dan persoalan hidup yang sentiasa menyelubungi diri setiap insan. Tapi kita harus ingat, setiap masalah yang timbul ada kebaikan dan keburukannya. Terpulang pada individu bagaimana untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menangani setiap masalah tersebut.
Orang-orang yang mengenal Allah SWT dengan baik akan selalu tawakal dan taat pada perintahNya kerana ia yakin bahawa Allah SWT yang mengatur kehidupannya. Tidak ada yang paling nikmat dalam hidup ini kecuali dapat melihat Allah SWT dalam segala situasi. Allah SWT mampu melakukan segalanya.
Oleh kerana itu, setiap musibah yang melanda perlu ditangani dengan bijak. Jangan bertindak terburu-buru mahupun bertindak di luar kawalan dan selebihnya hanya berserah kepada Allah SWT.


RM 18.00 ( SEM.MALAYSIA ) 
RM 21.00 ( SABAH/SARAWAK )

QURANOLOGY ILMU DI SEBALIK SEBUAH KITAB AGUNG

“Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya kitab suci al-Quran, kitab yang tidak ada di dalamnya sebarang bengkang-bengkok (kesilapan)”
(Surah al-Kahfi # 1)
Kandungan al-Quran layak dijadikan panduan hidup kerana ia datang daripada pencipta kita iaitu Allah SWT, bukannya manusia biasa. Sudah tentu Allah SWT selaku pencipta produk (manusia) tahu bagaimana cara membaikinya jika ia rosak dan al-Quranlah ‘manual book’ atau ‘user guide’ bagi produk manusia itu. Tambahan pula, hanya al-Quran sahaja dijamin sebagai satu-satunya buku/kitab yang tidak ada cacat-cela, kesalahan fakta atau teori, unsur plagiat atau apa-apa jua kelemahan sekalipun. Pendek kata, ia adalah buku ‘zero defect’!
Tahukah anda, antara peristiwa besar yang mencorakkan dunia adalah peristiwa ‘Nuzul Quran’ atau turunnya al-Quran? Mengapa peristiwa ini diklasifikasikan begitu penting? Jawapannya tidak lain kerana sepanjang lebih 1400 tahun sejak al-Quran bersama kita, ia telah menghasilkan pelbagai peristiwa hebat, dengan kehadirannya banyak mencorakkan kehidupan dan pemikiran manusia di muka bumi ini. Itulah yang bakal dialami jika kita benar-benar berinteraksi dengan al-Quran. Maka, buku ini menyediakan 13 bab yang mengetengahkan kelebihan dan keunikan al-Quran supaya anda akan lebih mudah ‘jatuh cinta’ dengannya.


RM 19.90 ( SEM.MALAYSIA )
RM 22.90 ( SABAH/SARAWAK )

AKU NIKAH AKAN DIKAU

“Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Maka pilihlah wanita yang beragama, nescaya kamu akan beruntung.”
::Hadis Riwayat Muslim::
Dalam konteks perkahwinan, Islam dari awal lagi menyediakan garis panduan yang cukup lengkap dan menyeluruh berkenaan hukum-hakam perkahwinan kepada umatnya untuk dihayati, difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Garis panduan yang disediakan bukan sekadar tentang perbahasan tanggungjawab suami isteri dalam kehidupan berkeluarga, malah ia turut menekankan proses pemilihan pasangan sebelum memulakan langkah ke alam rumah tangga. Pendek kata, kebahagiaan dan keberkatan rumah tangga tidak akan wujud melainkan rumah tangga yang berdiri di atas tapak keimanan dan ketakwaan yang tulus ke hadrat Allah SWT yang Maha Besar.
Diharap buku ini merupakan sumbangan yang tidak seberapa ke arah pengukuhan institusi keluarga sehingga berupaya melahirkan generasi yang terbaik sebagaimana yang pernah dirintis oleh Rasulullah SAW dan para sahabat r.a.


RM 19.90 ( SEM.MALAYSIA )
RM 22.90 ( SABAH/SARAWAK )